Tuesday, October 20, 2020

PKPB Lembah Kelang

 Assalamualaikum w.b.t

Hi everyone. Hope all are well.

Harini mnggu ke dua sejak pkpb dilancarkan untuk kawasan selangor, kl dan putrajaya. Saya berada di selangor.

Terkilan vs sedih. Last week call mak cakap nk blk kampung, tibe2 ptg tu kerajaan umum pkpb di seluruh lembah kelang sehingga 28 oktober 2020. So call mak semula ckp tak jadi balik. Mak faham.

Actually kerajaan bgtau sehari/dua hari awal sblm tarikh pkpb (i think its was started on 14/10). So ramai jugak yg blk kg sblm 14hb tu. Ada yg hntar anak, ade yg nk duduk kg. Husband ckp kat TBS sesak. Ada jugak yg tak jadi balik kampung sebab tiket bas habis. Huh macam2.

Patutnya org2 yg dok lembah kelang janganlah blk kampung ataupun 'melarikan diri'. Ini kerana kawasan lembah kelang jumlah kes covid-19 agak tinggi. Sebab tu la kerajaan buat pkpb untuk kawal penularan penyakit ke negeri2 lain. Kita taktau mungkin kita adalah 'pembawa' penyakit tersebut.

Tapi kita taktau kan masalah org lain camne. Ade org laki bini kena kerja. Tapi taska n school tutup. So anak2 camne sape nk jaga. Mungkin boleh hntar kt rumah org/pengasuh tapi  akan melibatkan tambahan kos. 

Syukurlah mana yg bekerja dgn majikan yg mem praktikkan work from home. Boleh lah bekerja dari rumah sambil jaga anak. Pengalaman saya, walopun seronok xyah g opis, tapi tekanan bekerja dari rumah sangat tinggi. Ye la kan, nk buat keje lg, nak masak, nak jaga anak.ank pulak kacau kita buat kerja....huh stress!

Covid-19 ni banyak bagi pengajaran kat kita kan? Melatih kita banyakkan bersabar, hidup gaya baru malah cara bekerja pun diubah, tapi semuanya ke arah yg lebih baik.

Ternyata manusia tiada kuasa terhadap apa yg Allah takdirkan. Semuanya berlaku atas izinNya. Bilakah covid-19 akan berakhir? No one knows!!! Apakah ini cara Allah melenyapkan manusia di zaman kita? Hanya Allah yg tahu. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. In shaa Allah!


No comments:

Post a Comment