Friday, March 28, 2014

Orang-orang yang baik - MH370

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini merupakan hari yang ke- 21 usaha mencari pesawat MH370 (nama sebenar 9M-MRO). Semoga semuanya berjalan lancar. Orang yang macam kita yang takda kudrat nak pergi cari bukti ni hanya mampu berdoa. Namun kuasa sebuah doa itu mengatasi segala-galanya. Maka, berdoalah. Bergantung harap lah kepada Yang Maha Esa. 

Malam tadi melalui rancangan Semanis Kurma, Ustazah Siti Norbahyah menyedarkan kita bahawasanya orang2 yang menaiki pesawat MH370 itu adalah orang yang baik-baik, sangat baik......kenapa?Lihat sahajalah kita semua mendoakan mereka, malah seluruh dunia mendoakan mereka,,,,bertuahnya mereka.....hebatnya mereka......subhanallah.....

Walau di mana pun mereka berada, semua orang mengharapkan mereka selamat malah ramai yang berharap mereka pulang kembali ke sisi keluarga.

Saya tidak berminat untuk menyebarkan spekulasi, tapi saya tertarik dengan satu video yang di post kan oleh Munzir Mohamad di FB. Video itu kemudian dikongsi oleh ramai orang termasuk page Friends of Captain Zaharie.

Saya taktau kenapa saya menangis menonton video tersebut. Video tu menggambarkan harapan kita untuk melihat kembali pesawat itu terbang dengan megahnya membawa semua orang2 yang didalamnya dengan selamat menuju ke destinasi yang sepatutnya. Video itu juga menggambarkan bahawa teori yang mengatakan pesawat terhempas di lautan Hindi hanya sekadar teori. Video itu juga saya lihat sebagai pemangkin untuk kita semua supaya teruskan berdoa.

Walau dimana pun mereka berada, doakanlah kesejahteraan mereka. Mati itu pasti dan sebagai manusia sudah tentu kita tidak boleh menolak qada' dan qadar.......Alangkah bahagianya mereka jika benar mati sebagai Syahid Akhirat...Subhanallah....



Wednesday, March 26, 2014

d' Desa Salun

Assalamualaikum w.b.t

Hmm baru balik dari salun...cuci rambut...hikhik...

Sambil2 tu dgr berita.....de satu kapal terbang Malindo yang nak terbang ke Terengganu terbakar enjinnya...tapi dapat mendarat dengan selamat di Subang (patah balik)..de 40 orang lebih je dalam tu termasuk pemain2 bola sepak Terengganu......Ada seorang penumpang (omputih) yang perasan kebakaran kat sayap pesawat sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pilot....Syukurlah de org yang perasan awal sebelum kejadian mnjadi lebih teruk.....hmm dugaan.....

Ok berbalik kepada kesah salun....saya pergi cuci rambut kat d' Desa Salun. Ia terletak di No 9, Jalan 3/5, Kedai 1 Tingkat Fasa 3, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya.

Hehe, dekat je ngan opis....tu yang berlari kejap g cuci rambut. Hmm dah lama dah tak cuci rambut kat salun...Best gak la.....bersesuaian dengan harga, dia cuci rambut kita dengan penuh dedikasi (eh, sesuai ke?)...Budak yg cuci rambut saya ni baru keje kot...tapi saya nmpak ekspresi wajahnya yg sangat passion ketika mengulit kepala saya....hehe....

Kat salun tu de 2 syampu yg digunakan...Loreal dan yg biasa...saya pilih yg biasa je sebab dh penah guna Loreal, mcm tak sesuai je, byk rambut gugur. Yg biasa tu saya tak tanya lak syampu apa (ntah2 penah guna gak, haha)..tapi baunye wangiiiiii sgt.....Masa dia cuci tu...dia ada urut2 kepala saya n "ketuk2" sikit....syokk oooooo.....

Selepas cuci (lama gak la, tak tengok bpe minit)...tibalah saat yang mendebarkan iaitu bilas rambut.......hikhikhikh......geli weiiii masa dia basuh rambut yg ke telinga tu.....mula2 control,,,,tapi tak tahan sgt terus tergelak-gelak.......budak tu pelik then tanya I nape....I cakap la geliiiiiii...hahaha dia pun gelak......

Yang best nye kalo g salun ni, masa dia blow dry kan rambut.....nampak lebat dan kemas je rambut lps tu.......

Korang yg stress2 tu leh la curi masa g salun gak....Oh harga tadi I kena RM25......lenkali nak g buat hair treatment pulak.......untuk salun yang saya cakap ni, korang boleh google je tuk maklumat lanjut.


Monday, March 24, 2014

Perahu Dondang Sayang Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t....

Hi readers....jangan malas2 hari Isnin...no Monday blues ok....hehe

Nk share tentang aktiviti Sabtu lepas. Mana la tau memberi manfaat untuk korang kan.....

I have spent the last Saturday with my friends...hazel, huda and linda.....its a wonderful time..

Mula2 kitorang pergi lunch kat Warung Bunian........wahhhh kecur air liur bila teringat lauk-lauk yang dihidangkan.......They served us Gulai ketam, ayam masak kicap, ikan goreng, sayur kobis n ulam.


Tempat ni terletak di area Sg Merab/Kajang/Sempadan Putrajaya.....Korang boleh contact nombor di atas untuk tempahan. Kena tempah awal2 sebab selalunya penuh....

Kitorang tak sempat pun ambik gambar sebab terlalu lapar dan lauk2 sangat sedap...hehhe

Cara tempah korang call la no Alang tu paling lewat sehari sebelum nak datang....Hari bekerja pun penuh tempat ni........Bila dah call tu nnti Alang akan bgtau la de kosong lagi ke tak...kalo ade, dia akan mintak korang sms kan nama, berape orang nak makan...then kalo korang de menu nak request pun boleh bgtau....

Kalo korang book terlalu awal (yela takut fully booked lak kan), korang confirmkan kan la sekali lagi sehari sebelum tu...mana tau...manusia ni kdg2 lupa....nnti tak pasal2 nama korang takde dalam senarai....hehe...

Kalau korang tak tau kat mana tempat ni, lebih baik google dulu atau pun bawak lah orang yang dah penah pegi....sebab tempatnya sangat tersorok....almaklumlah...bunian kan....hehe....I am lucky sebab linda tau so dia lah yg guide jalan.......sebenarnya tempat ni dekat jer ngan my office...haha....(10 minit je dari Putrajaya)

Kalo korang dari Putrajaya boleh tengok kat blog ni tuk tengok jalan ke sana. Klik.

Lepas kitorang makan kenyang2 dan tak abis tu (lauk byk sgt, nasi pun),  kitorang pegi lak PICC, de Pesta buku....Huda yang beriya nak pegi sini...tapi kitorang tak beli ape2 pun sebab tengok orang beratur panjang sangat kat cashier.......huh, taknak la...hehe....terus naik 'anjung tinjau' posing2 amik gambar jer....hehe...

After that, kitorang pergi survey swimming pool kat Marina Putrajaya/Pusat Maritim...nak la tengok cmne swimming pool nye sebab di kabarkan ia berbumbung dan bukak sampai malam.........unfortunately tak leh masuk2 nak tinjau jer...kena bayar gak walopun tak mandi....harga RM5....so kitorang tak masuk la.....next time nnti boleh la....tapi yang tak bestnye swimming pool tu boleh campur laki pempuan....hmmmm.....

Bila tak jadi tgk swimming pool, takkan nk balik kosong je kan...so kitorang naik la perahu kat situ selepas di 'promote' oleh staf kat situ....katanya tengah harga promosi RM10 seorang.....hmm best gak...first time naik perahu...



Perahu Dondang Sayang namanya....tapi takde pun lagu dondang sayang mase belayar tu...kihkih....Promosi ni tak tau lagi la smpai bile.....sesape nak try boleh la dtg ke Marina Putrajaya, Presint 5. dekat je ngan PICC....nnti dapat la tgk pemandangan indah Putrajaya....lepas tu boleh tengok rumah Tan Sri Lim Kok Wing and Norman KRU....hikhikhik.....

Terasa cepat sangat masa berlalu.....tibe2 dah petang....after lepak2 kat gerai tepi jalan, kitorang pun balik...kalo ikutkan mmg x cukup tu sehari...kena plan lagi tuk jumpa next time......

Hazel pulak bikin hati sedih bila dia ckp "macam sedih pulak" masa dia nak balik.......hmmmmmm...hazel....hazel....



Thursday, March 20, 2014

Tun M Jadi Pembaca Berita

Assalamualaikum w.b.t....

Korang kenal tak Tun M a.k.a Mahathir Mohamad?

Mahathir Mohamad yang aku tau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-4...Beliau menjadi PM sejak aku lahir sehinggalah aku habis belajar degree.....lama betul dia jd PM.....tapi Sammy Vellu lagi lama jadi Menteri Kerja Raya...hah haha haha..........Begitu juga dengan Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud....lama sangat jd Ketua Menteri, takde sape kesah pun dulu...

Sesiapa yang guna nama Mahathir Mohamad ni kena lah berhati-hati mempertahankan nama. Maklumlah Tun M tu bukan saje ramai peminat, tapi ramai musuhhhhhh....Tak pasal2 korang stress nanti...jgn tukar name sudahh!!hehe

Pernah tak korang tengok Tun M baca berita kat TV? Cuba tengok ni...


Hehehe.....Ni Peter Carlos, pembaca berita News on 2...RTM 2 la tu.......Macam muka Mahathir Mohamad tak???

Sama tapi tak serupa..hehe..



Wednesday, March 19, 2014

Kesah Epal hijau

Assalamualaikum w.b.t......

Hari ke-12 kehilangan pesawat MAS MH370...Semoga seluruh rakyat Malaysia tidak putus asa mendoakan penemuan pesawat tersebut..doa dalam solat lah terutamanya.....bukan setakat tulis puisi, twitter, fb dan sebagainya.......janganlah kita menyebarkan apa2 spekulasi berkenaan kejadian tersebut...apa pun yang berlaku, semuanya atas kehendak Illahi......bodoh ke pandai ke org2 yg mencari dan menguruskan kes tu, semuanya dah ditetapkanNya.......jangan kita pulak nak memandai-mandai bercakap dan menyebarkan itu dan ini..........

Tentang epal hijau (tibe2), semalam g kedai runcit. Teringin nak makan epal hijau. Amik plastik...i tengok harga RM1.00 sebiji.

'Oh'...tertejut I.....Mahalnya!!Then, letak semula plastik.

Pergi kat kaunter, tanya..."Epal tu sebiji seringgit???"

Org tu (bukan melayu) jawab...."ya,, u nak berapa...saya bagi 90 sen sebiji"..sambil mengarahkan staf nya ambil 2 biji epal tu tuk I...

I balas.."90 sen?Taknak la ....mahal...kalo 50 sen saya beli 8 biji"

Sambil jalan2 nak balik tu I fikir lebih baik g beli kat AEON......tapi tak pegi pun...hikhik....

Harini I check harga epal kat Tesco online.....

Hmmm...tertera kat situ...harga asal RM1.19.....promotion 89 sen sebiji...

Jadi...ermmm...ermmmm....betul la harga kat kedai runcit tu kan.....kehkehekehekehekeh...



Friday, March 14, 2014

Harga Topeng N95

Assalamualaikum w.b.t...

Topeng N95 ni dah lama wujud. Cuma baru harini saya tau....

Kegunaannya untuk menapis pernafasan kita terhadap pencemaran udara/jerebu.

Ni la topeng N95 (bagi yang taktau la...hehe)

Topeng inilah yang paling sesuai digunakan pada ketika ini iaitu ketika keadaan jerebu semakin teruk. Bukannya surgical mask macam yang Doktor pakai kat bilik pembedahan tu. Korang tak rasa macam dok kat hospital ke kalo pakai surgical mask?Hikhik......

Topeng ni ada getah yang boleh disangkutkan kat kepala...sangat sesuai untuk wanita bertudung...maknanya tak payah sangkut kat telinga. 

Harga topeng N95 ni kalau dirujuk pada rekod tahun 2009 ialah RM6 seunit dan ia merupakan barang yang harganya terkawal oleh kerajaan.



Oh, I am so unlucky to be here at this moment. The air at my current location was at unhealthy index. Sila rujuk website Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk melihat Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan anda.

Tapi saya tak pakai topeng pun.....sebab saya dok diam2 kat dalam opis mahupun rumah...

Kepada yang ada asma mahupun tidak tapi selalu berada di persekitaran...hati-hati ye....

Mintak tolong ke arahan?Kuasa debaran

Assalamualaikum w.b.t....

I got a sms at early morning today...from my boss...(bos kecik)

The sms sound like this:

"Salam....mintak tolong datang ofis pukul 8.20 am, boleh kan?"

So, what should I answer?

"Ok"...

Boleh nampak tak makna yang tersirat di sebalik ayat mintak tolong?

Ia sebenarnya adalah arahan...yang perlu dipatuhi.....walopun dikaburi dengan perkataan 'mintak tolong'...huh! (My working hour start at 9.00 am, normally)

Untuk smpai ke ofis pada masa tersebut, maka saya akan menempuhi jalan yang jem (jammed). Maklum lah ramai pekerja yang nak pergi kerja at the time.

Jammed yang saya maksudkan pada entry ini adalah apabila lebih daripada 10 buah kereta berhenti kerana lampu isyarat merah di kawasan berbukit/separuh bukit...This is debaran, you know...hehe....Bukan pe,,bawak kereta manual dan pengalaman dengan my old car, kereta mesti akan mengundur kalo debaran semakin laju.....hahahahaha...Napa ek,,,,semakin berdebar/panik mesti akan berlaku perkara yang kita tak nak berlaku.......

Jadi walopun sekarang ni new car, debaran masih terasa. Dan pernah gak bawak keta auto, mengundur kat bukit....percaya tak??Itu lah kuasa debaranku. Jadi kena belajar control debaran.......


Monday, March 10, 2014

Peace tv - Dr Zakir + Kehilangan MH370

Assalamualaikum w.b.t.....

Saya percaya seluruh rakyat Malaysia malah seluruh dunia terkejut dan sedih dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 pada pagi Sabtu 8 Mac 2014. Pesawat itu membawa 239 orang (penumpang + krew + pilot+ co-pilot) dari 14 buah negara, majoriti adalah warga China dan pesawat dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing. 

Saya sangat bersimpati dengan kehilangan pesawat ini dan berharap keluarga penumpang MH370 bersabar dengan dugaan ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan untuk mereka. Berkongsi satu pendapat dari seorang tokoh berpengalaman dalam operasi menyelamat pesawat yang hilang, nasihat beliau seharusnya kita meminta bersungguh-sungguh dariNya yang Maha Berkuasa supaya 'membuka apa yang tertutup' supaya dapat terungkai masalah yang sangat rumit ini. Berserah lah pada Allah.

Pandangan bekas Ketua Juruterbang MAS, Kapten Norudin Abd Majid (MHI TV3)- beliau berkali-kali mengingatkan kita supaya berdoa kepada Allah. Doa orang yang soleh dan doa ahli keluarga orang2 yang terlibat sangat diperlukan. Kata beliau lagi terdapat hijab antara sains dan alam ghaib dalam perkara yang sedang berlaku ini. Kembali lah kepada rahmat Allah. RAHMAT ALLAH AKAN TURUN DENGAN PENUH KASIH SAYANG KEPADA ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN....sesungguhnya kita hanya hamba Allah dan ilmu kita tidak setara untuk menjangkaui kekuasaanNya.

Tengok video daripada frequency.com di bawah:




Tentang Peace tv, Dr Zakir, saya tertarik dengan rancangan beliau yang boleh ditonton pada jam 10 malam, TV Alhijrah. Saya kagum dengan kebolehan beliau menyebut nama surah dan kedudukannya (ayat berapa) dalam Al-Quran dengan sangat pantas dan lancar. Untuk pengetahuan semua, beliau juga hafal kedudukan ayat dalam kitab2 lain seperti Bible, kitab Hindu dan sebagainya. Dalam rancangan dakwah ini, beliau memberi keutamaan kepada orang bukan Islam untuk bertanya soalan tentang apa yang menjadi kemusykilan mereka tentang agama Islam. Malah lebih menarik lagi terdapat juga orang bukan Islam yang bertanya soalan terus memeluk Islam selepas mendapat jawapan daripada Dr. Zakir. Subhanallah....

Friday, March 7, 2014

Kisah kita

Assalamualaikum w.b.t...

Chillax kejap......chillax maksudnya chill + relax...hehe...stop jap wt keje..jenguk blog jap ada sesuatu ingin kucoretkan di sini...

Ini tentang kita....kita semua ni manusia.....erk ade ke kucing yg read my blog?hehehehehe

Perangai manusia ni macam-macam kan.....kita perlu menjaga hati sesama insan....tu penting...supaya tidak ada orang terguris hati.....

Namun, bagaimana cara kita menjaga hati sesama kita?

Adakah dengan berpura-pura? Contohnya depan seseorang tu kita kemain lagi melayan dia dengan baik, cakap sopan-santun....tapi di belakang dia kita ngumpat2 hina dan keji.......Macam tu ke kita jaga hati orang?

Pada saya kan, lebih baik la orang yang 'transparent'...nak marah, marah je depan2......gaduh2...pastu mintak maaf...dah abis cerita.......

Daripada kita pendam...ngumpat2...fitnah.....ngadu sana ngadu sini.....oh manusia.......

Lagi satu, kalo nak tau cerita tentang seseorang tu, pegi la tanya dia sendiri....kan sekarang ni teknologi canggih...de fb, blog, whatsApp, wechat dan sebagainya....yang p tanya orang lain tu wt pe?????pelik la....takut diorang tak layan ke?lum cuba lum tau beb........


Tuesday, March 4, 2014

Hari ini kau datang riang....

Assalamualaikum w.b.t....

Hi readers.....semalam i cuti (tak tanya ponnnnnnn).hehe

Pagi tadi kan, bila bukak storage tibe2 ade sekor kucen keluar.....aik cmne leh ada kucen ni....ohh rupe-rupenya dia dah terkurung sminggu kat dalam tu.....ye la, I bukan pandai pun bukak pintu storage tu (taktau ape name pintu tu, tapi biasenya pintu ni kat rumah kedai yg bunyi dia kuat bila bukak tu)....so bila ada customer nak beli barang baru lah driver akan datang n dia la yg bukak kan pintu....Last dia bukak ialah sminggu lepas.....jad kucen tu mesti masuk mnggu lepas dan harini baru dapat keluar......siannnnn meow tu...

contoh pintu kedai.......cmni la pintu storage I

I expect bila dia dah dapat kuar dia akan melilau cari makanan...tapi tidak....dia asik mengekori I, menggesel-gesel kan badan dia kat I....looking so manja u know.....macam I ni tuan dia lak......I bagi la dia biskut oat (???) dia mkn sikit....n bila I bangun dia ikuttttt je I....pelik......tak sedap ke biskut oat?

Ni la biskut oat,,,,best pada I, tidak pada kucen


Bila I marah2 dia...nape masuk sini....npe yak kat dalam ni?nape ikut2 ni..........dia tak pedulikan pun....dia terus menggesel-gesel kat I dgn sgt manja......

Hmm mungkin dia nak mntak maaf kot....sebab masuk tanpa kebenaran......huh, yela meow...I maafkan u.....g balik cari tuanmu....mebi dia sedang rindu....hehehe...