Wednesday, February 26, 2014

Hahaha dulu lain sekarang dah lain....

Assalamualaikum w.b.t.....

Hi readers.....:)

Tajuk di atas tiada kena mengena dengan isu dah kahwin, dah berdua, bertiga atau sebagainya.hehehe

Ini cuma tentang tempat parking kereta dan exercise naik tangga.hehehe

Suatu ketika dahulu, oh kejap salah. Patut dimulakan dengan ayat yang lain.

Saya tinggal menumpang di sebuah quarters kerajaan di salah sebuah kawasan terkemuka di tanahair. hehehe. Rumah yang saya tumpang tu terletak di tingkat atas yang menyebabkan saya memilih untuk menaiki lif untuk menuju ke rumah.

Suatu ketika dahulu, saya memang sengaja meletakkan kereta di kawasan yang berdekatan dengan lif supaya senang lah nanti kan takyah susah2 jauh berjalan. Saya tengok org lain tu mcm tu jugak. Kawasan yang dekat dengan lif biasanya cepat penuh terutama yang kat depan pintu lif...asik penuhhhh je.

Tetapi kini tidak lagi. Memandangkan saya malas tidak berpeluang untuk pergi exercise seperti berjogging dan sebagainya, saya memilih alternatif lain sebagai salah satu cara untuk exercise iaitu dengan turun naik tangga semasa pergi dan balik kerja menuju ke tempat parking.

Oleh itu juga saya kini meletakkan kereta berdekatan dengan tangga lah pulak...haha.

Namun demikian, naik tangga adalah satu usaha keras yang saya lakukan untuk sampai ke rumah, hahahhaa....mano tak eh......kotar lutut den bilo sampai tingkat tigo..mencungap-cungap napeh ni....aduiiiii.....den bukan dok tingkat tigo......atas lagi oiiiii....

Tangga yang saya naik tu pulak takde tulis tingkat berapa kat dinding. Jadi kalo tengah2 mengah naik tangga tu kekadang taktau dah sampai tingkat mana.....Terpaksa berhenti sekejap dan pegi check dulu no rumah orang...hahahahaha. 

Selepas itu, saya menyelesaikan masalah itu dengan menconteng  menulis no tingkat kat setiap dinding. Contoh adalah seperti gambar di bawah:

Ini bukan vandalisme

Hehehe...kini tak payah la susah2 nak kena kira tangga......saya dah tulis kat setiap tingkat hingga lah smpai ke tingkat rumah saya...hehehehehe.....

Kini boleh naik tangga dengan senang hati..lalalalalaaaa

p/s: turun tangga lajuuuu je..kejap je dah sampai ground floor.....


No comments:

Post a Comment