Sunday, September 14, 2014

Tak dapat nak study bila dah online....

Assalamualaikum w.b.t....

Hmm....

Mula-mula on kan laptop, niat murni di hati adalah untuk mengulangkaji pelajaran. Exam bakal tiba bila-bila masa.....

Tapi bila dah on laptop.....terus terniat nak on kan internet pulak......dengan harapan urusan ulangkaji pelajaran tidak membosankan apabila sekali-sekala dapat surfing internet.....

Namun, bila dah online......niat untuk mengulangkaji hampir luput dari ingatan....apabila dah semakin jauh melayari internet, rasa pinggang macam nak patah menandakan badan perlu dibaringkan......

Maka niat mengulangkaji pelajaran terkubur bersama dengan pembaringan.........

Oleh yang demikian, mula pasang niat nak mengulangkaji pelajaran di lain masa iaitu pada keesokan harinya.......

Walaubagaimanapun, perkara yang sama berlaku setiap hari.....

Persoalannya....bilo maso den nak study niiiiiiiiii.....PEMALAS!!!

No comments:

Post a Comment