Salam Ramadhan ...:)
Di bulan Ramadhan yang mulia ini negara kita Malaysia telah diuji sekali lagi apabila MH17 milik Malaysia Airlines System (MAS) dikatakan ditembak oleh tentera Ukraine pada 17.7.2014. Seramai 298 penumpang termasuk krew bertugas telah terkorban. Inna lillahi wainna ilaihi roji'un...........Tak terkata kesedihan yang melanda. Kalau korang tak rasa sedih taktau la korang ni spesies apa....walaupun yang terkorban tu bukan sedara mara kita yang terdekat,,,tetapi mereka juga manusia...wajar kah manusia diperlakukan sedemikian rupa? Kes MH370 pun belum selesai, sekali lagi penerbangan kita diuji......
Walaupun penderitaan kita tidak sehebat apa yang dialami oleh penduduk Palestine, namun ia turut menguji kekuatan iman kita...kita turut bersedih. Mungkin kita tidak sekuat Palestine (kekuatan dalaman), tapi ia memberi pengajaran yang bermakna kepada kita.
Saya tidak pernah pun menaiki kapal terbang, tapi saya berbangga dengan adanya MAS. Ia seperti membawa nama Malaysia terbang bersama di serata dunia. Walaupun banyak spekulasi tentang pentadbirannya, saya tetap bangga melihat MAS. Bila MAS diuji begini, ia seperti memberi gambaran hebat kepada negara Malaysia. Seluruh penduduk Malaysia bersatu membantah kekejaman yang dilakukan terhadap MH17. Semua orang memberi kekuatan semangat kepada MAS, kerajaan Malaysia dan kaum keluarga mangsa nahas. Mungkin ada sedikit yang memberi komen negatif, tapi biarkan sahaja keyboard warrior itu dengan cara pemikiran mereka.
Jauh di sudut hati, saya ingin melihat orang yang kejam itu mendapat balasan yang setimpal. Tapi mampukah kita menundukkan kuasa besar supaya mengakui kesalahan mereka? Hanya Allah lah yang dapat membantu. Terasa kerdilnya Malaysia apabila sukar untuk memasuki kawasan nahas dan sukar mendapatkan hak ke atas kotak hitam pesawat. Namun lebih kerdil kita di sisi Nya. Sudah tentu banyak hikmah yang tersirat di sebalik semua kejadian.
Tidak perlu bimbang tentang ketabahan hati keluarga org2 yang terkorban, kerana sudah tentu mereka sudah cukup tabah menghadapi ujian ini. Sedikit air mata kita mengalir, kuat lagi hati mereka menempuhi kesedihan ini. Semoga Allah merahmati mereka semuanya.....Aaminn....
No comments:
Post a Comment