Saturday, May 19, 2012

Mencari ruang menangis~Kesah budak-budak

Assalamualaikum w.b.t....

Salam sejahtera ke atas semua.....hehe....

Hari ni keje gak....half day......balik keja kul 1 sampai rumah....makan....mandi.......sembahyang.....tido..........tp tk leh nk pejam mata.....ada perkara yg membelenggu jiwa....cehcehceh........blues pulak.........sambil nak cuba pejam mata...menangis nangis....huhuhu.....tak bleh jadi ni.........kita tak boleh putus asa dalam hidup kan.........so i bingkas(??) bangun then membuat aktiviti yang boleh menghilangkan kesedihan....yeahhhh mengemas rumah.............

Sedang mengemas rumah....terjumpa la benda2 yg boleh mengukir senyuman di kala duka........jumpa album lama........dan yg paling menggelikan hati...terjumpa surat anak buahku yg ditulis ketika darjah 5....hahaha....surat yg tk jadi di beri kepada kawannya......suratnya berbunyi begini.....

"Assalamualaikum........
Hai, Yana aku dah pulangkan kawan baik kau aku harap kau jaga dia baik-baik ingat hal ini jangan sesekali bagi tau orang lain walaupun hadila.

Hei Yana kau pujuk la Puteri suruh dia bagi buku lagu kat aku dan kau boleh buat buku lagu yang lain dan aku akan menolong kau carikan lagu.Aku nak ucapkan tahniah sebab kau dah dapat Puteri. Orang yang pernah menjadi kawan baik kau selama darjah 5 dan terputus di sebabkan aku. Kini hari ini dan saat ini 'pen dan penutupnya yang hilang kini bertemu' begitulah seperti kau dan Puteri.Okey la bye bye"

Apa yang kelakar?haha...biasalah zaman budak2....kes gaduh2.........hal buku lagu...(korang ade buku lagu?)......dan yg paling den tak tahan.....ado pulak peribahasa masuk sekali dalam surat....cayalah anak buah den!hahahaha....tenkiu kerana mampu membuatku tersenyum dan gelak sampai tergolek2....haha.....

p/s:kalau terjumpa surat sendiri mamposss tak tulis kat sini....haha

No comments:

Post a Comment