Saturday, May 23, 2020

Raya PKP 2020

Assalamualaikum w.b.t

Berakhir sudah Ramadhan tahun ini. Semoga segala amalan baik kita diterima oleh Allah dan semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Esok pula kita akan ber hari raya dengan suasana berbeza. Malaysia masih lagi berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan. Ziarah raya pula hanya pada hari raya pertama dan tidak dibenarkan bermalam dirumah yg diziarahi. Oleh itu tak dapat la kami sekeluarga pulang beraya di kampung. Tahun ni giliran kampung saya. Kami tinggal di Selangor manakala kampung saya di Negeri sembilan. Sedih. Tapi takper demi kesihatan.

Marilah kita berdoa supaya Allah bebaskan dunia ini daripada virus Covid19. Bukan hanya virus, semoga segala kejahatan di dunia turut dilenyapkan.

Kepada yg dapat pulang berhari raya, hati2 dan semoga selamat semuanya.

Kepada yang beraya diperantauan, tak apa. Janganlah sedih. Doakan kite bertemu ramadhan dan aidilfitri di tahun hadapan.

Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

Friday, May 8, 2020

PKP 4- hari ke-10

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni merupakan hari ke10, PKP fasa 4 di malaysia. Rakyat dah dibenarkan keluar melebihi radius 10km. Byk sektor ekonomi dah memulakan operasi dengan syarat SOP dipatuhi (PKPB). Camne kerajaan nk kontrol tak tau la. Tapi yg penting kitalah yg perlu memainkan peranan untuk terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan- selalu basuh tangan, keluar hanya jika perlu, social distancing dan pakai mask bila keluar rumah.


Banyak hikmah yg kita perolehi sejak covid-19 memunculkan diri. Kehidupan menjadi lebih sederhana, lebih bersyukur, lebih berhati2 dan lebih mementingkan keselamatan ahli keluarga. Ditambah pula umat islam berpeluang berpuasa di rumah (work from home) dan bakal berhari raya di rumah sahaja. Jadi sudah tentu sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaan.

Sikap2 positif ini diharap dapat berkekalan untuk menjadikan kita manusia yg lebih baik di masa akan datang. Tiada yg dapat menghilangkan apa2 penyakit dari dunia ini melainkan dengan izin Allah...

Selamat meneruskan ibadah puasa dengan lebih rasa syukur 😊