Friday, May 19, 2017

Umur bayi pramatang

Assalamualaikum w.b.t


Saje nak share info tentang bayi pramatang sementelah ade pengalaman melahirkan dan membesarkan anak yang lahir pramatang.

Kali ni nak share tentang umur bayi pramatang vs perkembangannya.

Jika anda first time atau pun baru sahaja mendapat anak yang lahir pramatang serta berasa risau tentang perkembangan/pencapaian/milestone mereka, anda dinasihatkan untuk tidak lagi berasa risau dan gundah gulana.hehehe...

Kadang2 anda tengok anak anda macam lambat dari segi perkembangannya berbeza dengan bayi yang lahir normal. Sebenarnya bayi anda juga normal dan perkembangan mereka dilihat dari pelbagai sudut. Saya percaya kalau anda sering bertemu doktor kanak-kanak, anda pasti dah diberitahu tentang info ini.

Pramatang bayi ada 2 umur. Satu umur sebenar (actual age) (ikut tarikh dia dilahirkan). Ade yang panggil chronogical age. Satu lagi umur yg disesuaikan/diperbetulkan (corrected age) (ikut tarikh dia sepatutnya dilahirkan- ikut due date la). Ada yg panggil adjusted age. Perkembangan bayi kena ikut corrected age (c.a).

Sampai bila nak guna c.a? Jawapannya sampai bayi mencapai semua perkembangan yang sepatutnya.


Jadi, jangan lah berasa rendah diri jika ada kawan2 mahupun sedara mara yang membezakan anak2 kita dengan anak mereka yang lahir secara normal. Namun dengarlah nasihat doktor dan patuhilah appointment2 yang telah pun dijadualkan.

Have a nice day dan Selamat menyambut Ramadhan.

No comments:

Post a Comment