Friday, November 30, 2012

Jika diberi pilihan

Assalamualaikum w.b.t.....

Jika  diberi sesuatu pilihan terhadap sesuatu perkara......sudah tentu kita hanya memilih salah satu daripadanya......Mana mungkin kita boleh memilih kesemuanya sekaligus......Jika pilihan pertama kita gagal, ketika itu barulah boleh kita memikirkan tentang pilihan seterusnya..........Adakah kita menyesal dengan pilihan yang pertama?Tidak....kita bukan menyesal....tetapi kita telah menyedari bahwasanya pilihan pertama itu seharusnya diperbaiki supaya kita dapat mencapai apa yang kita mahukan........

Jika kita terpaksa membuat pilihan dalam masa yang singkat, apa yang perlu kita dahulukan?Kepentingan untuk diri sendiri atau orang lain?Menjaga kepentingan orang lain adalah satu perbuatan yang mulia, tapi haruskah kita mengabaikan diri kita?Bagaimana pula membuat keputusan yang mampu membahagiakan kedua-duanya?

Sesungguhnya pemikiran kita terhad, kita tak mampu membuat pilihan secara tepat untuk jangka masa panjang selama-lamanya...Wajib untuk kita menyerahkan segala perjalanan urusan kita kepada Yang Maha Esa, tidak kira ketika kita tenang atau buntu, lemah atau kuat, senang atau sukar mahupun gembira atau duka...Namun tidak bermakna kita tak perlu berusaha......Perancangan Allah itu lebih baik....apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha menuju kepada perancangan yang telah diaturkan.......Mana mungkin tidur sepanjang masa boleh membawa kita ke syurga, walaupun dengan tidur kita selamat daripada melakukan maksiat dan sebagainya?

Saya sedang berfikir, tentang pilihan yang saya ada......Mohon kepada Dia, supaya menunjukkan saya pilihan yang telah ditetapkan....Agak sakit jika saya tersilap, tapi itulah manusia, dan itulah kehidupan!Bagaimana nak rasa sakit, kalau tak pernah jatuh?kan........


Wednesday, November 28, 2012

Tak tau nak kata apa....aduhaiiiii manusia

Assalamualaikum w.b.t........

Suasana nyaman...alhamdulillah........

Hari ni bangun pagi kul 540 am......bukan bangun.....terkulat2 nak bangun sebenanrnya.......pusing sana pusing sini....akhirnya bangun gak gosok baju....eh tak la gosok tudung je......setakat g keje pakai t-shirt takyah la nak gosok sangat.....hehehe

Kul 6 lebih masuk la bilik air.....wt pe lagi kan...mandi...basuh kain...tgh2 mandi tu tepon rumah berbunyi....."erk sape lak kol pagi2 ni?ni mesti ade emergency ni",,,so cepat2 la kuar bilik air angkat phone....."hello....acik ado rumah tak?"...."saya jawab "mak takdo...g surau.....ada apo kak?"ye, suara itu kukenali....anak jiranku.........(bukan sebelah rumah tau)...."akak kat hospital ni....buleh tak tolong posan kak mak ko nnti?".....saya kata "boleh...."....."suruh dia g mah akak,bgtau mak akak, tepon rumah tu lotak tak boto (betul) kot...akak kol2 tak dapek....."...."ha ye lah"...kata saya.......pastu saya pun masuk bilik air balik menyambung mandi.........tk lama lepas tu tepon berdering balik........then jwb la kan......pastu..."mak ko dah balik lum?"...."lum lg kak..." saya kata.....dia kata..."takpe la...nnti jgn lupo tau ckp kat mak"...."ok".......dalam hati saya berkata...ni mesti kes emergency ni.......ekceli kakak tu temankan kakak dia kat hospital sejak semalam...kakak dia jatuh sebab terpijak lantai licin.....so tangan patah......maybe dah nak kena operate ke apa la tu kot yg dia risau sgt mak dia tak angkat phone tu........

Lepas habis mandi, mak pun balik......dan tepon berdering lagi.....mak angkat dan ckp "ha yo lah"......terus mak g umah makcik tu....belum kul 7 pagi lg time tu.......dalam hati saya "penting sgt nmpaknya urusan tu.......

Dalam kul 7 pagi...makcik tu (mak kepada kakak itu) pula dtg rumah......bertanya la secara lanjut kepada mak saya ttg anknya...(oo mungkin anak dia tkde hand phone  so dia tak dapat kol balik)....tepon rumah dia mmg sengaja dicabutkan wayar sejak mlm tadi sebab hujan lebat petir lagi...mak saya pula rupanya pesan kat anak dia (yg lain) yg lalu kat depan rumah kami tadi.......tu yg makcik tu bergegas dtg rumah........nampak semakin tragis kesah ini kan?harap2 la semuanya selamat....

Balik daripada tempat kerja ptg tadi...saya terus tanya mak.....dapat tak akak tu telefon mak dia?dia nak apa?then mak jawab cmni...."nak suruh mak dia bawak kan lemang kalo datang melawat kat hospital nnti"

saya (dalam hati)..."ek elehhhhhhhh...ingatkan penting la sgt....!huh!!


Tuesday, November 27, 2012

Sekejap sekejap

Assalamualaikum w.b.t,,,,,

Hari ni hari yang paling membosankan di ofis........huh, taktau nak buat ape............bos ade pulak tu.......so buat2 la menaip kat pc....padehal baca blog orang.......

Tapi pagi2 bila sampai jer terus kemas opis...sapu2...mop lantai....cuci tandas.....(eh keje ape aku ni)....saje je buat keje cleaner...tu tanda protes sebenarnya....sebab cleaner selalu tak datang @ datang lambat..........hah, amik ko....bila dia sampai kul 8 pagi, dia taktau nak buat ape....hamik ko lagi.....geram pulak aku.....hehehe....ok la tu kan...daripada dok depan pc je...lebih baik menjalankan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh......kan baru sentuh ttg sedentary life?hehe...(tibe2)....

Walaubagaimanapun, Sekejap2 yang nak disampaikan di  sini adalah ttg hujan.....sekarang kan musim hujan....balik kerja tadi sepanjang perjalanan tu sekejap hujan sekejap tak ujan....subhanallah.....kebesaran Allah kan....mula2 drive bukak tingkap (konon nak jimat minyak la...fresh air gitu)....then eh tetibe ujan...cepat2 tutup tingkap........then tak ujan...bukak balik tingkap...ujan...tak ujan....camtu la sampai lah dekat umah...tak ujan........terus makan rambutan kuning yg terhidang kat garaj (???)hehehe...

Tu je.......hehe...have a nice day to everybody!!


Monday, November 26, 2012

Sedentary life

Assalamualaikum w.b.t,,,,

Wah....makin banyak kali pula men 'update' blog di ofis ye....hehe...today is Monday......atau pun Isnin...Isnin biasanya dikaitkan dengan mood yg malas untuk bekerja.......lebih2 lagi kalau bos tak ade....(bos pun malas la tu gamaknya)....haha.......

Apa benda yang kita buat yg tak malas?hmmm...depends on individual......maybe shopping...itupun kalau ada duit.......travelling.......juga melibatkan duit....semuanya duit....dari mana datang nya duit?tentulah hasil titik peluh bekerja kan?jadi kenapa malas bekerja?(soalan untuk diri sendiri...hehe)....Ada ke aktiviti lain yang tak melibatkan duit?hmm mungkin tidur............tidur memang menjadi rutin harian untuk kebanyakan orang (bukan orang kebanyakan) untuk mengisi  masa terluang (apabila takde duit)......Tapi kadang2 kalau ade banyak duit pun,orang masih gak suka tidur....sebab dah penat seharian atau sepanjang minggu bekerja.......inilah yang dikatakan sebagai "sedentary life" atau gaya hidup bermalas-malasan................tidur=malas...ooppsss salah......sepatutnya macam ni BANYAK SANGAT TIDUR=MALAS.....

Betul tak kalau korang takde apae nak buat....korang akan tidur....kan kan?

Jadi bagaimana untuk menghapukan sedentary life ni?gantikan tidur dengan....jogging,senaman,mengemas rumah,menjalani kelas agama,kelas ilmu dan menjaga budak (??)......hehe...jangan malas2 ok.......bila banyak tidur,,,nanti cepat gemuk....kalo lepas makan terus tido la....kalau tak makan...tidur jer,,,,kurus ler jadinya.......itupun kalo bila bangun tidur tak cari makanan...haha...apa2 je la.....

Wednesday, November 21, 2012

Selamatkan Palestine


Assalamualaikum w.b.t


Mengapa Palestine begitu istimewa dan berharga di hati setiap orang Islam?Mengapa kita perlu membantu mereka?Walau kita tak mampu dari segi kekuatan, harta benda dan kuasa...tapi kita masih mampu berdoa, bukan?Sila rujuk khutbah Jumaat di bawah yang telah dikeluarkan pada tahun 2010 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“SELAMATKAN PALESTIN”
(11 JUN 2010 / 28 JAMADILAKHIR 1431H)
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah, 
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: SELAMATKAN PALESTIN".


Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah, 

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada tiga agama, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Namun demikian Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dihati setiap muslim sejak zaman berzaman. Keistimewaan Palestin ialah kerana di dalamnya terdapat masjid al-Aqsa. Masjid ini mempunyai lima keistimewaan iaitu, pertama : menjadi salah satu daripada tiga masjid paling suci selepas masjidil Haram Mekah dan masjid Nabawi Madinah, kedua: kiblat pertama umat Islam, ketiga: masjid yang kedua dibina atas muka bumi selepas 40 tahun pembinaan masjidil Haram, keempat: tempat berlakunya Isra’ Mikraj dan kelimanya: masjid al-Aqsa menjadi harta waqaf umat Islam sepanjang zaman.


Kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis kepada rakyat Palestin bermula dalam tahun 1948 apabila wujudnya negara haram Israel dibumi Palestin dengan pertolongan negara Barat terutamanya British dan Amerika Syarikat. Apa yang sebenarnya berlaku di Palestin bukanlah isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu menyayat hati kaum muslimin apabila kezaliman Zionis yang menghina akidah umat Islam, rakyat Palestin diseksa, dizalimi dan dibunuh seperti haiwan dan bangsa Palestin diaibkan, dimalukan secara terbuka kepada masyarakat dunia tanpa mendapat pembelaan sewajarnya. 

Berdasarkan pemerhatian mimbar dan penganalisis politik antarabangsa kerajaan zionis Israel adalah kerajaan yang kebal, berada diatas undang-undang antarabangsa dan boleh bertindak sesuka hati kerana ia dinaungi oleh kuasa barat. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 157:


Maksudnya: " Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar dan mereka berkata: hati kami tertutup. Bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja diantaranya. "


Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah, 

Sejak penubuhan negara Israel hingga kini iaitu 60 yang lalu, rejim Zionis sedang berusaha keras untuk menghapus bersih bangsa dan tamadun Palestin. Pada tahun 1969 puak Zionis membakar masjid al-Aqsa yang suci. Usaha terus dibuat hingga ke hari ini untuk meruntuhkan masjid dengan beransur-ansur menggali terowong-terowong dibawah masjid al-Aqsa supaya masjid ini runtuh dengan sendirinya. Tapak masjid ini akan digantikan dengan kuil Yahudi Haikal Sulaiman. Pada masa ini masjid ini masih dikepong dan hanya umat Islam yang berumur 45 tahun keatas dibenarkan solat di masjid ini. Di saat ini juga masjid-masjid lain di Palestin telah ditukar menjadi kelab malam, panggung wayang dan kandang-kandang lembu.

Bumi Palestin dinodai. umat Palestin dinafikan haknya. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka yang serba kekurangan dari semua sudut, berlawan dengan sendirian untuk mempertahankan masjid al-Aqsa dan wilayah-wilayah yang ditakluki oleh rejim Zionis. Dalam perkembangan terbaru pula rejim Zionis sedang melakukan kepungan dari darat dan laut di semenanjung Gaza supaya penduduk Gaza mati dalam kelaparan. Sesungguhnya kekejaman Zionis pasti akan berterusan dan tiada penamatnya kecuali rakyat Palestin berlutut kepadanya.
Apa yang memeritkan tatkala masyarakat Islam seluruh dunia menghantar misi bantuan kemanusian melalui darat dan laut kepada rakyat palestin, rejim Zionis menghalang serta melakukan pembunuhan keatas sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusian tersebut. Mimbar merasa kecewa dengan kekejaman yang menimpa kepada usaha misi ini kerana apa yang dilakukan oleh sukarelawan ini merupakan sebahagian daripada usaha dakwah yang merentasi sempadan agama, bangsa dan negara.
Walaupun negara-negara Islam dan Arab yang mempunyai penduduk yang ramai mengelilingi negara Israel tetapi rejim Zionis yang disokong kuat oleh kuasa besar barat agak sukar dikalahkan. Walhal negara Israel adalah kecil dan penduduk yang sedikit. Rejim Zionis berpegang kepada kitab Talmud dalam menghapuskan bangsa Palestin. Manakala pemimpin Arab dan Islam pula tidak merujuk kepada al-Quran menghadapi Zionis. 
Di manakah maruah umat Islam?. Inilah diantara bahaya dan kesannya apabila umat Islam terlalu bergantung, berlutut dan melobi dengan kuasa-kuasa besar dan bukannya kepada Allah SWT. Sikap ini perlu dibebaskan daripada jiwa kita dan kita wajib membantu rakyat Palestin dengan apa jua cara tindakan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:


Maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”

Bantuan kepada rakyat Palestin boleh dimulakan dengan berdoa kepada Allah SWT sehinggalah memberi tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan rejin Yahudi dihalau keluar daripada negara Palestin. Berdasarkan pedoman sejarah Islam, tentera Islam pernah berjaya menewaskan kubu kuat puak Yahudi dalam peperangan Khaibar pada tahun 7 Hijrah. Dalam peperangan itu Rasulullah SAW memimpin tentera Islam seramai 1,400 orang tentera mengepung selama 10 hari. Tentera Islam diketuai Saidina Ali berjaya menewaskan pertahanan Yahudi dan mereka menyerah kalah.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Mimbar ingin merumuskan , insaflah dan sedarlah bahawa Umat Islam wajib bersatu padu mempertahankan Islam dan tidak bergantung harap kepada bantuan orang bukan Islam untuk menyelamatkan maruah Islam. Sikap tidak peduli umat Islam tentang persoalan akidah, ibadah, syariat dan akhlak akan menjerumuskan umat Islam dibawah telunjuk Zionis dan pakatan mereka. Pemimpin dunia Islam perlu bangkit dan memberi sokongan kepada segala usaha untuk menyelamatkan saudara seagama demi mempertahankan Islam dan tanah air. 

Mimbar juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan kemanusian Gaza samada yang beragama Islam atau bukan Islam atas usaha yang dilakukan dengan mengumpul bantuan dan dana serta sanggup berkorban nyawa, tenaga bagi membantu penderitaan dan menyelamatkan rakyat Palestin. kita berdoa agar mereka diberi kekuatan berpanjangan untuk meneruskan misi kemanusian ini. Sesungguhnya misi ini telah membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman rejim Zionis. 

Mimbar juga menyeru seluruh umat Islam agar menghulurkan segala bentuk bantuan dan menyokong pertubuhan-pertubuhan Islam dalam misi kemanusian Palestin . Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:
Maksudnya: " Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. "

Wednesday, November 14, 2012

Awak yg kata "bila dua jiwa dah sebati,susah nak dileraikan"

Assalamualaikum w.b.t....

Istanbul Aku Datang!!hehehhe....its a malay film...which is kalo saya ajak kawan2 sy tonton,diorang mesti tanknak........kwn2 sy tgk citer omputih je,,,,huhu...

Tapi citer ni mmg best.....rugi sape tak tonton....nanti akan jumpa dialog seperti di atas....cerita yg tak membosankan, romantik dan kelakar........kalo anda diberi pilihan untuk berkahwin, dgn bf yg dah bertahun2 anda kenal atau dgn someone yg baru sahaja dikenali....yg mane satu pilihan anda?huhu...susah...susah....hanya hati yg mampu membuat keputusan.....

Hero adalah Beto Kusyairi si "muka statik tapi ada jiwa"....hehehe...ada lg tak lelaki stok mcm beto?haha just kidding.........heroin nye Lisa Surihani.....best best best....

p/s:harga tiket wayang RM13??mahalnye....huh, dah lamo tak tengok wayang, mcm culture shock pulak!

Friday, November 9, 2012

Funny Friday

Assalamualaikum w.b.t..........

Salam hari Jumaat...(erk bukan ke lepas maghrib dah kira hari baru?hehe....)....

Hari ni hari yg pendek di opis....biase la hari jumaat kan....tolak 2 jam rehat tengahari..tolak lagi masa melepak.....berapa jam je la yg tinggal untuk bekerja.....hehehe....

Pagi tadi buat training untuk staf.....yg ramainya lelaki.....kalo dah nama nya lelaki kalo dapat berkumpul ramai2..hmm benda yg serius pun boleh jd tak serius kan.....sabar je la......by the way, saya selalu ingatkan diri saya sendiri...supaya menghargai orang lain di sekeliling walau pun orang tu perangai dia sangat menyakitkan hati kita.......kerana apabila orang itu telah tiada,kita akan rasa kehilangan sesuatu dan hidup jadi kurang serinya........hmm berbalik kepada kesah training tu...ada la satu part yg nak kena terangkan tentang penggunaan 'face mask' dalam food industry......then saya tanya soalan..."ok sape tau apa kegunaan face mask?"hmm biase lah lelaki kan.....masing2 menjawab.....ada jawab cmni..."untuk menghalang bakteria masuk ke mulut"...ok la tu...."untuk halang kawan kita terbau mulut kita"...hmm ok la tuuuuuuu....."tiba2 sorang lagi ckp cmni...."satu lagi...untuk halang gigi **** (nama orang) daripada terjatuh"....erk adoiyaiiiiii...oo ok **** ada pakai gigi palsu....sabar je lah den!**** senyummmmmm jer.....

Kesah kedua....pergi lab@makmal........alkesahnya makmal ni dikatakan ada "penghuni".......tapi saya tak pernah terkena lagi....mintak2 dijauhkan la.....biase la kan...kalo masuk bilik mane2...bagi salam...."Assalamualaikum..."then my kawan said.."ish,ko ni...kang ade pulak yg menjawab...hehehe saje la tu nk takutkan orang......tibe2 saya rasa macam ade bunyi2 dekat ngan peti ais......belakang peti ais tu pulak ade tirai kaler biru yg agak jarang.....nampak mcm ade bayangan kepala binatang di situ....binatang yg saya maksudkan adelah seperti anjing atau serigala (???)...maklumla keje dalam hutan kan.......

Saya pun cakap ngan my friend..."eh kak, bunyi ape tu?(merujuk kepada bunyi tadi)...kakak tu kata "bunyi apo pulak..."pastu saya ckp lagi..."kak, tu ape tu kak?(merujuk kepada bayangan kepala haiwan tadi).....kakak tu cemas.....dan saya turut cemas bila melihat kakak tu cemas......tibe2 dia keluar ambik selipar dan terus lari.......dan saya pun cabutttttt (tak ambik pun selipar...dah ler pinjam selipar orang)......adoiiiiyaiiii.......pastu panggil pk guard......pk guard check2.....then kata "takde ape pun........pokok la kat belakang tu"....erk pokok ke??hahaha

Blik keje..sambil2 drive gelak sensorang teringat kesah "face mask" dan "pokok"...gelak tau...bukan senyum....harap2 tkde orang nampak.....dan semasa menulis di blog ni pun masih lagi gelak2...hahaha....nasib baik mak den tido......hehe.....

Thursday, November 1, 2012

KPMG is stand for what?

Assalamualaikum.....

Wah ngantuknya.....sambil2 ngantuk ni update la blog kejap...(hahah)First time update blog kat opis.....hehe...

Selasa hari tu my opismate cakap....."Semalam ada orang dari KPMG datang"....erk KPMG?APE TU?

oOO ok...sebuah financial firm....ok....

Tapi KPMG stand for what?

Kata my kawan "entah Kebun Pak Malau Ggirl kot",.....hahahaha...sewel nye orang....

Bukan lah....KPMG stand for: (akhirnya jumpa kat wikipedia)

K= Klynveld
P= Peat
M = mARWICK
G= Goerdeler

Nama2 4 orang partner yg terlibat dalam penubuhan sarikat...

nmPAK TAK TULISAN TAK TERurus?ngantuk!