Tuesday, June 30, 2015

salam ramadhan

Assalamualaikum w.b.t....

salam ramadhan.semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik pada tahun ini.in shaa allah......

Baru dapat meng update blog.cehhhh bukan bz.cuma baru reload broadband hahaha....kalo dah guna data byk sgt, internet akan jd slow.so bila dh byr untuk nxt month data byk la yg kosong.so boleh mnggunakan internet dgn lebih pantas..boleh update blog dgn sng hati...ohh ok i know ramai orang tak guna broadband dahhhhhh.....hahaha....whatever it is i'm still the classic person.hah ha....(maafkan saya).

ok see, takde idea pun nak mengupdate blog ni. no story at all.......cuma lately selalu rindu kat arwah abah....hmm boleh tak kat facebook korang jgn menunjuk sgt korang ade ayah/abah...its hurt me okayyyy....hmm alfatihah untuk abah.....taknak citer panjang pasal arwah abah, nanti hujan airmata turun mencurah.......

ok sekian. selamat menjalani ibadah puasa. semoga menjadi insan yang lebih baik. antara waktu mustajab doa kita dimakbulkan adalah ketika kita berpuasa di bulan ramadhan. maka ambillah kesempatan untuk berdoa. itu perkongsian daripada seorang rakan. 


Wednesday, June 10, 2015

Surat Akuan Bujang

Assalamualaikum w.b.t...

Surat akuan bujang merupakan antara perkara penting yang perlu disediakan bagi memohon kebenaran untuk berkahwin. Sekiranya bakal pengantin tidak bekerja, surat akuan bujang perlu ditandatangani oleh Ketua Kampung/Imam manakala bagi yang bekerja perlulah disahkan oleh Bahagian Sumber Manusia (HR) di pejabat masing-masing (tempat bekerja).

Untuk yang bekerja, cara mendapatkan surat akuan bujang senang sahaja, dengan memberitahu kepada bahagian sumber manusia, dan mereka yang akan sediakan serta mendapatkan tandatangan daripada majikan. Kita cuma perlu bagitahu mereka dan ambil apabila siap sahaja. Namun sekiranya tidak mahu menyusahkan pihak HR (hehehe), maka mungkin boleh menyediakan surat tersebut sendiri dan mendapatkan tandatangan pihak majikan sendiri. Tapi harus diingat, salinan surat tersebut perlulah diserahkan juga kepada pihak HR sebagai rujukan di masa akan datang. Berikut adalah contoh surat akuan bujang bagi orang yang bekerja.
_________________________________________________________________________
Tarikh

Sulit dan Persendirian

Kepada sesiapa yang berkenaan

PENGESAHAN STATUS PEKERJAAN DAN PERKAHWINAN

Nama:
No KP:

Merujuk kepada perkara di atas, adalah disahkan bahawa Nama penuh pemegang No KP nombor ic adalah pekerja syarikat ini.

Tarikh mula bekerja:
Jawatan:
No Pekerja:
Status Pekerjaan:
Status Perkahwinan:

Sila hubungi pejabat kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
..............................
Nama Majikan
Jawatan

*Surat ini hendaklah di print di atas letter head company.