Monday, July 21, 2014

Oh Malaysia

Assalamualaikum w.b.t....

Salam Ramadhan ...:)

Di bulan Ramadhan yang mulia ini negara kita Malaysia telah diuji sekali lagi apabila MH17 milik Malaysia Airlines System (MAS) dikatakan ditembak oleh tentera Ukraine pada 17.7.2014. Seramai 298 penumpang termasuk krew bertugas telah terkorban. Inna lillahi wainna ilaihi roji'un...........Tak terkata kesedihan yang melanda. Kalau korang tak rasa sedih taktau la korang ni spesies apa....walaupun yang terkorban tu bukan sedara mara kita yang terdekat,,,tetapi mereka juga manusia...wajar kah manusia diperlakukan sedemikian rupa? Kes MH370 pun belum selesai, sekali lagi penerbangan kita diuji......

Walaupun penderitaan kita tidak sehebat apa yang dialami oleh penduduk Palestine, namun ia turut menguji kekuatan iman kita...kita turut bersedih. Mungkin kita tidak sekuat Palestine (kekuatan dalaman), tapi ia memberi pengajaran yang bermakna kepada kita.

Saya tidak pernah pun menaiki kapal terbang, tapi saya berbangga dengan adanya MAS. Ia seperti membawa nama Malaysia terbang bersama di serata dunia. Walaupun banyak spekulasi tentang pentadbirannya, saya tetap bangga melihat MAS. Bila MAS diuji begini, ia seperti memberi gambaran hebat kepada negara Malaysia. Seluruh penduduk Malaysia bersatu membantah kekejaman yang dilakukan terhadap MH17. Semua orang memberi kekuatan semangat kepada MAS, kerajaan Malaysia dan kaum keluarga mangsa nahas. Mungkin ada sedikit yang memberi komen negatif, tapi biarkan sahaja keyboard warrior itu dengan cara pemikiran mereka.

Jauh di sudut hati, saya ingin melihat orang yang kejam itu mendapat balasan yang setimpal. Tapi mampukah kita menundukkan kuasa besar supaya mengakui kesalahan mereka? Hanya Allah lah yang dapat membantu. Terasa kerdilnya Malaysia apabila sukar untuk memasuki kawasan nahas dan sukar mendapatkan hak ke atas kotak hitam pesawat. Namun lebih kerdil kita di sisi Nya. Sudah tentu banyak hikmah yang tersirat di sebalik semua kejadian.

Tidak perlu bimbang tentang ketabahan hati keluarga org2 yang terkorban, kerana sudah tentu mereka sudah cukup tabah menghadapi ujian ini. Sedikit air mata kita mengalir, kuat lagi hati mereka menempuhi kesedihan ini. Semoga Allah merahmati mereka semuanya.....Aaminn....



Sunday, July 13, 2014

Kekuatanku hanya daripada Mu

Assalamualaikum w.b.t.....

Selamat berpuasa readers....hari ni dah hari ke-15 kita berpuasa kan....alhamdulillah...

Korang kenal tak Umi Nazira...yg artis tu..hikhik tibe2 lak kan?Beliau yang saya tahu baru sahaja (bukanlah 2-3 hari) mengenakan hijab dan berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik...alhamdulillah.....hidayah tu daripada Allah kan....masa saya menonton beliau dalam rancangan Nona (2 minggu lepas kot), beliau ada mengeluarkan pendapat bahawasenya kekuatan diri kita tu bukannya dtg daripada orang di sekeliling kita, tapi hanya daripada Allah.......

Kata2 beliau itu membuatkan saya berfikir...berfikir dan berfikir...ya memang benar....saya jadikan kata2 itu sebagai pendorong kepada saya untuk meneruskan kehidupan....kdg2 kita rasa hidup kita ni perlu sangat bergantung kepada orang lain....mesti kita pernah terfikir.."kalo dia takde cmne la hidup aku nnti"......tapi sebenarnya orang2 disekeliling kita juga melalui kehidupan yang sama macam kita.....dugaan datang silih berganti...kawan datang dan pergi...yg hidup juga pastikan mati...apa yang kita ada takkan kekal selam-lamanya.........kalau kita berharap kepada orang lain,  tak mungkin kita dapat meneruskan hidup bila mereka sudah tiada...jika kita berasa selesa dengan kesenangan hidup kita, tak mungkin kita akan berasa selesa selepas kita hilang nikmat kesenangan itu..........Mungkin kita akan jadi gila atau tidak keruan apabila kehilangan sesuatu...tapi berbeza kalau kita hanya meletakkan kebergantungan kepada Yang Maha Esa....

Hmm kini saya masih belajar, belajar meletakkan semuanya kepada Allah...semoga semuanya dipermudahkan....doa kan saya ya....;)....bukan bermakna tidak berusaha tau,,,,,usaha dan serahkan kepadaNya Yang Maha Berkuasa....




Thursday, July 3, 2014

Awas Maybank Scam

Assalamualaikum w.b.t...

Hi readers :)

Lately saya terima banyak emel yang kononnya dari Maybank..diorang cakap ada problem ngan akaun la...account deactivate la....suruh sahkan akaun la....macam2....tapi saya tak layan pun delete je.....sebab sebelum ni pun dah banyak terima emel yang macam tu.....dan ada jugak terbaca yg org lain menasihatkan supaya jangan layan benda2 macam tu...Its a scam...penipuan....diorang bukan hanya guna nama Maybank...semua bank pun ada....hmmm....

Tapi hari ni lain pula ceritanya....bukan setakat dapat emel, malah dapat call....camni diorang call:

Scam: Selamat pagi cik, saya buat panggilan daripada bahagian pengesahan Maybank..cik ada menggunakan kad bla bla bla bla kan?Saya nak buat pengesahan.

Saya yang walopun tengah blur masa menerima panggilan bersyukur kerana masih waras untuk menjawab panggilan itu..

Saya: Awak dari mana?

Scam: Bahagian pengesahan Maybank. Saya nak sahkan kad cik

Saya: Saya boleh buat pengesahan di Maybank.. (marah)

Scam: Kalau macam tu kami akan blok kan kad atm cik, dan cik kena pergi ke Maybank Putrajaya sebelum pukul 4 petang ni.

Saya: Ok, terima kasih. Saya boleh pergi.

Panggilan tamat. Tapi dalam hati saya cakap mcm ni "alamak betul ke kena blok?"aduhhhh takkan nak kena g Maybank.

My friend cadangkan I call Maybank customer service. Nombornye tertera di kad atm. So I pun call la cakap dengan operator....

Saya: Cik, tadi saya dapat panggilan daripada private number nak buat pengesahan kad atm...dan minta saya pergi ke Maybank Putrajaya sebelum pukul 4 ptg ni sebab kad dah kena blok. Betul ke tu?

Maybank: Bleh bagi no IC cik. Saya nak semak.

Saya: Boleh...(dan bagi nombor IC)

Maybank: Ok...buat pengetahuan cik, itu bukan orang Maybank yang call...itu scam....cik takde bagi apa2 maklumat kan?

Saya: Hmm takde. Habis yang dia cakap kad saya kena blok tu macam mana.

Maybank: Tak (dah check)....diorang tak boleh blok kan kad cik sebab itu bukan panggilan dari Maybank. Akaun cik selamat dan tidak diblok.

Saya: (Alhamdulillah)...Terima kasih ye.....:)

Itu sekadar perkongsian. Kadang2 kita tak bersedia menjawab panggilan org2 yang tidak dikenali. Just remeber in your mind...kalo ape2 yang melibatkan akaun bank, bank2 berkenaan TIDAK AKAN sesekali menghubungi anda melalui telefon mahupun emel. Mereka akan memberikan notis atau surat yang meminta anda datang sendiri ke cawangan2 bank.

Jadi, awas!Jangan tertipu dengan scam.....habislah nanti duit korang kalo mendedahkan maklumat peribadi korang....hmm...ok?