Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, May 5, 2017

Motivasi Diri

Assalamualaikum w.b.t....

Salam Jumaat semua...semoga hari ini lebih indah daripada biasa.

Doakan yang baik-baik untuk diri sendiri, suami/isteri, anak2...mak bapak...adik beradik, saudara mara, sahabat handai juga orang2 terdekat dengan kita....

Biar orang taktau kita doakan dia....ikhlaskan diri kita dalam setiap perbuatan. Semoga kita sentiasa diberikan keberkatan hidup.

Kadang rasa dalam diri ini menyampahnya kat org itu, orang ini...what a dark heart!!Cepat2 bersihkan hati kita dengan Astaghfirullahala'zimmmmm.....

Sifat manusia macam tu la kan.....banyak buat silap...tapi cuba-cuba lah jangan membangga diri, riak dan takbur. Siapalah kita di dunia ini....

Semoga kita semua diberikan rahmat oleh Yang Maha Esa...aaminn...

Saturday, October 1, 2016

Motivasi

Assalamualaikum w.b.t....

Tak lama lagi kita akan menyambut Awal Muharam 1438H. Semoga panjang umur kita. Bertambah ibadat kita. Berkurang hutang kita (hehehe).Bertambah la segala yang baik2. Pergilah jauh2 segala yang tak baik.

Motivasi kalau dikaitkan dengan diri saya memang tersangatlah rapat. Yakni apabila berlakunya musibah maka mulalah mencari penguat semangat agar hati tak rebah. Namun kali ini seakan tak mampu ku redah. Ujian datang tak mampu ku tadah. Airmata pun melimpah. cewahh.

Di saat hati semakin goyah, seakan terbit kata-kata berbaur putus asa berbunyi "Kita hanya manusia biasa. Di suatu tahap pasti kesabaran kita tak mampu lagi berdiri. Maka terhentilah perjalanan kita. Apa yang nak berlaku biarlah ia berlaku. I don't care!"Kata2 itu saya yang menciptakannya sendiri. Akibat berputus asa. Sangat berputus asa. Rendah diri. Tak mampu lagi. Tak mahu ku teruskan lagi perjuangan ini.

Namun saya terjumpa kata2 hikmah ini:


Saya taktau dari mana datangnya quote tersebut tapi ia seperti tamparan kepada sikap putus asa saya pada ketika ini. Ya, apabila kita tidak lagi mampu meneruskan sesuatu (give up), kita menjadi selfish dan menyusahkan orang lain. Kata2 tersebut benar2 membuat saya menyesal atas ketidaksabaran saya. Menyesal. In shaa Allah tak akan berlaku lagi.

Alhamdulillah atas pertolongan Allah.

Saturday, October 11, 2014

Redha

Assalamualaikum w.b.t....

Happy Saturday....

Hmm saya sangat menyokong pendapat di bawah:


Apabila hati berdamai dengan takdir barulah fikiran stabil menyusun tadbir... Terima dulu hakikat kita patut diuji, barulah berusaha untuk mengatasi ujian itu! -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
sumber: Facebook ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Konsepnya adalah REDHA.

Rezeki daripada Allah itu datangnya bila-bila masa, begitu juga dengan ujian daripadaNya untuk kita...Tanpa sedar kita sebenarnya tak meminta pun dengan semua rezeki yang kita dapat, jadi tak adil kah Dia apabila menurunkan ujian yang kita tak pernah minta?Fikir2 kan.....

Apabila kita beriman kepada qada' dan qadar, hati akan menjadi tenang. Kita perlu redha dengan semua takdir Allah. Apabila kita redha, fikiran kita akan tenang dan ketika itu baru lah kita menemui jalan keluar kepada segala masalah yang kita hadapi. Mencari jalan keluar tidak semestinya bermaksud kita akan menjumpai penyelesaiannya, tapi ia adalah suatu usaha untuk kita mencapai apa yang kita hajati.

Berbanding dengan apabila kita tidak redha, hati menjadi tidak tenang, tidur tidak lena malah kesihatan juga akan terjejas. Kesihatan bukan hanya dari segi fizikal malah mental dan juga emosi.

Ketika kita ditimpa ujian, jangan lah kita berputus asa. Hanya kepada Allah lah tempat kita meminta dan mengadu. Jangan berharap kepada manusia kerana naluri manusia itu pun Allah yang tentukan. Berdoalah kepada Allah agar hati tidak menjadi kufur dengan nikmatNya.

Apabila kita redha menerima takdir, kita akan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan kerana kita yakin ada sesuatu yang Allah sudah persiapkan untuk kita. Tugas kita adalah untuk mencari dan mencari. Setiap tindakan kita juga Allah yang tentukan. Dengan setiap izinnya untuk kita melalui pengalaman demi pengalaman pasti ada hikmahnya. Konsepnya mudah kan, iaitu Redha.

Allah itu tidak kejam tapi Dia Maha Penyayang. Dia tidak akan biarkan kita bersendirian menempuh kehidupan ini. Ujian yang diturunkan adalah untuk meningkatkan iman kita dan mendekatkan kita kepadaNya. Yakinlah dengan janji Allah.




Friday, December 6, 2013

Motivasi Jumaat

Assalamualaikum w.b.t.....

Salam Jumaat kepada semua....cuaca macam mendung je....hmm musim hujan kan...semoga mereka yang terlibat dengan bencana banjir dapat bersabar dengan ujianNya....diharap juga pihak yang bertanggungjawab membantu mereka dapat menghulurkan bantuan secepat yang mungkin. Kita yang jauh ni berdoalah supaya cuaca cerah kembali dan air sungai dikawasan banjir dapat surut.....ini semua kuasa Allah......redha lah.....

Cuaca yang suram ni kadang-kadang mempengaruhi mood bekerja.....biasa lah tu kan...esok lak hari Sabtu..dah terbayang-bayang indahnya hari cuti...hehe...

Namun, di hari Jumaat yang mulia ini saya ingin kongsikan kata-kata motivasi khusus untuk mereka yang rasa hampir putus asa dalam bekerja. Kata-kata itu berbunyi begini:

"Kita diberi pahala atas usaha kita, bukannya atas kejayaan kita.....sama ada gagal atau berjaya kita tetap diberi pahala asalkan kita berusaha"

Kata-kata tu kawan saya yang cakap....nama dia zira....

Di sudut yang lain, saya rasa walau apa pun pekerjaan kita, asalkan kita buat kerja yang halal, dan kita berusaha sehabis mungkin dalam bekerja, kita tetap mendapat pahala....itu pun dah di kira berjaya kan?

Tak semestinya kita perlu menjadi Doktor, gabenor dan sebagainya baru kita di anggap berjaya..kalau kita kerja operator kilang pun, kita tetap berjaya kalau kita rajin.Tak gitu?

Jadi, berusahalah sehabis baik dalam melaksanakan apa sahaja perkara.

Zira yang pakai tudung biru. Ni semua rakan masa sekolah menengah STAD. 



Monday, March 18, 2013

Sejauh mana kita redha........

Assalamualaikum w.b.t......

Senang tak kita nak jumpa orang yang kaya harta, kaya jiwa?hmm mungkin ada ramai tapi kita kurang nampak....yg kita senang nampak adalah orang kaya, kurang adab......orang miskin, berbudi pekerti......

Dalam hidup, agak sukar untuk mendapatkan apa yg kita hajati, lebih payah untuk menunaikan hasrat selepas mendapat apa yg kita inginkan........pokok pangkalnya pada niat asal.....jika ikhlas, maka mudahlah......jika tidak...hmmm fikir2 kan.......

Contoh.....sebelum mendapat kenaikan pangkat, tanamkan dalam hati untuk lebih byk bersedekah apabila gaji dah bertambah....walopun perkara belum terjadi, kita kena ikhlas berniat..........jika tidak, maka secara tidak langsung..apabila dh menerima kenaikan pangkat, susah untuk kita tunaikan niat tersebut........namun tanpa disedari gaji yg kita dapat itu disalurkan kepada perkara2 lain seperti kereta rosak, kesihatan yg tidak baik dan hubungan yg kacau bilau.....mungkin begitu caranya Allah mengingatkan kita......kita yg sering terlupa.....

Bagaimana pula dgn orang bergaji rendah, hidup sederhana, sering mengimpikan suatu hari nnti dia akan mendapat rezeki yg lebih, namun sampai sekarang tidak berjaya........sebagai manusia...hendaklah kita redha dgn kehidupan kita.........sucikan hati...teruskan usaha.....kadang2 sakit mata apabila melihat orang yg tidak amanah mendapat rezeki yg lebih.......itu semua adalah ujian..........seiring dengan ujian itu Allah hadirkan kasih sayangnya kepada kita..........jka kita redha, in sya Allah akan terbalas jua niat baik kita....

Itu cuma sekelumit contoh daripada orang kurang ilmu seperti saya......dalam hidup ni kita kena teguhkan asas.....tetapkan hati dengan iman...sucikan hati daripada perasaan hasad dengki......in sya Allah kita akan tenang menghadapi segala macam ujian hidup.......

Friday, January 18, 2013

Mental Movie-Fikir POSITIF

Assalamualaikum w.b.t....

Positif biasanya dimaksudkan dengan sesuatu yang baik.....jika berkaitan dengan penyakit...contohnya positif HIV...itu tidak la dikatakan baik...apa yang ingin disentuh di sini adalah pemikiran.....cara kita berfikir......sentiasa berfikiran positif......

Lately....saya rasa sangat sedih.....kulit pun dah jadi semakin kering akibat kesedihan melampau (erk kulit?)....tapi malam tadi saya rasa sangat lega...terasa sangat yang Dia memang tidak akan meminggirkan hamba2 nya....saya bersyukur kerana dapat melepaskan diri daripada kesedihan biar pun belum ada jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi........

Di saat saya sudah kembali berfikiran positif.....tiba2 tgk kat rancangan Semanis Kurma TV9....tajuk Potensi Pewaris Nabi...panel jemputan Prof Dr. Muhaya Mohamad........sangat teruja melihat Dr. Muhaya......Antara kata2 nya......Kita adalah penulis skrip kehidupan, kita adalah pengarahnya dan kita adalah pelakonnya......kita mencipta "Mental Movie"......bagaimana skrip ditulis begitulah yang kita akan arah dan lakonkan....jadi kalo kita sering menulis tentang negatif...negatif dan negatif...maka jadi lah kita orang yang negatif........kita mesti lihat sesuatu dari sudut yang positif, maka hasilnya nnti pasti positif....(kata2 beliau di ruangan yang lain).....fizikal kita juga akan lemah kalo kita asik berfikiran negatif.....

Eh betul la......memang saya rasa tak bertenaga lately ni......rasa malas.....asik tidur...asik sedih.....makan pun tak selera......itu la impak berfikiran negatif.......

Dan tiba2 dapat call dari sahabat lama yang turut memberikan kata-kata yang sama......kita kena berfikiran positif...apa sahaja yang kita buat bergantung pada niat kita....jadi niatkan perkara-perkara yang positif....satu jam kami berbual............dan saya rasa lega.....alhamdulillah..........

Namun lega sahaja tidak cukup.......perlu diikuti dengan tindakan yang seterusnya......bertindak selari dengan pemikiran...in syaa Allah.........

Friday, November 30, 2012

Jika diberi pilihan

Assalamualaikum w.b.t.....

Jika  diberi sesuatu pilihan terhadap sesuatu perkara......sudah tentu kita hanya memilih salah satu daripadanya......Mana mungkin kita boleh memilih kesemuanya sekaligus......Jika pilihan pertama kita gagal, ketika itu barulah boleh kita memikirkan tentang pilihan seterusnya..........Adakah kita menyesal dengan pilihan yang pertama?Tidak....kita bukan menyesal....tetapi kita telah menyedari bahwasanya pilihan pertama itu seharusnya diperbaiki supaya kita dapat mencapai apa yang kita mahukan........

Jika kita terpaksa membuat pilihan dalam masa yang singkat, apa yang perlu kita dahulukan?Kepentingan untuk diri sendiri atau orang lain?Menjaga kepentingan orang lain adalah satu perbuatan yang mulia, tapi haruskah kita mengabaikan diri kita?Bagaimana pula membuat keputusan yang mampu membahagiakan kedua-duanya?

Sesungguhnya pemikiran kita terhad, kita tak mampu membuat pilihan secara tepat untuk jangka masa panjang selama-lamanya...Wajib untuk kita menyerahkan segala perjalanan urusan kita kepada Yang Maha Esa, tidak kira ketika kita tenang atau buntu, lemah atau kuat, senang atau sukar mahupun gembira atau duka...Namun tidak bermakna kita tak perlu berusaha......Perancangan Allah itu lebih baik....apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha menuju kepada perancangan yang telah diaturkan.......Mana mungkin tidur sepanjang masa boleh membawa kita ke syurga, walaupun dengan tidur kita selamat daripada melakukan maksiat dan sebagainya?

Saya sedang berfikir, tentang pilihan yang saya ada......Mohon kepada Dia, supaya menunjukkan saya pilihan yang telah ditetapkan....Agak sakit jika saya tersilap, tapi itulah manusia, dan itulah kehidupan!Bagaimana nak rasa sakit, kalau tak pernah jatuh?kan........


Friday, May 18, 2012

Rasa lain

Assalamualaikum w.b.t.....

Setiap hari kita mendoakan agar kehidupan kita sentiasa lebih baik daripada hari yang sebelumnya....(erk ade ke org yg mendoakan buruk2?).........setiap hari kita juga kita mengharapkan doa2 kita dimakbulkan.......andai setiap doa kita diperkenankan,,,alangkah seronoknya.....tapi Dia sentiasa mahu menguji keimanan kita.......

Huhu...hari ini terasa lain sangat....rasa mahu rebah.........rasa sangat lemah..........rasa sangat ragu...rasa sangat sedih.....kdg2 saya rasa sangat berputus asa dalam menempuh hidup ini..........what should I do?

Thursday, February 2, 2012

Kata-kata hikmah

Assalamualaikum w.b.t.....

Ada dua kata-kata hikmah yang ingin dikongsikan bersama anda..........

  • Serasi tak semestinya boleh hidup bersama....tidak serasi tak semestinya tidak bahagia.......(olahan daripada cerita Aku, Dia dan fb)....fb tu bkn facebook...tp friendbook....kekeke.....
  • Nothing without Allah's blessing(diperolehi daripada Wardina)
Hmm....kadang2 kata2 hikmah sangat berguna untuk memotivasikan diri......








Thursday, March 24, 2011

Red Flag

Assalamualaikum w.b.t.........

Red Flag atau pun bendera merah....bukan "bendera merah" yg tutttt......adalah tidak manis untuk membicarakan ttg bendera merah yg tuttttt itu di sini........Red Flag yg dimaksudkan di sini adalah amaran!!

Yeah,amaran untuk kita berhenti daripada melakukan sesuatu yg bercanggah dgn tuntutan agama. Contohnya....dalam 9 jam waktu bekerja,kita menghabiskan 6 jam untuk online fb,emel atau pun blog.......tiba2 PC meletup!ha tu Red Flag la tu....amaran supaya anda mengurangkan/menghentikan aktiviti lagho di pejabat....

Contoh lain.....anda selalu makan rasuah...pastu bg pulak anak bini makan duit tu.......tiba2 anda kena strok!!itu Red Flag supaya segera bertaubat.....

Contoh yg paling besar buat masa sekarang,Tsunami...........tu bukan hanya Red Flag untuk mereka yg terdekat,,,tapi untuk diri kita di sini juga...........Hmmm...fikir2 kan.......

Wajarkah kita menunggu Red Flag itu smpai baru kita nak berubah???Fikir2 kan lagi......

p/s: Kenape semua kerani macam BAGUSSSS???wallahualam....