Sunday, August 15, 2010

Bila hati semakin layu, rindu tidak bererti lagi

Ehem,,,,rasa sungguh jiwang dengan tajuk di atas,,,kekekekeke

Bila bercakap soal hati, ibarat bercakap tentang sesuatu yg tidak nyata,sesuatu yang bercampur baur seperti spesies pokok2 dalam hutan hujan tropika di Malaysia,,hehe......ade pokok tinggi pokok rendah ade binatang liar dari sekecil2 saiz hingga ke sebesar2 saiz,,,,,hmm related tak nih??hehe....(mentang2 ajar Geografi dah smpai bab hutan).....

Ada pendapat mengatakan....lebih baik kita belajar menyintai kepada org yang ikhlas menyayangi kita,,,daripada kita berterusan berharap kepada insan yang kita sayangi supaya turut menyayangi kita seperti kita menyayangi dia...........sedangkan kita tahu bahawa dia tidak menyimpan sedikit pun perasaan syg malah rindu seperti perasaan kita terhadap dia...........di pendekkan cerita kita hanya bertepuk sebelah tangan.....

Ada juga satu pendapat lain,,,,,,,,,yg aku kurang pasti susunan kata2nya....dan mnyebabkan aku menukar kata2 tersebut......hidup manusia ni ibarat mendaki gunung untuk mencari air terjun yg cntik dan menikmati kepuasan bermandi manda........semakin tinggi kita mendaki kita merasakan akan ada air terjun yg tercantik,,,,,,,kita terus mendaki dan mahu mendaki lagi hingga ke puncak sedangkan kita telah menemui air terjun yg indah di bawah sana sepanjang pendakian..........dan bila kita smpai ke puncak yang tertinggi baru lah kita tersedar bahawa air terjun yg paling atas ini tidak memberi kepuasan kepada kita,,,,,,mmg nmpak cntik kerana airnye deras dan terjun melalui batu batan yg tinggi,tapi dapatkah kita bermandi manda di arus yg deras dan berbatu batan yg banyak?akhirnya kita akur,,,dan turun smula ke bawah dgn harapan mahu menikmati suasana di bawah yg lebih santai....tapi alangkah kecewanya kita apabila tempat yg tadinya tiada org kini telah digunakan oleh org lain dengan begitu gembira sekali...........dan kita hanya mmpu menyesal serta kepenatan.........

begitu lah hakikat hidup........manusia sering mencari yg terbaik..........apabila telah menemui sesuatu,kita yakin kita akan menemui yg lebih hebat,,,,dan kita hanya membiarkan sahaja apa yg telah kita temui begitu sahaja........tanpa kita mengetahui kita tidak akan menemuinya semula......

manusia mmg tamak,,,tidak pernah puas dgn apa yg diperolehinya.......begitu juga dgn cinta...kita sering mencari seseorang yg lebih hebat yg kononnya lebih sepadan dgn kita........tanpa kita tahu kita telah menemui pasangan kita yg sebenarnya.........dan kita telah mengecewakan dia.......

hidup juga ibarat putaran roda, kegembiraan dan kesedihan bukanlah untuk selamanya,,,percayalah, dugaan hanya untuk menguji keimanan,,,,,,,,,namun jangan kita mendongak ke langit apabila mendapat kebahagiaan,seringlah menunduk ke tanah saat berlari laju mahupun berjalan perlahan,,,,,

takdir hidup sarat dengan pengajaran....jangan sesekali kecewa mahupun putus asa......teruskan perjalanan biar perit menanggung seksa,yg pasti semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya........usah jua memasang angan2 yg panjang, kerana itu akan membinasakan jiwa kita.......biar hidup kita simple dan humble,jangan diragu pada takdir Tuhan.......

2 comments: