Monday, October 25, 2021

Rentas Negeri 11 Oktober 2021

 Assalamualaikum semua....


Hai..kat mane tu...tengah bercuti ke...Hati2 ye bagi yg sedang bercuti di kawasan pantai, sungai dan air terjun musim2 hujan ni.......SOP juga jangan dilupa. Ia penting untuk diri kita sendiri juga...


Alhamdulillah, kerajaan Malaysia telah membenarkan rakyat untuk merentas negeri bermula pada 11 Oktober 2021 yang lalu. Seronok sungguh kan? Namun jangan terlalu gembira sehingga mengabaikan SOP. Jika bukan untuk diri kita, tolonglah fikirkan keselamtan orang2 yang kita sayangi seperti anak2 dan ibu bapa. Covid-19 masih ada dan akan berada dimana-mana atas izin Allah, kita kena belajar untuk berkongsi alam semesta ini dengan Covid-19. Kan?


Kami sekeluarga juga telah selamat pulang ke kampung di Negeri Sembilan pada 11 Oktober yang lalu. Alhamdulillah saya dapat berjumpa dengan ibu dan adik-beradik. Syukur semuanya sihat2. alhamdulillah. Sempatlah juga membawa ibu berjalan-jalan ke Pantai Pelindung, Kuantan Pahang. Agak jauh juga dari kampung halaman, 2 jam lebih juga perjalanan. Cantik tau Pantai Pelindung tu, korang kena pergi! Hehe.


5 hari bercuti di kampung rasa seperti tidak cukup. Semoga kami semua dikurniakan lagi kesempatan untuk pulang ke sana dan menziarah ibu serta adik-beradik yang lain.


Kepada yang belum sempat pulang ke kampung, take your time okay. Nanti bila dah ready, pulanglah dengan selamat. In shaa Allah...

Thursday, June 3, 2021

Jangan cakap kesian kat orang

 Assalamualaikum w.b.t

 

Hi uols...lamanya tak bersiaran. Kagum sangat dgn orang2 yg sentiasa ada idea yg fresh untuk menulis, tidak kira lah di blog mahupun di platform media sosial.  Tabik springggg untuk diorang.


So far macam mana dgn suasana PKP uols? seronok? Mungkin yang ada gaji tetap seronok lah kot. tapi yg bekerja sendiri macam mana? Owh sebelum tu just nak record kat sini yg Malaysia sedang berada dlm tempoh PKP 3 bermula 1 jun 2021 yg lalu. Semoga Covid-19 segera pergi dan nyah dari Malaysia.


Ok berbalik kpd tajuk hari ini, jangan cakap kesian kat orang. Rasanya saya pernah tulis jugak kot sebelum2 ni. Sebelum itu, ingin saya tekankan di sini, melalui berita2  di media massa terdapat ramai di antara kita semua yg sebenarnya mengalami masalah mental. Bukan gila, tetapi masalah berkaitan emosi akibat tekanan perasaan. Masalah utama kebanyakan orang adalah tidak dapat mengawal masalah/ujian yg dihadapi. Selain itu ia terjadi akibat terlalu lama memendam perasaan, tidak mahu bercerita/berkongsi perasaan dgn orang lain. Banyak juga berita yg kita tengok, ramai yg bunuh diri, malah menjadi pembunuh pula.


Apa kaitan perkataan kesian dalam hal ini? Maksud saya ia bermula di peringkat awal apabila ada kawan2 kita yg menghadapi masalah/tekanan atau sebagainya. Sebagai kawan, mereka akan bercerita kepada kita. Ramai kalangan kita akan ucapkan "kesian" kat kawan kita tu. 'Kesian" itu bagi saya adalah perkataan yg akan membunuh perasaan kwn korang. dia sedang menghadapi masalah, sedang bersedih, kenapa uls nak cakap 'kesian' kat dia? Kesiannya kau,,,,kesiannnn aku tengok kau. Tak ke macam mengejek tu??


Boleh tak, jangan cakap "kesian". Nanti kwn uols akan rasa bertambah sedih, rasa teruk sangat dgn apa yg dia alami. Boleh tak berada kat tempat dia? Ke uols mmg suka org ckp "kesian" kat uols kalau uols dalam kesusahan? For me, perkataan "kesian" tu seperti mengejek kekurangan orang lain. Dapat tak?


Sekiranya berhadapan dgn orang yg mempunyai masalah, bagi saya lebih baik uols mendoakan kesejahteraan hidup dia, puji kelebihan dia, minta dia bersyukur dgn apa yg dialami kerana pasti Allah akan memberikan sesuatu yg lebih baik lagi. cuba bantu dia dari segi kewangan (jika dia ada masalah wang) jika uols mampu, kerana duit juga merupakan perkara yg merisaukan org yg mengalami tekanan contohnya jika diberhentikan kerja dalam situasi sekarang.


Jika berkaitan kerja, kawan korang diberhentikan kerja dan sebagainya, lebih baik uols buka mata dia mungkin dia ada skill lain yg hebat yg boleh diketengahkan. Bantu dia bagaimana mahu bermula. Bagi dia semangat jika dia mahu bercerita. Bukannya condemn dia dgn perkataan "kesian". Dapat tak?


Perkara yg lebih penting lagi adalah, jangan pula bercerita tentang masalah kawan korang tadi kepada orang lain. Uols kena fikir maybe dia bercerita kat uols sebab dia rasa uols orang yg dia percayai. Jaga amanah tu, boleh?


Lagi satu, dalam memberi semangat kpd kawan uols, contoh nak cakap kelebihan dia. Jujurlah sikit. Jangan lah pula korang suruh kawan tu buat benda2 yg dia sendiri tak suka. contoh dia jahit seluar koyak pun tak pandai, korang pula cakap dia boleh jadi tukang jahit! Tak ke lagi stress kawan tu??


Dapat tak? sekian.



Thursday, February 25, 2021

Selamat Kembali ke Sekolah

 Assalamualaikum w.b.t


Seperti yg kita semua tahu, sesi persekolahan akan bermula pada bulan Mac 2021 nanti. So, selamat kembali ke sekolah lah wahai para pelajar. Cikgu2 pun nampak gayanya dah penat sangat tu menghadap laptop untuk online class...hehehe. Dah tak sabar nak face to face dgn student ye tak?


Vaksin Covid-19 pula dah pun selamat tiba di Malaysia, dgn suntikan pertama diberikan kepada PM Muhyiddin Yassin dan juga KP Kesihatan, Dr Noorhisyam. difahamkan setiap org akan diberikan 2 dos suntikan (selang berapa minggu kena check semula di FB MOH atau pun MKN). Semoga semua orang diberikan petunjuk dan hidayah untuk mengambil vaksin tersebut bagi melindungi diri sendiri dan orang lain seperti kanak2 dan org2 lanjut usia. Vaksin bukan faktor utama untuk melindungi diri drpd Covid-19, tetapi sebagai usaha untuk meningkatkan pertahanan badan kita menghalang keupayaan Covid-19 menyerang tubuh badan kita. Yang paling utama adalah kebergantungan kita kpd Allah. Usaha, doa dan Tawakal. Doa tanpa usaha ibarat menunggu emas jatuh dari langit untuk jadi kaya.


Ok, Sekian.



Sunday, January 24, 2021

Pendidikan Tahun 2021

 Assalamualaikum w.b.t


Agak lambat idea menulis tu sampai. Mood semuanya ke laut...hikhikhik

Apa perkembangan kes Covid-19 kini? MAsih lagi 4 angka. Semalam kes baru mencecah 4 ribu lebih. Semoga mereka2 yg terjangkit, dikurniakan kesembuhan dari Allah. Pada siapa lagi kita hendak berharap, hanya kepada Allah. Semoga frontliners juga diberikan kekuatan dan perlindungan dalam mengharungi cabaran pandemik ini.


Terlalu banyak kisah yg menyayat hati jika disingkap. Tapi mereka tidak menzahirkan secara terbuka. Semoga dipermudahkan urusan untuk semua.


Sekolah yg sepatutnya dibuka pada 21 Januari 2021, terus ditunda. Pembelajaran dari rumah dilaksanakan. Cabaran untuk ibu bapa pula untuk mengendalikan anak2 di rumah. Jika ibu bapa bekerja? Jika anak ramai? Gajet tak cukup? Masya Allah, hebatnya ibu bapa yg berada dalam situasi itu!


Saya memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah pada tahun ini. Anak saya berumur 5 tahun. Memandangkan saya bekerja di rumah, maka saya tekad dgn pilihan tu. Ketika tarikh pendaftaran sekolah dibuka haritu, pada waktu itu kes Covid-19 masih lagi beribu-ribu. Walopun para guru menyatakan sekolah tetap akan dibuka pada 21 January 2021, tetapi pada pendapat saya mereka pasti akan mengubah fikiran dan melaksanakan pembelajaran secara online di rumah. Berdasarkan pengalaman saya ber kelas online pada tahun lepas, saya sangat tidak berpuas hati, hahahaha. Mana taknya, kelas oleh guru 10-15 minit sahaja (ye la budak 4 tahun kan), 2-3 kali jer seminggu, selebihnya mak2 yg kena uruskan seperti suruh anak siapkan kerja yg cikgu bagi, menjayakan aktiviti yg cikgu cadangkan dan lain2. semuanya mak.  tapi yuran byr penuh. Kata cikgu tu, untuk menampung gaji cikgu! Tiada langsung pengurangan jumlah yuran. Sejak tahun lepas saya bercita-cita nak jadi org yg spontan melontarkan pendapat (hahahaha). saya nak ckp ttg ketidakpuashati saya terhadap guru itu (face to face or whatsapp), tapi saya masih lagi tak mampu. Hanya berkata-kata di blog sahaja. Hahahaha. Sampai sekarang cikgu tu taktau saya tak puashati. Saya cuma ckp ttg kerisauan nak hantar anak ke sekolah kerana kes Covid-19 masih tinggi (sebab masa tarikh pendaftran sekolah tu cikgu confident cakap pembelajaran akan dilaksanakan di sekolah). Semoga urusan anak2 lain dipermudahkan. Dan semoga guru2 sekolah tu dikurniakan petunjuk dan hidayah supaya mengambil kira keadaan ibu bapa yg mungkin terjejas pendapatan akibat pandemik ini, bukannya hanya mementingkan gaji cikgu! (saya tak marah, cuma tak puas hati,,,,sikit jer...hahahha)


Jadi, daripada saya terus bersangka buruk (hehehehe), lebih baik saya tidak mengambil risiko. Andai suatu hari nanti PKP habis, saya bercadang menhantar anak ke kelas membaca BM dan BI (form daftar dah ada, cuma belum hantar). dan seandainya saya perlu bekerja di pejabat maka saya bercadang untuk menghantar anak di tadika yg lain. In shaa Allah.


Anda pula bagaimana? Dapat melalui sistem pendidikan yg baru dgn senang hati? Semoga urusan kalian dipermudahkan. Aaminnn