Monday, November 22, 2010

Berkorban apa saja....

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim dalam kesabaran
Melihatkan keteguhan iman, keikhlasan hati anaknya Nabi Ismail
Disitulah bermulanya sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN
betapa seorang bapa yang sangat menyayangi anaknya
berkorban melaksanakan amanat Allah yang diterima melalui mimpinya
amanat menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail
betapa beliau bersungguh-sungguh menjalankan perintah Penciptanya
perlaksanaan perintah daripada hamba yang beriman kepada Yang Maha Esa
betapa seorang anak taat kepada bapa dan Pemerintah Alam Semesta
sanggup mengorbankan diri kerana Allah semata-mata.......
dan betapa Allah menepati janjinya
mengurniakan balasan yang baik kepada hambaNya yang patuh
lalu sembelihan digantikan dengan seekor kibas
betapa Allah mengangkat darjat mereka2 yang beriman.......

Sangat indah kisah pengorbanan yang sepatutnya kita hayati.......sudahkah kita beriman kepada Pencipta,sedangkan kita tidak pernah diuji dengan ujian yang hebat.....sudahkah kita beriman kepadaNya,sedangkan kita lalai akan suruhanNya....sudahkah kita beriman kepada Yang Maha Agung,sedangkan kita selalu kufur akan nikmatnya......???

sedarlah wahai diri........apa yang sudah,sedang dan bakal engkau lalui hanyalah secebis dugaan daripada Allah,sekadar untuk menguji....tabahlah,sabarlah, yakinlah....hanya dia yang mampu menetapkan kesudahan takdir hidupmu........



1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Pada masa kini, masyarakat semakin dibuai arus globalisasi yang menyongsangkan akidah. Sering kali orientalis barat memperlihatkan konsep pengorbanan dan jihat dalam Islam adalah sesuatu yang radikal dan ganas.

    Ini menjadikan generasi belia umat Islam kini yang sememangnya dari awal kurang mendekati ajaran Islam, semakin meminggirkan kalimah syahadah dan tauhid. Itu belum lagi generasi dewasa dan tua yang sememangnya sudah rosak dek arus zaman.

    Berkorban tidak semestinya dengan harta dan wang. Erti pengorbanan adalah luas bagi sesiapa yang mahu berfikir mengenai keEsaan Allah SWT.

    Jemput saudara dan saudari membaca artikel saya yang berkenaan dengan Aidiladha dan korban di :

    http://smskey.blogspot.com/2010/11/salam-aidiladha-1431-hijrah-pengorbanan.html

    ReplyDelete