Sunday, April 19, 2015

Aktiviti di Dataran Putrajaya Part 2

Assalamualaikum w.b.t.......

Selamat bersantai di hari minggu wahai para sahabat.......

Malam tadi saya pergi Dataran Putrajaya..sesapa yang taktau kat mana tu, dataran putrajaya ni yg dekat Masjid Putra bersebelahan dengan Putra Perdana (ofis PM), Presint 1....

Kawasan tu memang jadi tumpuan para pelancong untuk ambil gambar. Pada suatu ketika ia menjadi tumpuan para peniaga untuk menyewakan dan menjual alat permainan untuk kanak2...sebab tempat tu sangat sesuai untuk aktiviti santai keluarga. Boleh rujuk kat sini.

Tapi baru2 ni aktiviti permainan dan perniagaan di Dataran Putra dilarang/diharamkan. Ada notis diletakkan. Saya tak pasti sebab apa. Dekat2 pukul 10 mlm, semua lampu di tutup....kalo dah tutup lampu tu paham2 lah kan...sila lah tinggalkan kawasan. Jalan nak masuk pun ditutup.

Walaubagaimanapun ia mungkin inisiatif yang baik untuk menjaga keharmonian kawasan yang terletaknya sebuah Masjid yang gah. Yela kan, kdg2 org datang sana untuk bersantai jer, tapi bilangan yang masuk Masjid tak seramai yang dok main2 kat luar tu....Taktaulah apa alasan sebenar untuk menghalang aktiviti permainan, tapi bagus jugak kan, mak bapak takyah pening kepala nak kuarkan duit kalo anak merengek nak main itu ini, haahahaha..


Saturday, April 4, 2015

Lawak GST

Assalamualaikum w.b.t......

Apabila pelaksanaan GST berkuatkuasa 1 April 2015...Mcm2 cerita keluar..itu ini begitu begini...dari sebelum, ketika dan selepas......

Nak dijadikan cerita,suatu hari rushing pergi beli beras kat sebuah tempat membeli belah..nak beli beras biasa/tempatan yg 5 kg jer,,,,,cari2 tak jumpa...ok pergi kat pusat beli belah yg lain...takde jugak.....erk ape ni, semua orang borong beras 5kg ke?beras naik harga ke slps GST?Semua org buat stok beras ke kt rumah?yg tinggal cuma 10kg jer....harga?semua mahal2....capai je la......lepas byr...sampai rumah check resit....ha?beras 10kg RM45???dalam hati "penangan GST ke ni, beras pun naik harga ke?patut ke?"...marah la konon.....

Harini baru nak masukkan beras tu dalam bekas.....baru perasan kat plastik beras tu.....erk?beras wangi?erk Thailand?ehhh gred AAA?CISS patut la mahal...salah amik rupenya.....terambil beras wangi Thailand gred AAA....OMG...

Harga rm45 tu boleh beli 20kg beras biasa tau tak,huh! hmm takpe la sesekali dpt mkn beras mahal kan....makan je la.....tp kalo buat nasi goreng tak sedap tau, lembut sgt!Lame lagi nak abis beras ni, 2-3 bulan gak ni....... sabar je la nak tgu beli lain!!!maklumlah perut org miskin, mana thn mkn beras wangi, tak kenyang,,,,huhu...


Saturday, March 21, 2015

Harga Kursus Kahwin 2015

Assalamualaikum w.b.t......

Hi uols....sihat2 hendaknya ye...yang tak sihat tu pergi la klinik jumpa doc...kalo tak larat pegi klinik dok umah diam2 rehat byk2 ok...:)

Harini saya nak berkongsi cerita tentang kursus kahwin. Sekarang harga dah meningkat iaitu daripada RM 80 seorang kepada RM120...Bulan 3 2015 dah berkuatkuasa dah...

Apa bezanya RM80 dgn RM120 tu?Hmm taktau la pulak bezanya sebab saya tak pegi kursus yg RM80 tu, cuma pergi yg RM120, off course la tak pegi dua2 kan...dh tentu la kursus tu wajib sekali seumur hidup je, hahahaha....

Kursus yg saya pergi tu kat Putrajaya Presint 16. Masa daftar dia cuma bagi satu buku nota and satu buku bertajuk Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua.....sama la kot dgn yg RM80 tu.

Ramai gak la yg hadir sekali ngan saya...dalam 300 orang..penuh auditorium, sampai kena tambah kerusi....hari pertama mmg letih...mana tak nya daripada kul 9 am-6.30 pm dgr ceramah  menimba ilmu pengetahuan. sebenarnya tujuan asal kursus kahwin tu cuma nak bgtau bagaimana proses nak isi borang kahwin, syarat2 dan sebagainya untuk memenuhi tuntutan undang2 Malaysia. Tapi disebabkan byk masalah dihadapi oleh pasangan2 yang dah berkahwin (kes mahkamah), maka sebab itulah byk topik penting dimasukkan ke dalam kursus seperti Akidah, Akhlak, Pengurusan Kewangan, Kesihatan dan sebagainya. Bagus la camtu kan. Penceramah pula terdiri daripada orang yang pakar dalam setiap bidang. Contoh kalo topik kesihatan, penceramah nye merupakan seorang doktor perubatan, Kalo pasal prosedur perkahwinan, penceramah adalah seorangn jurunikah. Jadi setiap perkongsian ilmu dapat difahami dengan lebih mudah (kalo tak tidur la)....

Difahamkan juga bahawa kursus kahwin telah ditetapkan tidak boleh melebihi 2 hari. Jadi rumours yang mengatakan kursus kahwin akan diadakan selama seminggu dan sebagainya tidak akan menjadi kenyataan buat masa ini. Takkan la nak kena amik cuti seminggu kan?

Sijil kursus kahwin ni walaupun mahal tapi boleh digunakan sampai bile2. Jadi tak payah la nak menyesal sgt kalo terlepas kursus yang harga RM80 tu ok,,,





Monday, February 23, 2015

hahaha

assalamualaikum everybody... lama tak jumpa kan...hikhik...harini ada citer yg kelakar sgt..tu sebab tajuk dia hahaha..aisehmen x sempat nk update smbung nnti ye.... hari lain... ok sambung tajuk hahaha...dah basi dah ni...citernye pasal mandi sambil tergelak-gelak.... hari laun... adoii susahnya nak update blog semenjak dua ni...bukan sebab bz sgt tapi disebabkan pc rosak..hikhik...takkan nk update kt opis selalu kan nnti kantoi lak....hehe yg mandi sambil gelak2 tu bukan ape...puncanya bangun lambat...punye la terkejut beruk bile terjage nampak terang je kt celah pintu bawah...omg..terus capai telefon nk tengok kul braoe. mase tengah tgk fon tu kbetulan ade call in.."hello..sori sy baru bngun ni,,nak tunggu ke?..dh tak igt dh dia ckp ape tp dia tunggu la...terus sy cpt2 mandi smbil gelak besar tgk cermin sbb perkara mcm ni mmg jarang sgt berlaku kcuali dirancang hahaha... lps tu turun kat kereta igt kan nk kena marah...rupa2 nye kena gelak...nasib baik smpai opis tkde ape2 kerja yg urgent.so leh lg la smbung gelak... sebenarnye mlm tu hnset mmg dh buat perangai...ttibe ter vibrate vibrate tnpa sebab...igt kan kejap je perangai dia tu rupanya sampai pagi tak sudah2...so alarm tak bunnyi cume vibrate...call in lg la x bunyi...huh kena beli hnset lain ni haha

Tuesday, January 6, 2015

Renew road tax pada hari cuti

Assalamualaikum w.b.t......

Alkesah, road tax kereta n insurans last day for renewal is hari Jumaat. Kebetulan duit ada pun hari Jumaat. So memang tak sempat la nak bayar sebelum2 tu. Terus call bank...bank tanya bila last day? Saya jawab harini. Dia cakap: haaa bagus lah mcm tu, hari ni mmg ramai yang queue, kalo nak harini jugak mmg tak dapat la, orang yang in charge pun bz....tinggalkan no phone, nnti kami akan sms quotation....sy pun...hmm ok....tapi tanya gak apa alternatif lain kalo nak cepat....dia jawab: Myeg...Dalam hati,,dh tau dah, tapi nak amik mase gak pos kan....

Then call Myeg.....dia ckp, oo nak cepat ek,,,nanti sy akan emelkan quotation....sy: hmmm ok.....

Walopun dah last day, hati masih girang berjalan-jalan....tgh jalan-jalan tu my fren cakap rase macam pernah nampak kiosk Myeg kat Presint 15, Putrajaya....so kitorang pegi la check betul ke tidak......tengok2 ye betullllll......

Nama tempat tu:

Agensi Khiron
No 68A, Tingkat 1, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050, Putrajaya
TEL NO : 038888151

Masa sy datang tu time rehat hari Jumaat....tapi kaunter bukak....Then I tanye la boleh dapat road tax harini ke?Dia jwb: BOLEH.........

Selepas buat bayaran, dia terus print kan road tax....alhamdulillah....layanan yang diterima pun sangat baik. Masa rehat Jumaat tu, kaunter dikendalikan oleh pekerja perempuan yang sangat ramah. Bezanya renew road tax kat sini ialah ada cas tambahan untuk mesin print. Ok la tu kan, cepat dan pantas. Diorang mmg sentiasa bukak (tapi ikut masa urusan la kan), yang penting hari cuti pun bukak, mane nak cari tempat yang lagi cepat mcm tu??

Kiosk seperti ini mmg dilantik khas oleh pihak Myeg untuk memudahkan urusan orang ramai. Selain Putrajaya, ada lagi tempat lain, tapi korang google sendiri lah ek....hehe

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum,,

Hi readers...selamat menyambut tahun baru 2015. Semoga hari-hari yang mendatang dapat ditempuhi dengan lebih yakin.....





Friday, October 31, 2014

Peristiwa memalukan


Assalamualaikum w.b.t...

Salam Jumaat semua...;)

Ceritanya berbunyi begini..(tiba2 intro kan...haha)

Pergi kedai runcit...ambil itu ambil ini...(bunyi mcam byk kan...tapi sikit je sebenarnya)..salah satu daripada barang tersebut adalah setin susu cair (jenama takleh sebut nnti diorang offer jadi duta pulak, perasan)...

Dah ambil semua barang, terus letak kat kaunter...ada sorang kanak2 dgn mak dia....kanak2 tu mnyanyi2 lagu orang dewasa...saya terpesona dan leka tgk dia....bila mak kanak2 tu dah byr barang, saya pun bayar pulak barang2 saya...then dah byr, dh ambil balance, terus bawak barang (dgn plastik) kiri kanan. Tengah2 berjalan tu terasa ada barang yang dikepitkan kat pinggang.....konpius sekejap...apa benda yang terkepit ni? Nak kata kepit purse, rasanya bwk handbag.....dalam hati berdebar2, sungguh misteri...

Terus capai barang tersebut dan tengok sambil berkata..."eh, susu!!eh, dah byr ke belum ni???Hahaha....Patah balik ke kedai then tanya mamat tu..."eh, ni saya dh byr belum eh?"...Selamba mamat tu jawab.."belum"....So I guess mamat ni dah perasan dari tadi lagi...maybe dia malu nak tuduh saya 'mencuri' kot....haha...cepat2 saya cakap..."sorry2...saya terpegang tadi"...

Aduh...tersengih2 I masuk dalam kereta sensorang, sambil berfikir bagaimanakah peristiwa sebegini boleh terjadi...bila masa entah capai susu dan kepit....haha....