Sunday, January 24, 2021

Pendidikan Tahun 2021

 Assalamualaikum w.b.t


Agak lambat idea menulis tu sampai. Mood semuanya ke laut...hikhikhik

Apa perkembangan kes Covid-19 kini? MAsih lagi 4 angka. Semalam kes baru mencecah 4 ribu lebih. Semoga mereka2 yg terjangkit, dikurniakan kesembuhan dari Allah. Pada siapa lagi kita hendak berharap, hanya kepada Allah. Semoga frontliners juga diberikan kekuatan dan perlindungan dalam mengharungi cabaran pandemik ini.


Terlalu banyak kisah yg menyayat hati jika disingkap. Tapi mereka tidak menzahirkan secara terbuka. Semoga dipermudahkan urusan untuk semua.


Sekolah yg sepatutnya dibuka pada 21 Januari 2021, terus ditunda. Pembelajaran dari rumah dilaksanakan. Cabaran untuk ibu bapa pula untuk mengendalikan anak2 di rumah. Jika ibu bapa bekerja? Jika anak ramai? Gajet tak cukup? Masya Allah, hebatnya ibu bapa yg berada dalam situasi itu!


Saya memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah pada tahun ini. Anak saya berumur 5 tahun. Memandangkan saya bekerja di rumah, maka saya tekad dgn pilihan tu. Ketika tarikh pendaftaran sekolah dibuka haritu, pada waktu itu kes Covid-19 masih lagi beribu-ribu. Walopun para guru menyatakan sekolah tetap akan dibuka pada 21 January 2021, tetapi pada pendapat saya mereka pasti akan mengubah fikiran dan melaksanakan pembelajaran secara online di rumah. Berdasarkan pengalaman saya ber kelas online pada tahun lepas, saya sangat tidak berpuas hati, hahahaha. Mana taknya, kelas oleh guru 10-15 minit sahaja (ye la budak 4 tahun kan), 2-3 kali jer seminggu, selebihnya mak2 yg kena uruskan seperti suruh anak siapkan kerja yg cikgu bagi, menjayakan aktiviti yg cikgu cadangkan dan lain2. semuanya mak.  tapi yuran byr penuh. Kata cikgu tu, untuk menampung gaji cikgu! Tiada langsung pengurangan jumlah yuran. Sejak tahun lepas saya bercita-cita nak jadi org yg spontan melontarkan pendapat (hahahaha). saya nak ckp ttg ketidakpuashati saya terhadap guru itu (face to face or whatsapp), tapi saya masih lagi tak mampu. Hanya berkata-kata di blog sahaja. Hahahaha. Sampai sekarang cikgu tu taktau saya tak puashati. Saya cuma ckp ttg kerisauan nak hantar anak ke sekolah kerana kes Covid-19 masih tinggi (sebab masa tarikh pendaftran sekolah tu cikgu confident cakap pembelajaran akan dilaksanakan di sekolah). Semoga urusan anak2 lain dipermudahkan. Dan semoga guru2 sekolah tu dikurniakan petunjuk dan hidayah supaya mengambil kira keadaan ibu bapa yg mungkin terjejas pendapatan akibat pandemik ini, bukannya hanya mementingkan gaji cikgu! (saya tak marah, cuma tak puas hati,,,,sikit jer...hahahha)


Jadi, daripada saya terus bersangka buruk (hehehehe), lebih baik saya tidak mengambil risiko. Andai suatu hari nanti PKP habis, saya bercadang menhantar anak ke kelas membaca BM dan BI (form daftar dah ada, cuma belum hantar). dan seandainya saya perlu bekerja di pejabat maka saya bercadang untuk menghantar anak di tadika yg lain. In shaa Allah.


Anda pula bagaimana? Dapat melalui sistem pendidikan yg baru dgn senang hati? Semoga urusan kalian dipermudahkan. Aaminnn