Monday, September 29, 2014

Sauna menggunakan periuk nasi!

Assalamualaikum w.b.t...

Hi readers....happy Monday....no Monday blues ok!;)

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang cara-cara melakukan sauna di rumah dengan hanya menggunakan periuk nasi elektrik. Jadi, anda boleh menjimatkan masa dan wang kerana tak perlu lagi pergi ke pusat2 Spa untuk bersauna, unless kalau korang jenis yang banyak duit dan MALAS nak buat sendiri itu lain cerita lah kan.

Ok, terima kasih tidak terhingga kepada sahabat saya Farah Diva kerana sudi mencuri masa berkongsi dengan saya cara bersauna menggunakan periuk elektrik ni......Kalau korang seorang perempuan yang ingin menjaga kesihatan dalaman tetapi tidak punya masa nak pergi ke Spa, ada keluarga dan anak2 yang memerlukan perhatian selain anda sendiri merupakan wanita bekerjaya, maka cara sauna ini sangat membantu. Eh, korang taktau ke kebaikan bersauna? Kalau taktau boleh la tanya ENCIK GOOGLE dulu ye,,,,,;)


SAUNA MENGGUNAKAN PERIUK NASI ELEKTRIK

Bahan-bahan:
daun mengkudu, serai, kunyit, halia dan lengkuas

Alat : Periuk nasi elektrik (baru beli dan tak pernah digunakan untuk memasak nasi), kerusi (yang ada lubang2, jenis kayu lebih baik), selimut tebal, kain sarung


Cara-cara:


  • Masukkan semua bahan2 yang dah dipotong2 ke dalam periuk nasi dan isikan air, macam ni:



  • Tutupkan periuk dan pasang suis, biarkan ia mendidih
  • Sambil tunggu air mendidih tu, pergi la tukar pakaian kepada pakai kain sarung sahaja (yang lain tanggal supaya peluh dapat keluar dengan senangnye)......jangan bogel, tak baik tau!
  • Apabila air telah mendidih sepenuhnya, buka kan penutup periuk dan letakkan periuk di bwah kerusi (suis still on). Kat bawah ni kerusi plastik (pun boleh, tapi cepat lembik Farah cakap)



  • Selimutkan badan anda supaya haba yang terbebas dapat menusuk ke arah badan sepenuhnya. Tahan sehingga 30 minit (bergantung kepada keupayaan diri sendiri, tapi jangan lama sangat sampai 24 jam lak!
  • Bahan2 yang di rebus tadi akan mengeluarkan bau yang harum, jadi jangan risau. Lagipun ia adalah bahan2 semulajadi.
  • Setelah selesai, air rebusan boleh la dibuang bersama-sama dengan bahan yang dah tak boleh diguna semula. Yang boleh diguna semula boleh la dibersihkan dan disimpan rapi (pastikan tidak diguna semula untuk memasak ye, ingat tu!!!)
  • Boleh la pergi mandi dengan senang hati. Anda pasti akan berasa segar selepas itu. Senang kan?

Jadi boleh lah anda melakukan sauna sekerap mana yang anda suka. Tapi jangan lupa untuk minum air dengan banyak selepas bersauna. Masa buat sendiri tu nanti feeling2 la macam kat pusat Spa yang eksklusif...hehe


Selamat mencuba!





Saturday, September 27, 2014

Berita gembira :)

Assalamualaikum w.b.t.....

Hi blog....How are you...?;)

Saya ada berita gembira untuk dikongsikan dengan kamu, wahai blog..Saya tahu kamu pendengar yang setia...yang tak banyak komplen kalau saya cerita macam-macam. Kamu tak pernah menghalang saya untuk terus menconteng di badan kamu walaupun contengan yang mengarut, menjengkelkan, tak logik dan tak masuk akal...

Saat duka lara serta kesedihan saya sentiasa kamu tampung....saya sayang kamu. Saya tetap akan menconteng di sini biarpun setelah 5 tahun kita berdampingan, kamu cuma mmpu memberi saya RM70.00. Saya akan up kan harga kamu suatu hari nanti kepada RM700.00 (pelan2 kayuh ye)...

Hari ini saya taknak kngsikan kesedihan.....Saya mahu kamu tersenyum dengan contengan kali ini....Saya mahu beritahu kamu bahawasanya saya telah lulus exammmmmm....alhamdulillah......(walaupun otak dah berkarat, namun ku gagahkan jua....) 

Kamu happy tak blog? Harap2 berita ini mampu menggembirakan hati kamu....Ok izinkan saya menampal kukuh contengan ini di badanmu.......Selamat malam.......

Sunday, September 21, 2014

Rindu Abah

Assalamualaikum w.b.t....

Rindunya kat Abah,,,,,,,hmm as usual, semua org yang dah kehilangan ibu/bapa pasti akan menasihatkan org lain yang masih mempunyai ibu dan bapa supaya menghargai setiap detik bersama dengan mereka....kerana apabila kita kehilangan mereka, rindu pasti takkan terubat lagi.....

Menitik airmata apabila melihat dan merenung gambar arwah...rasa macam dia masih ada tapi saya tidak mengendahkannya.....sedihnya tak dapat lagi mngucup tgn abah...3 tahun sudah berlalu....masih jelas terbayang wajahnya dan kerenahnya.....hanya dia memahami saya....

Di ketika ini, bila segala masalah tidak terungkai, makin saya merinduinya.....tiada kata2 dapat saya luahkan untuk org lain memahami hati ini,,,,tiada penyelesaian dapat diungkap dgn kata2 daripada org lain...terasa patah hati ini tanpa doanya.....Al-fatihah :(

Sunday, September 14, 2014

Tak dapat nak study bila dah online....

Assalamualaikum w.b.t....

Hmm....

Mula-mula on kan laptop, niat murni di hati adalah untuk mengulangkaji pelajaran. Exam bakal tiba bila-bila masa.....

Tapi bila dah on laptop.....terus terniat nak on kan internet pulak......dengan harapan urusan ulangkaji pelajaran tidak membosankan apabila sekali-sekala dapat surfing internet.....

Namun, bila dah online......niat untuk mengulangkaji hampir luput dari ingatan....apabila dah semakin jauh melayari internet, rasa pinggang macam nak patah menandakan badan perlu dibaringkan......

Maka niat mengulangkaji pelajaran terkubur bersama dengan pembaringan.........

Oleh yang demikian, mula pasang niat nak mengulangkaji pelajaran di lain masa iaitu pada keesokan harinya.......

Walaubagaimanapun, perkara yang sama berlaku setiap hari.....

Persoalannya....bilo maso den nak study niiiiiiiiii.....PEMALAS!!!

Sunday, September 7, 2014

Hidup macam gelandangan

Assalamualaikum w.b.t.....

Gd morning,,:)Semoga semuanya sihat2 sejahtera hendaknya.

Gelandangan mengikut pemahaman saya merupakan golongan yang tiada tempat untuk berteduh/rumah dan tidak mempunyai pekerjaan. Setiap hari mereka berjalan dari satu tempat ke satu tempat dan mungkin kembali ke tempat yang sama setiap malam untuk tidur. Mengapa mereka tidak mempunyai perkerjaan, tidak dapat saya nak pastikan. Terdapat juga antara mereka yang mempunyai pekerjaan tapi mungkin gaji tidak seberapa dan hidup sebagai gelandangan adalah pilihan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan.

Melihatkan kehidupan mereka yang serba kekurangan itulah maka ramai pihak NGO mengambil pendekatan untuk menghulurkan bantuan dengan memberi makanan atau pun pakaian. Namun isu (dah lama) memberi amaran kepada 'pemberi' supaya menghentikan bantuan mereka. Mereka yang membantu gelandangan akan dikenakan tindakan. Hmm... Apa masalahnya dengan gelandangan, sedangkan di negara-negara lain malah negara berkuasa besar juga mempunyai golongan gelandangan.Mungkin mereka tidak tahu keperitan yang dilalui oleh golongan gelandangan.:(

Saya pernah juga merasa/terasa keperitan seperti gelandangan apabila suatu ketika terpaksa bermalam di dalam kereta. Beberapa malam dengan keadaan begitu menjadikan saya merasa sangat simpati kepada golongan gelandangan. Hidup berumahkan kereta, walaupun berbumbung dan terlindung namun masih tidak selesa. Nyamuk2 silih berganti menghinggapi tubuh, suasana bising di luar dengan deruman motor berlumba, panas dan orang di luar yang sentiasa lalu lalang memandang. Malu tapi terpaksa. Setiap malam saya mencari tempat tidur. Stesen minyak dan hentian rehat saya rasakan tempat yang selamat untuk bermalam kerana ada pengawal yang bertugas 24 jam.:). Di tempat itulah saya mandi dan bersiap untuk hari yang seterusnya. Masjid dan surau pula menjadi tempat untuk saya singgah bagi menunaikan solat 5 waktu. Dengan tak sengaja kehidupan seperti itu memberi saya peluang untuk solat secara berjemaah di surau dan masjid yang saya singgah. Alhamdulillah. Jika dirumah, belum tentu saya mampu pergi ke surau yang berdekatan untuk solat berjemaah.

Saya mempunyai rumah (sewa), dan kehidupan seperti itu dilalui atas sebab2 tertentu. Tapi itu sudah cukup untuk saya menghormati kehidupan gelandangan. Tidak sepatutnya kita menghentikan bantuan yang dihulur kepada gelandangan. Kita tidak dapat memahami kehidupan orang lain dan kita tidak tahu atas sebab apa mereka jadi begitu. Hidup ini seperti roda. Kadang2 kita di atas, dan ada ketikanya kita berada di bawah. Beringatlah..