Hi readers,,
Saya seorang pekerja di sebuah ofis di pinggiran kota. Saya bukan hanya seorang pekerja malah saya bekerja seorang diri. Bekerja seorang diri memberikan saya kebebasan sepenuhnya. Namun saya bukan bos, saya cuma seorang pekerja..pekerja bawahan yang terasing...:)
Apabila bekerja seorang diri, sudah tentu saya perasan pada setiap perubahan yang berlaku di ofis ini sebab saya tau apa yang saya buat, apa yang saya ubah dan alih. Ok cukup untuk intro.
Pada suatu hari selepas saya bercuti pada hari Isnin, saya perasan sesuatu apabila datang ke ofis. Rasa lain je kat toilet. Toilet perempuan pulak tu. Dengan tisunya yang basah dah jadi kering (ada kesan air-kuning2)-tapi terletak elok di tempat yang saya biasa letak. Lepas tu kat hujung toilet bowl pun ada tanda2 kuning. Keadaan itu memaklumkan bahawasanya ada orang yang datang ofis dan telah menggunakan toilet. Saya yakin dia adalah lelaki.hehehehehehehe....
Dalam hati saya terus cakap "Ni mesti bos aku lah ni, datang opis pastu guna toilet pempuan....eeeee geram betul la pengotornya orang tua ni....ish".Memang pun dia suka guna toilet pempuan kalo datang ofis ni. Saya pun pelik gak, dia tak nampak ke I dah tampal simbol pempuan kat pintu tu....
Cuma bos dan saya sahaja yang ada kunci ofis. Beliau bekerja di HQ, kdg2 je dtg ofis ni. Jadi itu lebih memudahkan saya untuk 'menuduh'...hehehehe...
So, tisu yang kotor tu pun terus saya campak dalam bakul sampah. Tapi ketika saya nak membetulkan bakul sampah yang kat dalam toilet tu, tibe2 rase berat semacam. Setelah di belek-belek, rupanya ada air kat dalam tu.
Dalam hati sekali lagi berkata "Takkan lah bos aku bengong sangat guna toilet sampai masuk air byk kat dalam bakul sampah ni"...
Then, I check2 la kan sambil tengok atas......"oooooo siling bocor rupanya......."hehehehehe
Jadi tisu dan toilet bowl yang kuning2 tu adalah kesan air ujan yang masuk melalui siling......hehehehehe...suka2 ati jer tuduh2 bos kan........berdosanya lah hai rasa hati ni.....maafkan saya, bos!
p/s: Hujan lebat setiap petang di area ofis ni....Siling pulak byk yg bocor....Storage pulak tibe2 rosak...aduhhhaaaaiiii tension nyerrrrrr.....
No comments:
Post a Comment