Wednesday, June 16, 2010

Lelaki dan Zina

Huarghhhhhhhh,,,uish buruk betul menguap........duduk rumah ni asik tido..makan....tido.....makan.......hmm bestnye makan rojak cik samah tadi.....konyang......

Ohh agak lama tidak mengupdate blog.......ini bermakna hidup agak sunyi dan boring dgn tiada aktiviti yang nak di blogkan.....hehehe...........

namun tadi terbaca suratkhabar.....dengan tajuk....ajarlah anak lelaki menghormati wanita sejak mereka kecil lagi....mcm tu lah lebih kurang tajuknya....

mmg tidak dapat kita sangkal bahawasanya kejadian maksiat semakin berleluasa di negara kita Malaysia ini...apakah faktor yang menyebabkannya?kita sendiri tahu......pengaruh Barat semakin bermaharajarela.......dan kita sebagai umat Islam pun semakin lalai menunaikan tanggungjawab masing2............

jadi apa kaitan tajuk artikel suratkhabar tersebut dgn kejadian maksiat?selama 9 bulan 9 hari secara normalnya setiap janin dikandung oleh seorang yang bernama wanita........dgn penuh syukur janin yg sihat menjadi bayi disambut kehadirannya oleh kedua ibu bapanya.....bukan senang mendapatkan zuriat dan sudah tentu kelahiran mmbawa seribu makna kepada setiap pasangan............bagi pasangan yg sukar  mengandung pasti tangisan gembira dan syukur jurus membasahi pipi.............

tetapi yang kita lihat sekarang bertaburan bayi yg cukup sifatnya di buang merata2......tidak cukup dibuang mereka dibunuh ,dibakar.....nauzubillah..............kelahiran mereka disambut oleh ibu dan ayah yang berwajahkan syaitan...........kejadian dan kelahiran mereka bukan dipinta......mereka lahir akibat nafsu serakah manusia yang tidak kenal erti taubat....yg mengetepikan perintah Tuhan......yg bakal menjejak api neraka..........

tatkala kita melihat atau mendengar cerita hamil luar nikah,yg kita lihat adalah remaja perempuan bawah umur yg mmboyot perutnya......seringkali kita dgr perempuan menyembunyikan kelahiran anak luar nikahnya............seringkali kita dengar perempuan ditangkap dihukum dimasukkan ke pusat pemulihan akibat mengandung atau pun melahirkan anak luar nikahnya.......namun amat sukar kita dengar seorang lelaki bersusah payah membantu kekasih hatinya yg sedang sarat mengandungkan benihnya.............lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap benih yg disuburkan dalam rahim seorang wanita sering hilang,malu,takutkan aib yg diciptanya sendiri.......paling jijik lelaki2 itu tidak mengaku itu adalah anaknya dan menuduh perempuan itu sundal......masyaallah.....

adakah itu adil?tidak sama sekali............namun apabila nasi sudah menjadi bubur segalanya tidak bermakna lagi..................sebelum berlakunya perkara2 lebih hebat.....kita sebagai masyarakat yang dianggap bijak perlu melangkah ke hadapan mencari formula untuk menghentikan perkara2 maksiat............salah satu caranya adelah mendidik anak2 kita supaya menghormati antara satu sama lain.....memberitahu dan menegaskan kepada mereka apa yg boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan terhadap insan berlainan jantina.............bunyi macam mudah tetapi itulah sebenarnya yang diperlukan oleh anak2 zaman sekarang..............ibu bapa millenium juga sibuk dgn kerjaya...bagi kita duit melebihi segala kepentingan yang lain......sedar lah........cukupkan ilmu agama.........didiklah anak2 mu.........seseungguhnya kamu adalah teladan yang paling hampir buat anak2.....

No comments:

Post a Comment