Saturday, May 23, 2020

Raya PKP 2020

Assalamualaikum w.b.t

Berakhir sudah Ramadhan tahun ini. Semoga segala amalan baik kita diterima oleh Allah dan semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Esok pula kita akan ber hari raya dengan suasana berbeza. Malaysia masih lagi berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan. Ziarah raya pula hanya pada hari raya pertama dan tidak dibenarkan bermalam dirumah yg diziarahi. Oleh itu tak dapat la kami sekeluarga pulang beraya di kampung. Tahun ni giliran kampung saya. Kami tinggal di Selangor manakala kampung saya di Negeri sembilan. Sedih. Tapi takper demi kesihatan.

Marilah kita berdoa supaya Allah bebaskan dunia ini daripada virus Covid19. Bukan hanya virus, semoga segala kejahatan di dunia turut dilenyapkan.

Kepada yg dapat pulang berhari raya, hati2 dan semoga selamat semuanya.

Kepada yang beraya diperantauan, tak apa. Janganlah sedih. Doakan kite bertemu ramadhan dan aidilfitri di tahun hadapan.

Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

Friday, May 8, 2020

PKP 4- hari ke-10

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni merupakan hari ke10, PKP fasa 4 di malaysia. Rakyat dah dibenarkan keluar melebihi radius 10km. Byk sektor ekonomi dah memulakan operasi dengan syarat SOP dipatuhi (PKPB). Camne kerajaan nk kontrol tak tau la. Tapi yg penting kitalah yg perlu memainkan peranan untuk terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan- selalu basuh tangan, keluar hanya jika perlu, social distancing dan pakai mask bila keluar rumah.


Banyak hikmah yg kita perolehi sejak covid-19 memunculkan diri. Kehidupan menjadi lebih sederhana, lebih bersyukur, lebih berhati2 dan lebih mementingkan keselamatan ahli keluarga. Ditambah pula umat islam berpeluang berpuasa di rumah (work from home) dan bakal berhari raya di rumah sahaja. Jadi sudah tentu sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaan.

Sikap2 positif ini diharap dapat berkekalan untuk menjadikan kita manusia yg lebih baik di masa akan datang. Tiada yg dapat menghilangkan apa2 penyakit dari dunia ini melainkan dengan izin Allah...

Selamat meneruskan ibadah puasa dengan lebih rasa syukur 😊

Saturday, April 4, 2020

Perintah kawalan pergerakan (PKP)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini merupakan hari ke 17 PKP. Untuk rekod, pkp di malaysia diperintahkan untuk mengekang penyebaran meluas virus corona. Tempoh asal bermula daripada 18 march sehingga 31 march, tapi kemudiannya dilanjutkan lagi sehingga 14 april 2020. Ini kerana pkp pada peringkat awal itu tidak mendapat kerjasama yang penuh daripada rakyat malaysia. Ramai yang berduyun- duyun pulang ke kampung dan merentasi negeri lain  walaupun arahan kerajaan menyuruh kekal ditempat tinggal masing2.

Pkp juga diadakan kerana ramai rakyat malaysia baru pulang bercuti dari luar negara. Untuk rekod juga, virus corona mula2 tersebar di Wuhan China ketika Tahun baru cina.

Dengan lanjutan pkp pada fasa kedua ini diharap rakyat malaysia lebih sensetif untuk melindungi diri sendiri dan orang lain. Ini kerana virus corona sangat mudah berjangkit. Kita dinasihatkan untuk duduk didalam rumah dan mengamalkan tahap kebersihan yg optimum seperti kerap mencuci tangan dengan sabun & mandi.

Jika kita berasa kurang sihat, segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan.

Semoga kalian semua berada di bawah lindunganNya. Sama-sama kita berdoa semoga virus corona ini segera terhapus. Tak lama lagi nak ramadhan!

Tuesday, March 3, 2020

Food Promo

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua..semoga semuanya dirahmati Allah sentiasa.


Gambar di atas adalah promosi KFC snack plate pada 20/2/20. Rm20 untuk 2 set. 

Saya peminat KFC. Tapi saya tak pergi untuk dapatkan kfc pada hari tersebut. Promo. Ramai orang. Malas beratur. Hehe.

Dengarnya barisan terlalu panjang. Dan dengarnya juga ada yang menempelak dan menghina orang2 yang membanjiri kfc pada hari tersebut. Kononnya 'batak'. Tak pernah mkn kfc.

Bukan nak cakap tentang orang yang beratur. Tapi nak cakap tentang orang yang menghina.

Orang beli makanan sebab lapar. Teringin. Mungkin dah lama mengidam tapi terpaksa pendamkan sebab kurang mampu. Anak ramai. Mungkin. Kita makan satu snack plate sorang2. Tapi mungkin orang lain kongsi berdua.bertiga.

Jika anda tak mampu tolong orang dengan wang ringgit, Please give your respect! Kemampuan kita berbeza. 

Tak mampu bukan bererti miskin. Jimat untuk benda penting. Bahagia kita berbeza.



Thursday, January 16, 2020

2020

Assalamualaikum w.b.t

Hi readers...sorry lama x update blog ni.hahaha

Menjengah ke tahun 2020, didoakan semoga segala impian kalian tercapai.

Semoga semua niat yg baik yg ada dalam hati ini termakbul jua...semua perancangan hanya Allah yg berkuasa melaksanakan.

Happy new year everyone!

Thursday, December 5, 2019

Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t

Salam uolss..datang sini jap untuk buang sawang2 yg melekat kat blog ni...haha...

Today is my bestfriend's birthday, isdawati. Semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. The best thing among my bestfriends including her is, they always help me and cannot hear if i'm in hard time..no wonder la if i say (even in whtsapp status) craving for something, isda always try to fullfil it...best kan?

I hope in future i will be like them. Very concern about what people's need and try to make others happy. To all my bestfriends (you know who u are), i hope we will be together forever and ever. Please don't forget me hahahaha.


I love you all so much, friends!!


Thursday, September 5, 2019

Latest Update

Assalamualaikum w.b.t

Sambil2 senyum, tiba2 terfikir betul ke saya yang tulis kat blog ni..heh heh..macam tak percaya pulak bila scroll post2 lama and baca..haha jangan marah haaa

Now dah september 2019...lebih kurang 4 bulan lagi untuk menjengah ke tahun hadapan..banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan sebelum january 2020. Harap sangat Allah akan mempermudahkan segala urusan. Aaminn...

Tahun depan urusan yang perlu diselesaikan lebih besar...so tahun ni kena settle kan perkara2 'minor'. Kadang terfikir adakah terlalu lewat untuk merancang sesuatu. But then positively thinking that Allah is the best planner. Who am i to argue about it? Just go with the flow.

Usaha, doa dan tawakal are the best ways. Wish me luck!