Assalamualaikum w.b.t....
Maafkan aku teman
kerana selepas ini
tiada lagi madah puitis
melodi indah daripadaku
Memadailah sejauh ini langkah kita
aku tidak sanggup lagi
kerana semakin jauh melangkah bersama
semakin terjarak kita
daripada Yang Maha Esa
Semalam
dalam istikharah aku melihat
ibaratnya jarak kita dengan Illahi
umpama panah terlepas dari busurnya
Teman
takwilkan ia
mudah-mudahan engkau turut insafi
kesilapan kita
aku tidak mahu kita tersilap memilih cinta
cinta hakiki hanya ada di sisi-Nya
Wallahualam
p/s:Karya Ruhana Zaki
No comments:
Post a Comment