Showing posts with label double stemcell. Show all posts
Showing posts with label double stemcell. Show all posts

Friday, June 6, 2014

Hidup tanpa energy booster

Assalamualaikum w.b.t...

Salam Jumaat everybody..:)

Sambil2 bukak cite Upin Ipin ni, update blog sekejap....hehe...rase mcm hari ni nak blk awal la..sebab tak kuar rehat...hikhik leh tak mcm gitu?integriti...integriti.....hmm

Berbalik kepada tajuk di atas (mcm karangan sekolah lak), semakin tua umur kita, semakin kurang tenaga yang ada dalam tubuh badan kita. Oleh itu saya perlukan sesuatu untuk memberikan saya tenaga. Sebelum ni saya amalkan mkn double stemcell PhytoScience (DSP)....namun dah lama saya berhenti menggunakannya walopun kesannya memberansangkan. Nape berenti?sebab saya dah makin confuse dgn keselamatan dan kehalalannya berikutan tiada penjelasan yg terang dan jelas. ceh wahh...Oh, lagi satu sebab adalah kerana harganya mmg mahal...RM200 untuk sebulan.

Setelah berhenti menggunakannya saya dapati tenaga badan saya tidak mencukupi.....kulit mnjadi kusam (mmg pun sejak azali, hah hah)...tidur semakin awal sebab penat...balik kerja je dah rasa penat walopun kerjanye tak seberapa....hmmm

Namun tibe2 (hehe)...saya terjumpa satu produk ni yang bernama Secret Skin White Kawaii Collagen (SSWKC) yang bercirikan sama dgn DSP...dari segi kandungannya iaitu buah-buahan dan ia berbentuk serbuk dalam sachet yang cara makannya kemam dalam mulut....hmmmm sama je mcm DSP....namun harganya jauh lebih murah iaitu RM150 untuk 2 bulan penggunaan. Off course lebih murah sebab dia bukan MLM sepertimana DSP....

Kerana mengikutkan kehendak hati, maka saya pun terbeli lah produk ni...sebab nak sgt tgk sama ke dengan DSP.....

dan parcel pun smpai.....jeng jeng jeng...



Inilah dia.......besar betul kotaknya......

Sachet kaler silver tu SSWKC........bandingkan saiznye dgn DSP.....jauh bezakan....
SSWKC berat 15g manakala DSP 1.2g. 


Ok beza kotak dan packaging dah berbeza, mari kita lihat rupanya pulak...sama takk...


Kiri: DSP.....Kanan: SSWKC

Dari segi warna mmg berbeza......SSWKC lebih light tapi dia berbau kuat....de bau mcm ubat sikit....

Dari segi rasa DSP lebih sedap.......trust me!.....mmg takleh kemam ah SSWKC!arghhhh tak sedap...so kena bancuh ngan air.....(bau still ade)

Dari segi kesan, hmm yg tu kena tunggu la 3 bulan ke.....hikhikhik......bertenaga ke tidak lepas ni...hmm

Kepada sesiapa yang meragui produk ni boleh la merujuk kepada jabatan yang berkenaan. Atau korang boleh baca blog Dr. Halina (isteri angkasawan) yang turut menggunakan produk ni. Saya ada gak emel beliau tanya ttg beza DSP ngan SSWKC....beliau jawab (dia replyyyyy tau) cmni...."never heard that product (DSP).......HAHAHA, sian DSP...tak popular rupanya.....hikhik....kalo tengok kulit beliau mmg cantik...tp jangan terpedaya...kulit beliau mmg cantik sejak azali lagi ditambah pula dengan rejim kecantikan SKII....hmmmm....

Ok, kalo korang taktau nak order kat mana, order je kat sini. Dia punya servis terbaekkk...cepat dan pantas....



Tuesday, February 25, 2014

Tak boleh pakai testimoni Double stemcell-biz kaaching

Assalamualaikum w.b.t.....

Hi readers....:)

Makin confuse pulak dgn isu double stemcell phytoscience ni....entah mane satu betul...tapi saya dah stop pengambilannya selama 3 hari......

Di sini saya nak share tentang pengalaman saya menggunakan ds (double stemcell)...Testimoni ni tak boleh pakai kat mana2 untuk tujuan promosi atau menghentam produk ds itu sendiri....ingat ye.....hehehe

Hmm..saya dah mkn 38 sachet ds di mana pengambilannya 1 sachet sehari yg beratnya 1.2g setiap satu sachet..tapi tu pun kdg2 ter skip atau pun terlupa nak mkn.....

Dalam 2 minggu pertama pengambilan ds tu....perubahan yg paling cepat adalah tentang rambut....di mana rambut yang gugur dengan byknya selepas bersyampu tiba2 jadi kurang gugur.......mmg la ada gak gugur tapi tak la sebanyak sebelum mengambil ds......kalo tak, asal sikat rambut je mesti gugur byk rambut.....

Seminggu sebelum mengamalkan ds kulit muka saya kering.....hmm sy mmg selalu kena cmtu....sebulan sekali paling kerap..........namun bila amalkan ds, dalam 2 minggu lebih gak la kulit muka menjadi bertambah2 kering...saya risau gak la...tapi saya tingkatkan jumlah pengambilan air kosong.......mkn ds ni kena minum air byk2.........dan alhamdulillah kulit menjadi semakin elok...

Bukan nak cakap apa la....harini tak risau dh kalo nak berselfie....tak payah guna kamera 360 lg dah....saya pun terkejut gak bila amik gmbar dgn kamera biasa, kulit ternyata tak nampak seperti dulu yg kusam.....Bukan lah saya nak cakap kulit ni flawless, tapi kira ok la dah tk payah guna 360 lagi.....alhamdulillah.....tp tak perlu la yang org yg mengenali saya nak mmbandingkan kulit saya dgn mereka.....saya tak ckp pun kulit saya licin berseri-seri mcm dalam 360, cuma saya ckp ada perubahan antara sebelum dan selepas menggunakan ds......sekarang saya lebih selesa tak pakai bedak sebab kulit nampak ok je...lagipun saya x reti pilih bedak muka yg sesuai,, hahahaha......hmm.....ini baru guna 38 sachet tau....kalo guna 3 bulan.tktau la cmne jadinya...putih melepak kot.....tapi taknak la putih2 melepak ni...terkejut mak  i nnti tengok....hahahahahaha...lagipun macam pelik je.....

ApA yang saya nak maksudkan di sini ialah, kalo korang tengok gambar pengguna/penjual ds yg dah berbulan2 atau setahun lebih, yang gambar nampak mcm guna kamera 360 tu, berkemungkinan besar diorang sebenarnya HANYA MENGGUNAKAN KAMERA BIASA SAHAJA......percayolah cakap den....hehe...

Bukannya takde perubahan struktur kulit kat bahagian badan yang lain, cuma kat muka ni kan penjagaannya lebih....kita kan cuci muka setiap hari, guna toner dan pelembap...tambah lagi mkn ds lagi la cepat perubahannya......

Seperti produk lain, kita mesti akan rasa ragu2 kalo menghentikan penggunaan produk tersebut kan...yela takut muka yg licin tibe2 tumbuh byk jerawat ke...mengelupas ke...merekah ke....kan......hari pertama ketika saya menghentikan pengambilan ds....saya pergi berjemur (2 jam lebih je) kat taman metropolitan kepong....kan musim panas sekarang ni kan....sy tak pakai bedak pun....cuma guna toner n pelembap........amazingly....kulit muka tak merah macam terbakar n takde sunburn pun........kalo dulu...hmm tk payah ckp la....berjemur sekejap pun dah de effect......

Dengan mengambil ds juga, masalah kejang kaki juga tidak lagi berlaku....mungkin kesan daripada meminum air byk kot......

Tenaga pun semakin bertambah....susah nak rasa mengantuk di siang hari.......sebab ambil ds di waktu pagi sebelum sarapan.......dan saya tidak mengambil ds di malam hari kerana saya tak dpt tidur dgn lama kalo mkn ds waktu mlm....mesti akan terjaga kul 3 pagi dan rasa segar bugar, tak dpt lelap semula........

Apa yang saya perasan juga, sepanjang mengambil ds, saya selalu rasa kepala macam beratttt jer...bukan sakit kepala....tapi kepala tu perlu di pusing2 (senaman kepala) dengan kerap untuk melegakan rasa tidak selesa tu........

Muka pulak rasa mcm 'freez' jer....di mana saya terpaksa buat senaman muka untuk melegakan rasa "freez" tu....taktau nak definasikan cmne maksud freez tu.....ia macam keras/tegang tau muka tu.....ni mungkin kerana sel2 baru kat dalam tu dijana dgn aktif kot.......

Dengan itu saya rasa pengambilan ds untuk manusia yang sihat/ normal tidak perlu diamalkan setiap hari.....apabila korang rasa mcm tak selesa tu, hentikan penggunaannya sementara...jangan risau takde kesan negatif pun....cuma apa2 rasa yg tak kena tu akan hilang dengan sendirinya.....inilah yang dikatakan kesan ds ni bergantung pada setiap individu.......

Dah 3 hari saya stop kan pengambilan ds ni, kepala tak rasa berat lagi, muka pun tak freez dah......tapi perubahan positif semasa amal ds masih ada.......alhamdulillah....

Orang2 yg menghentam produk ds ni mugkin nak tau apa rahsia yang ada dalam ds ni kot....tapi orang yg tkde knowledge tak perlu lah nak cakap lebih2 atau menyebarkan sesuatu yg tak pasti.......

Hanya orang yg menggunakan sendiri ds ni je tau kelebihan produk ni....tapi sebagai Islam mmg la kita sepatutnya makan sesuatu yg confirm halal je......saya pun berharap isu yg sedang hangat diperkatakan dapat diselesaikan.......

Jika produk ni diharamkan kerana kandungan bahan2 yg tidak halal .....bagus lah......alhamdulillah...terungkai jugak persoalan kita selama ini...dan org2 yg menggunakan ds hendaklah menghentikan penggunaannya serta-merta....dan org2 yg mempergunakan org lain tuk kepentingan diri sendiri wajar lah merasa insaf.....

Kalo produk ni dihentam kerana kata2 nista org yg tidak berpengetahuan, itu satu kerugian untuk org2 yang tidak pernah menggunakannya....cuba dulu baru tahu kebaikan ds.....

Pada pendapat saya, produk ini dikecam kerana ia produk MLM..seperti yang kita tau ramai org yg dah terkena dgn bisnes MLM....mungkin mereka mahu menyedarkan orang lain...bagus la kalo  mcm tu niatnya.......menyelamatkan orang.....tp dia tak tau pun apa yg diusahakan oleh usahawan ds ni......lebih sudu dari kuah je org2 yg suka bercakap benda yg diorang sendiri taktau.....hmm....


Thursday, February 13, 2014

Biz Kaaching - Double Stemcell - Ini bukan main-main

Assalamualaikum w.b.t.......

Tentang Biz Kaaching lagi....promosi.....hehe...

Kepada siapa2 yg berniat untuk menjana pendapatan tu boleh la baca, fahamkan sikit2.....kalo nak tau dengan lebih lanjut boleh tinggalkan komen di sini, atau emel di xeridy@yahoo.com atau fb : Emen Nord. Pertanyaan tu tak kesah la tentang produk ke...status halal ke....tentang bagaimana nak menjana pendapatan ke....anything yg berkaitan ok.....

Di sini saya nak kongsikan tentang bonus yang disediakan untuk setiap pakej. Oh harga pakej boleh klik sini.


Mungkin tak faham...sebab tu kena bertanya......pernyataan nya boleh dirujuk seperti gambarajah di bawah:


Gambarajah menunjukkan jika anda menyertai kami dengan pakej silver (harga RM275 SM), dan anda dapat menaja/mencari seramai 2 orang di bawah anda, maka dengan serta-merta anda akan menjana pendapatan sebanyak RM250.00. Dah hampir balik modal kan?

Jumlah tersebut boleh menjadi lebih banyak jika anda Silver tapi dapat menaja Gold/Mobile.

Itu je secara ringkasnya.....nak lbih lagi hubungi saya ok...

Tapi saya pun tak berminat dengan orang yang tak serius, tak yakin dan tak bersemangat.........Ini bisnes maaa.....jangan main2....hehehe.....


Wednesday, January 15, 2014

Biz kaaching - Double stemcell

Assalamualaikum w.b.t..

Tentang Double stemcell?

Produk ini dikeluarkan oleh syarikat antarabangsa PhytoScience berasaskan e-dagang. Company ini bukan hanya menjanjikan produk yang baik tetapi juga pendapatan yang lumayan kepada mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan jumlah pendapatan mereka.

Produk yang dikeluarkan oleh mereka terdiri daripada:

  1. Double stemcell (supplement berbentuk serbuk)
  2. Triple stemcell shine stem (cream wajah)
  3. Triple miracle intense essence (spray wajah)

Bagaimana saya boleh terjebak?

Sebelum ni ada seorang kawan lama selalu buat promo kat fb menunjukkan pendapatan yang diperolehi oleh beliau serta kawan2 yang menyertai bisnes ini.....bisnes tersebut dikenali sebagai kaaching....kaaching tu bunyi mcm duit syiling jatuh laaaa, meaning byk duit.......pendapatan mereka ada yang cecah sampai puluhan ribu dalam masa sebulan.Wow!!

Maka saya pun terpengaruh la dengan RM yang ditayangkan dan bersemangat untuk jadi seperti mereka.

Namun untuk meneruskan niat itu saya perlu tahu tentang apa yang menariknya produk keluaran syarikat ini. Pada mulanya saya pelik kenapa setiap kali saya terima penerangan daripada 'sifu' saya, beliau kurang menekankan tentang kebaikan produk, tetapi lebih kepada bagaimana nak melebarkan rangkaian perniagaan seterusnya menjana pendapatan. Jawapan mengapa beliau tidak menerangkan tentang produk itu secara terperinci untuk menarik perhatian pelanggan akan saya beritahu nanti. Teruskan membaca ya...



Produk yang saya beli adalah Double stemcell (ds). Dengan harga RM275 saya dapat 2 peket yang mengandungi 14 sachet setiap satu. Jadi ia mampu bertahan selama 28 hari jika dimakan 1 sachet (1.2g) sehari untuk pengguna yang tiada masalah kesihatan.Kenapa saya tak beli produk cream dan essence?Bagi saya pembersihan dalaman perlu dilakukan terlebih dahulu. ds bukan hanya untuk rawatan kulit, malah banyak lagi penyakit boleh di pulihkan kerana ia berfungsi untuk menjana sel2 baru dalam tubuh badan kita.

Cara makan ds adalah dengan meletakkan satu sachet serbuk ds itu di bawah lidah pada setiap pagi sebelum mengambil sarapan.

Kenapa perlu letak dibawah lidah?Kerana ia lebih mudah diserap bersama enzime terus ke saraf, sekaligus mengurangkan beban proses penyerapan.

Kenapa perlu diambil pada waktu pagi sedangkan malam dikatakan waktu yang sesuai untuk kulit menjana sel2 baru?Sebab apabila anda mengambil ds, secara automatiknya anda perlu meminum air kosong yang banyak...selain untuk melancarkan penyerapan dan perkumuhan ia juga disebabkan anda berasa haus. Proses ini adalah detox (buang racun) dari dalam badan. 'Racun' akan dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Apabila dalaman badan dan usus bersih, akan memudahkan badan menerima 'penawar' nya iaitu ds. Masalah haus ini mungkin akan berlaku selama 2 minggu bergantung kepada badan seseorang.

Kalau ambil ds sebelum tidur dan meminum air yang banyak....berkemungkinan anda perlu berulang alik ke toilet byk kali....maka terganggu lah tidur anda....dak gitu?

Kesan pengambilan ds

Selepas mengambil ds selama 3 hari....saya perasan yang rambut saya tidak lagi gugur dengan banyaknya selepas bersyampu....this is amazing....hanya selepas 3 sachet ds dah ada perubahan?Sebelum ni saya mengalami masalah rambut gugur yang teruk terutama selepas bersyampu. Ia berlaku selepas saya sering bertukar2 syampu dan saya sangat risau sekiranya masalah itu berlarutan. Tapi saya lega selepas menggunakan ds dan saya terkejut perubahan berlaku kerana itu bukan tujuan utama saya mengambil ds.

Dan hari keempat, ketika menonton tv, kelihatan gambar di tv semakin terang...is it my rabun problem terkena tempias ds ke?saya fikir jika diteruskan pengambilannya, in shaa allah mata pun semakin sihat......

Perkara lain yang saya dapati adalah kulit muka kurang berminyak.....Namun warna dan struktur kulit belum lagi berubah selepas 4 hari penggunaan ds. Ini mungkin berkaitan dengan proses pembersihan usus sedang berlaku. oleh itu saya perlu meminum lebih banyak air suam untuk memudahkan proses tersebut.

Apa yang ingin saya tekankan di sini, dengan hanya 3 hari dah dapat melihat kesan pengambilan produk, don't u think that this is the best product??did u get what i mean?Inilah jawapan kenapa sifu saya tidak menceritakan tentang kebaikan produk di peringkat awal.........produk terbaik, buat apa mahu cerita panjang lebar lagi??

Kalau dengar/baca testimoni daripada orang yang dah menggunakan ds, pasti kita masih ragu2 kan?Jadi gunalah sendiri dan lihat keberkesanannya pada tubuh badan anda. Saya yakin, anda takkan rugi pun....



RM275 memang mahal. Saya pun mengumpul lama jugak untuk mendapatkan wang tersebut. Tetapi selepas menggunakan produk dan melihat kesannya diperingkat awal, saya kalau boleh taknak la berhenti menggunakannya. jadi kena keluar duit lagi la kan??Takpe, dengan menyertai biz ini, income akan diperoleh apabila kita berjaya introduce/jual produk kepada sekurang-kurangnya 2 orang ahli baru...

Perlu diingat, tujuan utama menyertai rangkaian perniagaan ini adalah untuk menjana pendapatan. Jadi, takkan nak duduk goyang kaki sahaja menunggu duit turun dari langit?itu bukan sikap orang yang mahu berjaya. Guna produk, yakinkan seberapa ramai orang untuk turut sama menyertai perniagaan dan belajar bagaimana mahu meningkatkan ilmu tentang bisnes ini. in shaa allah kita akan berjaya.

Sampai bila nak bergantung kepada pendapatan makan gaji saje kan?Bak kata ustazah siti norbahyah...anda buat anda dapat!

Jom berusaha!!

Pakej terbaru buat ketika ini. Silver promo hanya sampai March 2014, Gold/mobile sah sehingga February 2014.

*Harga pakej sentiasa berubah dari semasa ke semasa