Salam Jumaat readers....semoga senyum2 selalu...hehehehe
Did u know apa maksud pembatalan hak milik kereta? (oh my english)
Pembatalan hak milik kereta merupakan surat yang membatalkan hak milik bank ke atas kereta kita. Ini perlu dilakukan apabila kita dah abis bayar loan kereta dengan bank. Mereka akan memberikan kita satu surat untuk di bawa ke mana-mana cawangan JPJ untuk dibatalkan hak milik. Selagi kita tidak berbuat demikian maka selagi itulah kereta kita berada di bawah hakmilik bank. Faham?hehehehehe
Saya dah abih bayar kereta sejak Januari 2012. Tapi saya tak pergi pun JPJ atas alasan:
- JPJ jauh, kalau sebelah rumah je boleh la pegi cepat
- Kena amik cuti, saya suka bekerja (wek wek)
- Ramai orang yang berurusan dengan JPJ....selalu penuh, malas nak tunggu giliran
Namun, atas sebab2 tertentu saya terpaksa pergi jugak JPJ Cawangan Bangi pada hari ini. Cawangan ni terletak di Seksyen 7, dekat roundabout ada signboard JPJ, ambil pukul 9, jalan terus, belakang Petronas (belah kanan, so kena u-turn atau masuk simpang).
Seperti yang kujangka, uiiii aiii ramai nye orang, penuh!!!
Saya pun menuju ke kaunter untuk ambil nombor giliran sambil tanya petugas di situ...."ni boleh buat kat JPJ sini ke?"(smbil tunjuk surat)..
Dengan tersenyum petugas itu menjawab..."Boleh, kat sini je, takyah g kaunter"...sambil passing kat pegawai kat sebelah dia....
Then pegawai tu tengok surat, check dalam komputer...lepas tu dia cop "DIBATALKAN" kat geran kereta dan signature.
Kalau tau macam ni, dah lama dah saya buat...takyah tunggu dekat 2 tahun...haha

