Friday, January 3, 2014

Fraser Hills

Assalamualaikum w.b.t......

Selamat Tahun Baru readers......:)

Azam tahun baru saya belum ada lagi....haha....anda bagaimana?harap2 azam yang tahun lepas dah tercapai....

Entri kali ini tentang Bukit Fraser.....saya baru je pergi ke sana.....(x pernah pergi sebelum ni)...hikhik...pergi tu pun bukannye dirancang...main terjah je....

Bukit Fraser ni terletak di negeri Pahang, area Raub....saya masuk ikut jalan selepas Chamang, Bentong......perjalanan daripada simpang tersebut hingga sampai ke puncak Bukit Fraser memakan masa selama 1 jam setengah.(lame kan, tp untuk keta saya la...hehe...)..Percayalah, perjalanan mendaki ke Bukit Fraser sangat mencabar. Kalau hujan tu baik tak payah la pergi..hehe....walaupun tak banyak kenderaan semasa mndaki, tapi kalau berselisih dengan lori.....takutnya tak terkata hokeh!hati2 semasa memandu.....

Mengikut Wikipedia, Bukit Fraser terletak dia antara 1220-1524 meter daripada paras laut. Suhu di sana dalam lingkungan 17-25 degree Celsius.

Apa yang menariknye di Bukit Fraser ni?Hmm bagi pencinta alam ini adalah lokasi menarik untuk diteroka...suhunya yang sejuk dan nyaman menjadikan kita selesa berjalan-jalan di sana. Saya cuma singgah di sana tak smpai setengah jam....jadi sempat berjalan sekitar menara jam je.....kat situ pun dah cukup mendamaikan....ada gak berhajat nak pergi lagi sekali nnti tapi memandangkan perjalanan yang berliku...hmm tak mungkin pergi lagi kot......

Kepada yang nak merehatkan minda, Bukit Fraser adalah tempat yang sesuai. Takde tempat shopping, its all about nature dan bangunan2 cantik dan unik ala-Inggeris. Kepada yang nak bermalam di sini jangan risau, ada bnyak hotel disediakan. Hmm mesti lagi sejuk kalo malam2 kan...hehe....oh ya, kalau nak memulakan pendakian atau turun bukit fraser ni, elakkan waktu malam ye.....bahaya!Lampu jalan pun takde.

Dari sini nak smpai puncak lebih kurang 8km, laluan mndaki sehala selepas jumpe tempat ni

Ni kat padang golf

Boleh rasa tak kenyamanan di sana?hehehehe

Menara jam


No comments:

Post a Comment