Happy Saturday....
Hmm saya sangat menyokong pendapat di bawah:
Apabila hati berdamai dengan takdir barulah fikiran stabil menyusun tadbir... Terima dulu hakikat kita patut diuji, barulah berusaha untuk mengatasi ujian itu! -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
sumber: Facebook ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Konsepnya adalah REDHA.
Rezeki daripada Allah itu datangnya bila-bila masa, begitu juga dengan ujian daripadaNya untuk kita...Tanpa sedar kita sebenarnya tak meminta pun dengan semua rezeki yang kita dapat, jadi tak adil kah Dia apabila menurunkan ujian yang kita tak pernah minta?Fikir2 kan.....
Apabila kita beriman kepada qada' dan qadar, hati akan menjadi tenang. Kita perlu redha dengan semua takdir Allah. Apabila kita redha, fikiran kita akan tenang dan ketika itu baru lah kita menemui jalan keluar kepada segala masalah yang kita hadapi. Mencari jalan keluar tidak semestinya bermaksud kita akan menjumpai penyelesaiannya, tapi ia adalah suatu usaha untuk kita mencapai apa yang kita hajati.
Berbanding dengan apabila kita tidak redha, hati menjadi tidak tenang, tidur tidak lena malah kesihatan juga akan terjejas. Kesihatan bukan hanya dari segi fizikal malah mental dan juga emosi.
Ketika kita ditimpa ujian, jangan lah kita berputus asa. Hanya kepada Allah lah tempat kita meminta dan mengadu. Jangan berharap kepada manusia kerana naluri manusia itu pun Allah yang tentukan. Berdoalah kepada Allah agar hati tidak menjadi kufur dengan nikmatNya.
Apabila kita redha menerima takdir, kita akan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan kerana kita yakin ada sesuatu yang Allah sudah persiapkan untuk kita. Tugas kita adalah untuk mencari dan mencari. Setiap tindakan kita juga Allah yang tentukan. Dengan setiap izinnya untuk kita melalui pengalaman demi pengalaman pasti ada hikmahnya. Konsepnya mudah kan, iaitu Redha.
Allah itu tidak kejam tapi Dia Maha Penyayang. Dia tidak akan biarkan kita bersendirian menempuh kehidupan ini. Ujian yang diturunkan adalah untuk meningkatkan iman kita dan mendekatkan kita kepadaNya. Yakinlah dengan janji Allah.
No comments:
Post a Comment