Assalamualaikum w.b.t
Kisah ni dah lama jugak la berlaku. Teringat pulak tetibe. Bukan lah niat saya nak promote jenama kicap. Cuma kebetulan agaknya.
Pada satu hari semasa di kampung.ketika menunggu suami pulang, saya masak la ayam masak kicap. Bahan2 yang saya gunakan macam biasa la-bawang2-halia-cili api-kicap.
Bila suami sampai di kampung, off course la lapar and terus makan. Dia puji melambung.sedapnya dia cakap.sape yang masak ni??lepas tu dia tak percaya pulak bila saya kata saya lah org yang masak.terhiris hati saya. Suami juga menyuruh saya buktikan saya boleh memasak sesedap itu di rumah kami nanti.
Selepas balik dari kampung, ade la beberapa kali saya masak resepi yang sama.tapi suami komplen. Dia cakap kenapa tak sama dgn kat kampung???saya kompius.
Tapi smlm tibe2 baru perasan. Oh kicap. Ye jenama kicap. Kat kampung tu guna kicap cap kipas udang!!
Dan harini saya masak la ayam masak kicap dengan menggunakan kicap kipas udang. Ye mmg berbeza rasanya...cuma termasin sikit...hahaha
Itulah kuasa sebuah jenama kicap.patut lah mahal harganya. Tak mampu den nak boli selalu.
Anda guna kicap ape??
No comments:
Post a Comment