Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Puisi Pelangi

Assalamualaikum w.b.t....

Terasa nak buat puisi.......ok ambik mood sambil tgk citer Sirrun di TV9.......tajuk ape ek.....ok Pelangi....

Pelangi
Indahmu tak mampu kugapai
Namun sinarmu membiaskan kebahagiaan
Walau hanya mampu kutatap

Keindahan itu andai dapat kugenggam
Pasti tidak akan kubiarkan kau hilang
Akan ku jejakimu
Agar bahagia menjadi kekal

Pelangi
Andai biasan kebahagiaan itu seketika cuma
Ku inginkan kau hadir selalu
Agar hari-hari yang aku lalui
Tidak lesu dan bermaya

Aku berdoa
Mimpiku bertemankan keindahanmu
Supaya malam yang aku tempuhi
Mewarnai siang hari nanti.....

Pelangi!!!! (jerit macam Azura!!!!)...haha.....

Ok tak...?Ok lah tu,,,,,,



Sunday, January 8, 2012

Tajuk?

Assalamualaikum w.b.t....

Ku mendongak ke langit
Bukan untuk melupakan tanah yang dipijak
Bukan jua mendabik dada
Walau apa yang manusia sangka

Ku mendongak ke langit
Melihat kilauan matahari menerjahkan cahaya
Di kala siang burung terbang berkawan
Bagai kulihat pohon-pohon gembira dengan simbahan
Manusia pula ghairah mencari kemewahan

Ku mendongak ke langit
Melihat bulan menjelma
Bintang-bintang bertaburan di cakerawala
Berteman bunyian unggas di desa
Terbayang jua di benak ini
Hiruk pikuknya kotaraya

Akal ini berterusan berkata-kata
Siang dan malam berterusan putarannya
Sedangkan manusia semakin alpa.....

Sunday, January 30, 2011

Mencari jalan keluar

Assalamualaikum w.b.t.....

Kegelapan menjadi peneman
Pemuda itu kadang-kadang terbaring kaku
Mendongak ke langit gua yang kelam
Menanti tibanya cahaya penerang

Ketika dia bangun berdiri
Dia kejang untuk mencari haluan
Meraba-raba mencari ruang
Yang dia temui hanya dinding-dinding tidak berlubang

Dia berusaha dan terus berusaha
Sambil berzikir memuji Tuhan
Berharap dapat dipecahkan kebuntuan
Mencari haluan,mencari panduan

Sering dia tewas meraba kerasnya dinding
Dia terbaring kembali
Melepas keletihan
Berkali-kali dia mengulang
Agar diperteguhkan iman

p/s:Dalam apa juga musibah yang menimpa....usah lah pinta diperkecilkan ujian...tapi pintalah diperbesarkan iman.....

Thursday, January 27, 2011

Rindu Tidak Bertuan

Assalamualaikum w.b.t....

Rintik hujan itu
Membasahi dedaunan pohon yang rimbun
Menyirami dataran yang gersang
Memberikan harapan kepada pencinta alam
Meneruskan kehidupan

Rintik hujan itu
Semakin laju meringankan awan
Diturunkan dengan kuasa Tuhan
Patuh tanpa mempersoalkan

Rintik hujan itu
Menjadikan siang sunyi
Semua makhluk mencari tempat perlindungan

Rintik hujan itu
Tidak mampu memberiku emosi
Mengingati kisah lalu
Ku biarkan rindu berlalu pergi

Ku biarkan rintik hujan itu
Mengalirkan air ke seluruh dataran
Ku kirimkan bersamanya rindu di hati
Biar ditelan arus di lautan

Kini
Tanpa rindu
Aku sepi.....

p/s:semenjak ada orang puji ni,,,rajin pulak tulis puisi...walopun entah apa2....kekekeke

Wednesday, January 19, 2011

Bicara tentang Syurga

Assalamualaikum w.b.t.....

Aku mendengar azan berkumandang
Tapi aku leka dibuai hiburan
Aku tangguhkan solatku di akhir waktu
Aku mengadapmu dengan fikiran celaru
Kusyuk ku hilang dalam angan-angan

Hidupku selalu dalam kelalaian
Apabila senang aku punya ramai kawan
Aku lupa tentang dosa
Kewajipan padamu kian menipis
Apabila susah aku mencariMu
Aku tahu Engkau sentiasa menunggu
Mendengar suaraku merayu
dan Kau hiburkan kembali hatiku
Kemudian aku terleka kembali

Aku memang sangat hina
Maksiat dimataku bermaharajalela
Iman ku senipis kulit bawang
Aku menzalimi diriku sendiri
Tanpa perlu dipaksa-paksa

Aku sering lupa tentang amanah
Aku sering lalai menunaikan janji
Dan aku cuai melakukan ibadah

Ya Allah
Aku memang tidak layak untuk Syurga Firdaus Mu
Juga tidak layak untuk Syurga Al-Ma'wa, Syurga Al_khuld
Syurga Al-Na'im, Syurga 'Adn, Syurga Dar Al-Salam dan Syurga Dar Al-Jalal

Namun Ya Allah
Aku tidak sanggup menyemarakkan lagi api nerakaMu
Janganlah Kau tempatkan aku disana
Walaupun cuma di Neraka Lazho

Ya Allah
Jangan Kau biarkan aku
Berterusan dalam kesesatan
Kurniakan aku petunjuk dan hidayahMu
Aku hambaMu yang buta
Tidak dapat melihat cahaya kebenaran
Ampuni aku Tuhanku
Izinkan aku menghirup udara SyurgaMu.....
Haramkan aku melintasi NerakaMu.....

Wallahualam...

Wednesday, January 12, 2011

Aku mahu lena

Assalamualaikum w.b.t......

Tidurkan aku
Di malam yang tenang
Bertemankan bintang bergemerlapan
Berselimutkan sejuk yang nyaman

Sebelum aku terlena
Mimpikan aku tentang nikmat kehidupan
Aku inginkan kejayaan
Aku inginkan kekayaan
Aku inginkan ramai teman

Namun
Wajarkah aku tidur dengan lena
Hingga semua mimpi menjadi kenyataan?

Ya Tuhan
Lenakan aku dalam cahaya keimanan
Agar tidak terpencong perjalanan
Agar aku ditetapkan tujuan

Ya Tuhan
Hapuskan segala angan-angan
Bangkitkan aku dari kegelapan
Agar dapat kulihat yang kelam menjadi terang

Ya Tuhan
Pandulah aku ke jalanMu
Tetapkan keyakinanku
Kuatkan semangatku
Tingkatkan kesabaranku
Bantulah aku......Berilah aku perlindunganMu