Monday, March 18, 2013

Sejauh mana kita redha........

Assalamualaikum w.b.t......

Senang tak kita nak jumpa orang yang kaya harta, kaya jiwa?hmm mungkin ada ramai tapi kita kurang nampak....yg kita senang nampak adalah orang kaya, kurang adab......orang miskin, berbudi pekerti......

Dalam hidup, agak sukar untuk mendapatkan apa yg kita hajati, lebih payah untuk menunaikan hasrat selepas mendapat apa yg kita inginkan........pokok pangkalnya pada niat asal.....jika ikhlas, maka mudahlah......jika tidak...hmmm fikir2 kan.......

Contoh.....sebelum mendapat kenaikan pangkat, tanamkan dalam hati untuk lebih byk bersedekah apabila gaji dah bertambah....walopun perkara belum terjadi, kita kena ikhlas berniat..........jika tidak, maka secara tidak langsung..apabila dh menerima kenaikan pangkat, susah untuk kita tunaikan niat tersebut........namun tanpa disedari gaji yg kita dapat itu disalurkan kepada perkara2 lain seperti kereta rosak, kesihatan yg tidak baik dan hubungan yg kacau bilau.....mungkin begitu caranya Allah mengingatkan kita......kita yg sering terlupa.....

Bagaimana pula dgn orang bergaji rendah, hidup sederhana, sering mengimpikan suatu hari nnti dia akan mendapat rezeki yg lebih, namun sampai sekarang tidak berjaya........sebagai manusia...hendaklah kita redha dgn kehidupan kita.........sucikan hati...teruskan usaha.....kadang2 sakit mata apabila melihat orang yg tidak amanah mendapat rezeki yg lebih.......itu semua adalah ujian..........seiring dengan ujian itu Allah hadirkan kasih sayangnya kepada kita..........jka kita redha, in sya Allah akan terbalas jua niat baik kita....

Itu cuma sekelumit contoh daripada orang kurang ilmu seperti saya......dalam hidup ni kita kena teguhkan asas.....tetapkan hati dengan iman...sucikan hati daripada perasaan hasad dengki......in sya Allah kita akan tenang menghadapi segala macam ujian hidup.......

No comments:

Post a Comment