Selamat bersantai di hari minggu wahai para sahabat.......
Malam tadi saya pergi Dataran Putrajaya..sesapa yang taktau kat mana tu, dataran putrajaya ni yg dekat Masjid Putra bersebelahan dengan Putra Perdana (ofis PM), Presint 1....
Kawasan tu memang jadi tumpuan para pelancong untuk ambil gambar. Pada suatu ketika ia menjadi tumpuan para peniaga untuk menyewakan dan menjual alat permainan untuk kanak2...sebab tempat tu sangat sesuai untuk aktiviti santai keluarga. Boleh rujuk kat sini.
Tapi baru2 ni aktiviti permainan dan perniagaan di Dataran Putra dilarang/diharamkan. Ada notis diletakkan. Saya tak pasti sebab apa. Dekat2 pukul 10 mlm, semua lampu di tutup....kalo dah tutup lampu tu paham2 lah kan...sila lah tinggalkan kawasan. Jalan nak masuk pun ditutup.
Walaubagaimanapun ia mungkin inisiatif yang baik untuk menjaga keharmonian kawasan yang terletaknya sebuah Masjid yang gah. Yela kan, kdg2 org datang sana untuk bersantai jer, tapi bilangan yang masuk Masjid tak seramai yang dok main2 kat luar tu....Taktaulah apa alasan sebenar untuk menghalang aktiviti permainan, tapi bagus jugak kan, mak bapak takyah pening kepala nak kuarkan duit kalo anak merengek nak main itu ini, haahahaha..
No comments:
Post a Comment