Wednesday, December 30, 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

This entry is for contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL". Aku dapat tau pasal contest ni daripada www.fztogether.blogspot.com ketika tengah tengok web nuffnang-innit. Peraduan ini ditaja oleh DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Peraduan ini terbuka kepada semua orang, tetapi kena ada web blog la. So, tunggu aper lagi, jom la hantar entri!

Ok, memulakan bicara,kehidupan kita ibarat putaran roda. Bukan artis jer yang selalu cakap macam tu, malah semua orang di dunia ini akan berkata macam tu sebagai ingatan terhadap diri sendiri dan orang lain. Maksudnya setiap kebahagiaan tidak akan berterusan bahagianya, setiap penderitaan tidak bererti tamatnya hidup kerana itulah lumrah kehidupan, sentiasa berubah-ubah selari dengan kehendak manusia itu sendiri. Kalau nak berjaya mestilah kena ada usaha, kan?Perlu diingat "Tuhan tidak sesekali mengubah nasib seseorang itu melainkan manusia itu sendiri berusaha mengubah nasibnya".

Aku juga tidak terlepas daripada melalui liku-liku kehidupan. Dua puluh lapan tahun hidup di dunia ini belum mampu memberikan segala yang aku impikan.Ya, kejayaan!Kejayaan dalam membina kehidupan sendiri.

Ketika zaman persekolahan lagi aku telah menetapkan pendirian hidup ini perlu berani untuk gagal. Kegagalan pertama adalah ketika aku mendapat keputusan PMR yang mengecewakan. Ketika itu aku memang lalai mentelaah pelajaran walaupun tinggal di asrama. Keputusan itu menyebabkan aku tidak lagi berada dalam kelas pertama di sekolah. Aku sangat kecewa dengan keputusan itu sehinggakan malu untuk memberitahu keluarga. Namun, walaupun bertukar ke kelas lain, aku yakin aku mampu untuk bangkit semula untuk mencapai kejayaan dalam SPM. Semua pelajar dalam kelas pertama adalah pendorong semangatku. Apabila melihat mereka, aku berazam untuk berjaya seperti mereka. Hasilnya aku berjaya mendapat Gred 1 di dalam SPM!

Semasa melanjutkan pelajaran di universiti, setiap pelajar perlu membuat kajian untuk dua semester terakhir. Aku memilih untuk membuat kajian tentang genetik. Kajian tersebut memerlukan aku sentiasa bereksperimen untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sangat rumit dan perlukan ketelitian. Aku pernah dimarahi oleh seorang pelajar Master akibat kecuaianku membuat kajian yang mengakibatkan sampel beliau terpaksa dibuat semula. Namun itu tidak membuatkan aku takut mahupun patah semangat untuk meneruskan kajian sehingga mendapat keputusan yang membanggakan.

Langit tidak selalu cerah. Walaupun aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, namun peluang pekerjaan selalu tidak menyebelahi aku. Tawaran pekerjaan pertama yang aku terima selepas bekerja  secara sambilan adalah sebagai seorang Pembantu Tadbir@kerani di sebuah IPTA pada tahun 2004. Seorang graduan bekerja sebagai kerani??Aku sahut cabaran itu walaupun air mata ini selalu mengalir melihatkan kejayaan rakan-rakan lain yang berjaya menjawat jawatan setanding dengan kelulusan mereka. Ditambah pula dengan sindiran nakal saudara mara yang anak-anak mereka sudah berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik. Akhirnya aku berjaya mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2008 berdasarkan prestasi cemerlang tahun 2007. Aku sangat bersyukur atas kurniaan Allah kepada diri ini. Walaupun tidak sehebat orang lain tetapi aku berjaya membuktikan aku mampu melakukan apa sahaja pekerjaan sehingga berjaya!

Kekurangan diri tidak sesekali aku jadikan penyebab untuk aku terus berada di takuk lama. Selepas 4 tahun bekerja sebagai kerani, aku memberanikan diri mencari peluang pekerjaan lain. Aku tekad berhenti kerja dan meningkatkan usaha untuk mencapai matlamat aku. Kehidupan tidak harus berhenti setakat itu sahaja. Aku perlu berani keluar dari kepompong untuk terbang ke arah yang lebih baik.

Berkat doa dan semangat untuk berjaya, aku diterima bekerja sebagai guru sandaran. Walaupun sementara, namun aku berjaya membuktikan aku mampu untuk mencapai sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan aku. Hasilnya aku mampu memberikan wang bulanan buat kedua ibu bapaku selain menunaikan tanggungjawab membayar hutang PTPTN, membeli laptop dan juga sebiji motor.

Sememangnya hidup berani untuk gagal harus dijadikan pendorong kepada kita untuk mencapai kehidupan yang lebih baik. Kegagalan bukan bererti kita harus tersungkur tanpa bangkit kembali. Kita tidak perlu menunggu sehingga datangnya orang lain mengangkat kita dan meletakkan di tempat selamat seterusnya merawat kita!Sebaliknya kita harus bangkit sendiri!Merawat luka sendiri dan berjalan semula dengan sendiri!

Kini hidup aku tidak terhenti di sini. Aku masih berusaha untuk mendapatkan pekerjaan tetap untuk menjamin masa depanku. Kejayaan insan-insan lain adalah antara pendorong usahaku. Aku akan berterusan berusaha. Aku akan sentiasa berani untuk gagal demi mencapai apa yang aku impikan. Semakin banyak pengalaman dalam kehidupan membuatkan aku semakin yakin melangkah ke hadapan. Tidak mempedulikan kata-kata sinis, aku akan terus melangkah dengan yakin!Aku juga percaya Tuhan sentiasa membimbing aku untuk meneruskan kehidupan ini.

Semoga kalian yang membaca entri ini juga sentiasa berusaha ke arah lebih baik. Tidak kira siapa pun kita, kita punya hak untuk berjaya di dunia ini. Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!Semoga segala impian menjadi kenyataan!


Belum Cuba Belum Tau

oh!hari ni terasa bosan sgt,,,,i donno la why,,,,,,boring gilos!ujung tahun dah makin dekat......ni baru bgn tido...tido lepas zuho is ok kan,,,,means tido sekejap la,,,,,keja kat rumah ni makan tido makan tido.....bgn pagi kul 6.30.....lepas tu tolong mak buat sarapan,,,cehhhh tolong konon,,,,,,yer la tolong buek air....lepas tu xtiviti bebas sehingga tiba time masak tengahari...lepas makan mesti tido....tak boleh tido dulu baru makan,,,,tak boleh...sebab nnti tk bleh nak lelap,,,heh heh......huh,tadi makan sayo pucukpaku goreng,,,uish dah lame tak makan....itu pun mak g amik kat kebun,,,,,,dia g kebun ngan faiz,,,,,amik sikit jer,,sebab faiz dah bising nyamuk byk gigit dia,,hah hah,,,tu la sape suoh masuk kebun pakai seluar pendek,,,ingat pegi padang golf ker??

ok, 2010 makin hampir,,,,so what did i did for 2009....so far ok la,,,,,,,,,dapat melakukan pekerjaan yg lebih baik dgn gaji yg lebih baik,,,walopun terseksa sikit.......so dapat la beli laptop ngan motor...ok la tuh...!syukur,,,,,,ada pahit ade manis untuk tahun 2009.....yg manis tang gaji la kan,,,,,,,yg pahit,,,,i teringat buku yg pernah i baca.....dunia ni hanyalah untuk org2 yg tak jujur berkuasa....jadi kepada yg jujur,sabar lah,,,,yer sabar,,,,,

thn 2009 juga merupakan tahun di mana aku mula berblog....it is an experiment sebenarnye.....saje la nak test betul ke bleh buat duit dgn berblog ni,,,,,dan aku sedang berusaha,,,usaha dan usaha lagik....so setelah hampir dua bulan,,,,aku besyukur kerana dapat memperoleh RM0.25...hahahahahaha...ini adalah satu lagi bukti yg aku ni tak glemer,,,,takper,,,,cuba lagi.....

mula2 dulu terasa lambat sgt masa berlalu,,,tapi sekarang semakin cepat,,,,,org kata kalo kita menghargai kehidupan mesti akan terasa masa lambat berlalu....jadi kalo rase cepattt jer tu,,,,,fikir2 lah aper yg kita buat untuk kehidupan nih,,,pandai2 nak bg nasehat plak!

ok ulang lagi sekalik,,untuk thn 2009 ni perkara paling besar i dapat adalah mendapat pekerjaan yg lebih baik(walopun sementara)...ala at least dapat pengalaman baru dan dapat la rase gaji yg lebih sikit kan,,,,,,so boleh la dianggap rezeki yg tak dirancang tu mnjadi....untuk tahun 2010 malas nak pk byk,,,cume nak cuba mendapatkan peluang pekerjaan yg lebih baik lagi...yg tetap la kan,,,,,,,,,teruk betul la umo cmni lum ader keje tetap,,,teruk!!itu jer yg i harapkan,,,,keje tetap!!!oh tolong la doakan,,,aaminnn....

ape2 pun,harap yg terbaik untuk 2010.....


Friday, December 25, 2009

saman geram

ohh ya allah ampunkanlah dosa aku yg hina nih,,,huh,,,mlm tadi cek saman guna sms,,,,taip POLIS SAMAN NO.KETA...hantar ke DAPAT.....mmg dapat....RM480....tolak 100,,tinggal RM380.....masih lagi byk!!!!selama 4 thn tinggal kt serdang dulu tk pernah pun dapat saman,,kecuali saman parking,,,itupun mase pergi MPS....yer kat seremban,,,,ok takper,,ini menunjukkan polis2 trafik mahupun jpj atau pekerja2 negeri di seremban@negeri sembilan darul khusus mmg spesies rajin menyaman org ataupun rajin bekerja,,,yeah syabas untuk mereka!!!juga tahniah kerana memilih aku untuk disaman....mula2 ingat saje nak test betul tak Bayeh cakap RM300....sekali tgk RM380...mane datang RM80 tu pun tak pasti lah pulak,,,,,mase aku berenti kt petak  kuning tu ke???itu dikira langgar lampu isyarat ke?eleehhh  takkanlah,,,sikit jer kena petak,,sipi2 jer...kalo bukan tu time aku jalan tk nmpak polis trafik tu ke?dah dia kecik sgt sape suoh...org depan aku tu jalan jer,,,so aku follow ler,,,,cess...menyesal cek,,,dah tak leh tido skang ni,,,,,try tgk website www.myeg.com konon nak tgk saman yg bleh menjelaskan keadaan,,kt situ kata kalo byr saman dalam masa sebulan dari tarikh kena,,,,bleh dapat diskaun 30%-50%........hmm satu dah lebih sebulan......yg satu lagik,,,hmm biler nak bayar?arggghhhhh....time2 cmni plak.....isk!kalo tunggu smpai dpat surat saman,,,melayang RM380 cmtu jek......malas lah nak bwk keta lepas ni,,,,!

Tuesday, December 22, 2009

andai ku tahu,,,,

andai ku tahu,,,,,

soklan2 yg bakal dikemukakan,pasti aku tk payah susah payah bersengkang mata menstudykan diri,,,,cuba mengingatkan pelbagai akta,sejarah juga falsafah,,,,angka bajet pun pernah singgah di pale otak ni,,,,,termasuk name menteri ketua pengrah la per bender lagi,,,,,terpaksa juga mem'prepare' kan jawapan kepada soalan pengenalan diri sejurus sebelum dipanggil masuk dgn penuh perasaan berdebar.......

andai ku tahu,,,,,

ncik2 akan menyuruh saya membaca surah al.asr dan surah ial alaq (iqra'.)....pasti aku akan meneruskan bacaan quran ku semalam kerana kebetulan dh smpai ke helaian ayat2 lazim,,,,,,ketika itu hati memberontak untuk meneruskan bacaan tapi bagai ader bisikan,,,cukup2,,,study!....mmm ader berapa surah lazim yg awk tahu?sy tk pastilah ncik,,,tp kalo ncik suoh baca,,,insyaalllah saya bleh,,,hmm baca surah al asr......k pas....aper maksud ayat yg awk baca td?ha?demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan amal soleh dan menasihati  supaya mentaati kebenaran dan menepati kesabaran (huh ni lepas tgk tafsir quran)...masa ditanya aku jawab.....surah tu berkaitan masa.......hah...nasib baik awk dapat jawab,,,kata ncik tu smbil pandang mbr kat sebelah yg mcm dh tak tahan sgt lapar(time tu 1245 t/hari),,,,aku kata,,,,eh eh ye ke,,,nasib baik..... (smbil urut dada)....k baca pulak surah yg aper tu,,,,"bacalah"....aiseh ncik tu yo yo or jer la nak uji org,,,,,,,,,dgn konfiden aku jawab...oh yg iqra' tu...(ceh2,,,padehal ni soklan bocor,,,ramai yg kena ty surah ni sblm aku,,,,,dan kitorang sempat cuba2 menghafal...tp hampeh)...dpt ingat 6 ayat drpd 19 ayat...fuh!sadaqallahula'zim,,,,,,,ncik tu yg smbung pas ayat yg keenam tu sebab aku tersengih2 bgtau,,,,smpai situ jer ncik,,,,,kekekeke.....

andai ku tahu,,,,,

ader satu mlm tu mimpi kena saman sebab tk pakai seat belt ketika memandu,,,,,,gelabah giler time terjaga......so on d way ke tpt temuduga penuh berhati2 dgn memakai seat belt setiap masa,,,,,selamat sekejap......time tgu turn ntview dpt byk miscol(hnset silent) drpd bayeh (my brother laa dok kat kedah)......ala nak ckp ngan mak ke,,,kol la kkmah,,,aku sms cmtu.....pastu dia kol lagi,,,miskol lagik,,,,,(sibuk hafal surah)....dan selepas di ntview,,,aku kol bayeh,,,,,,rupanyer dia cek online saman.....hah?speed trap?hah?rm300?hah?tk leh renew roadtax?hah?depan klinik ampangan?bukan tu bukit ke?sehari sblm raya aji tu....(ngan hasmah)cesssss....takkan la aku yg bwk keta berat nih bleh kena speed trap kt bukit?aduhhh.........pegi kt tpt byr saman sbn tu tanya bleh kurang ke tak,,,(kata bayeh)...ala,,,,,ingatkan kena pakai seat belt jerrrr,,,,,,aduiii

andai ku tahu,,,,,

dimana letaknya rezeki,,,pasti akan kuusahakan ke arah itu....pasti akan ku berwaspada jika ade malang terbau,,,huh,,,,,

namun ku tahu,,,,,

setiap kejadian ader hikmahnye,,,,pautkan doa setiap ketika,,,aku hanya hambaNya........


Wednesday, December 16, 2009

JANGAN GODA AKU SYAITAN

assalamualikum warahmatulahi wabarakatuh,,,

memulakan kuliah kita pada hari ini (wei,,tolong lah,tkde sape baca blog ko de,,,,memandai nak bg kuliah)..ah pedulik,,,,sambung,,,,,marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dgn limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama lagi pada hari yg mulia ini.Ehem,,,tajuk kuliah kita pada hari ini adelah JANGAN GODA AKU SYAITAN,,,,,bagaimanakah anda mem'pronounce'kan ayat tersebut....adekah 'jgn goda,aku syaitan' atau 'jgn goda aku,syaitan!'...yer yg kedua adelah bertepatan dgn tajuk di atas,,,,,lenkali kalo tulih karangan jgn lupa letak noktah,koma dan aper2 yg seangkatan di tempat yg btl,k?

bersempena dgn awal muharam 1431H,,,,adekah kita bersedia menerima kunjungannya?aper yg dimaksudkan dgn Muharam?bermaksud diharamkan melakukan peperangan atau pertumpahan darah.namun larangan tersebut telah ditamatkan setelah pembukaan kota Makkah....nih bukan aku terer atau pandai sgt,,,tp melalui pembacaan dari kertas ilmu yg telah diprintkan beberapa thn lepas di sebuah IPTA.

ape kene mengena tajuk ngan entry kali ni?yer,,,,salah satu cara untuk menjauhkan diri dari godaan syaitan sepanjang tahun adelah  dgn membaca doa akhir dan awal tahun.......

doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan zulhijjah....doanye boleh la didapati pada website ataupun buku2 agama.........sesape yg baca doa ni maka syaitan dgn sedihnye akan berkata sia2 lah dia menngoda manusia kerana mereka telah diampunkan tuhan segala dosa2 sepanjang tahun........

doa awal tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu muharam.....kalo baca doa ni pulak maka setan akan kecewa kerana Allah telah mewakilkan 2 Malaikat tuk mnjaga anak2 Adam.....

antara amalan2 sunat pada bulan muharam:
  • berpuasa
  • bykkan solat sunat,zikir
  • doa awal dan akhir tahun
10 Muharam pula dikenali sebagai hari Asyura.Perkara sunat dilakukan pada hari tersebut adelah:
  • melapangkan masa bersama anak isteri
  • memuliakan fakir miskin
  • menahan marah
  • tunjukkan org sesat (tunjuk jalan)
  • usap pale anak yatim
  • bersedekah
  • pelihara kehormatan diri
  • mandi sunat
  • membaca Qulhuwallah 1000x
  • sbhyg sunat 4 rakaat
  • jamu org berbuke
  • puasa sunat hari asyura
*dulu kt sekolah ade budak name Asyura...sedap kan name tu?

sekian sahaja untuk peringatan diri sendiri dana anda semua....wabillahitaufiq walhidayah wassalamualikum warahmatullahi wabarakatuh....

Monday, December 14, 2009

luahan rasa

teringat kesah yg i read kt Mingguan Malaysia(13hb) dalam ruangan Luahan Rasa,bwh DCCK (di celah2 kehidupan)...selalunya tak berminat sgt baca ruangan tu tp akan terbaca juga di kala keboringan...di tulis oleh seorang wanita yg mmpunyai perjalanan hidup yg sgt senang,means peluang blaja senang, dapat keje pun senang maklumlah anak org berkedudukan tinggi,,,,,,,dah kawin ngan jutawan (wow) dan ader 4 anak tp syg anak tk sempurna,,,cacat tgn dan bisu,,,,,,,,,,dah besar kot anak2 dia sebab dia kata anak2 dia selalu kena ejek kt sekolah...kesian......bukan sahaja anak2 malah penulis itu juga disisihkan keluarga dan teman2.......aduiii lg kesian,,,,,,,ingin menenangkan perasaan maka dia pun pergi menunaikan umrah,,,,,di sana bertemu dgn seorang lelaki....yg meng'offer'kan diri bertanya masalah penulis,,,,,,maka setelah bercerita,org lelaki itu bertanya..."pernah ke anak ni menggunakan tgn dan mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya org lain?"..."jika benar,mungkin itulah sebabnye anak mendapat zuriat yg sebegitu.."..."tetapi anak masih berpeluang bertaubat,pohonlah maaf daripada org yg telah anak aniaya itu..."

menyingkap kembali perbuatan penulis tersebut,,,ketika belajar di universiti,,,dia n d geng dok menyewa ngan 2 org pelajar lain....2 pelajar tu tak ngam ngan geng penulis,,,,,mungkin dari keluarga berpendapatan rendah,maka diorang pun bekerja di sebuah kedai dobi,,,,si penulis luahan rase tu kan org kaya,,,,so dia   and d geng selalu mengejek pelajar yg keje kedai dobi tu,,,siap intip,amik gbr,,,,print dan sebarkan pada org2 lain,,,,,,malu tak terkata la mbr 2 org tu...namun aper kan daya mereka hanya mmpu bersabar jer (ni tambah ni).......

aper yg ingin kukatakan di sini adelah,,,kita hanya manusia biasa,,,tidak terlepas daripada melakukan dosa kepada insan2 di sekeliling kita......tidak kira dari segi percakapan mahupun perbuatan,,,,dari depan mahupun belakang,,,,,,(mengumpat,fitnah,ejekan,tuduhan).......tidak akan tercapai keberkatan hidup dan pahala amalan kebaikan selagi kita tidak memohon maaf kepada insan yg pernah kita aniayai.....

justeru (i like this word),insaf dgn aper yg telah dibaca,,maka saya dgn rendah diri (chewahhwahh) ingin memohon ampun dan maaf drpd semua insan yg pernah kukenali selama ini (syahdu pulak)....terutama kepada semua kwn2 baik (anda sendiri tahu),kwn2 sekolah.....sek tadika bukit rokan,sek.keb.bukit rokan,sek.keb.petaseh(berasrama),sek men tunku durah....(juga semua guru2)...rakan2 di kolej matriks(kolej negeri bukit chedang),member2 di upm (sc. biologi),bebudak kolej 12 n 14upm,kwn2 semasa kerja......pekerja di sebuah pusat akupuntur di plaza ampangan (termasuk pesakit2 yg menerima rawatan),pekerja di klinik abdullah ampangan (aku pernah keje sini time form 3),pekerja di fpas,upm,...mbr2 rumah sewa kt flat ikan,tmn sri serdang(7337),rakan2 guru di sek men bukit rokan (juga staf sokongan dn murid2),,,,kepada semua jiran2 di bukit rokan juga kepada seluruh manusia yg mengenali diri ini (mbr2 ym,vf,frenster,fb dn lain2)tidak kira di dalam malaysia mahupn di luar negara(perasan,,,sejak biler ko kelilingi dunia)...juga kepada kucen2 yg pernah di bela(merepek dah ni).........MAAFKAN SAYA,HALALKAN MAKAN MINUM SAYA,,,,,mebi we dont know when we hurt people's heart,,,,,kali ketiga....maafkan saye ye.........(tiga kali mintak,,kalo tk nak maafkan tolong bgtau saya,,,nnti sy blnjer pizza)

so,,,bgaimana pula dgn kesalahn anda semua terhadap saya?dgn ini saya dgn rela hati ingin me.....erm...........errrrr.....hmmmm......ehem,,,,,,korang lah pulak mintak MAAFFFFFFFFFFFF kat aku.......kuikuikui,,,,,

di kesempatan ini juga (like this too)......i like to wish selamat menyambut awal muharam 1431H pada jumaat ini (18hb)....korang ingat tak turutan bulan2 islam??cuba ingat sekarang.....semoga tahun baru ini memberi seribu sejuta beratus2 juta sinar kepada seluruh kehidupan kita........dan harus diingat,,,ketika kita bersenang lenang jgn sesekali lupa dan cuai terhadap Allah s.w.t.........juga jgn dilupa kepada insan2 dalam kesusahan......

jaga hati,jaga mulut,jaga anggota badan anda......daripada menyakiti org lain,,,,,,,,,


Thursday, December 10, 2009

Facebook + kenangan

semalam aku bukak akaun facebook,,,bukan baru sign up,,,,,rasenyer dh lama dah ade,,,tp first time login,,,,,,b4 this malas nak layan bende2 cmtu(wek)....tp tgk mbr2 ramai pulak yg addicted ngan fb ni,,,,so try ler login,,,,,,,ooooo patut lah addicted to fb....mcm2 ader,,,,,semuanyer bnde2 yg diperlukan oleh mereka2 yg mahu menghilangkan tensen,,,hehe......bleh buat jejak kasih....hmmm so aku start ler meng'accept' frens request yg dh lame me'request' tu,,,,and me'request' plak kt muka2 yg pernah kukenali.....mbr sekolah.matrik,upm......tp tak tau ler kot2 diorang masih ingat kt aku ke tidak,,,,

by the way,,,,biler tgk muka2 mbr2 lame ni,,,maka kenangan "terindah" time blajar dulu mula mekar dlm ingatan,,,cewah,,,apsal len macam jer rase ayat2 nih,,,huh!time sekolah menengah(time form3),,,aku ader ler geng2 rapat...isda,haiza,farah,,n sape lg ek,,,aiseh...rase mcm ramai,,,(i tk mkn B complex sejak kecil,,,so daya ingatan tk berapa la,,,,hah hah)....aper yg kitorang pernah buat,,,?mksudnye bende2 yg tk sepatutnyer la,,,,,yg aku ingat,,,kitorang pernah g beraya kat rumah Yee Ling (ni budak pandai,,,,mesti dpt nombor 1 time peksa)...masa tu Tahun Baru Cina.....kitorang dok hostel,,,,rumah Yee Ling sebelah skolah,,,,,so kitorang pegi menyusup kt pagar yg mmg dh blobang (yg lobangkan mesti keje budak laki)....n mncari rumah Yeeling....dan jumpa,,,,mesti isda yg jumper nih,,,so kitorang mkn2 ler kt umah tu then blk semula ke hostel,,,,,tp tk kena tangkap ngan warden pun,,,,nape ntah aku pun tk berape ingat sgt.....

kesah lain,,,aku n d geng pernah g mandi kt sebuah lubuk aper ntah namenyer ngan beberape org budak lelaki yg aku rase budak sekolah rendah kot,,,hah hah hah,,,sape nyer idea lah tuh,,,ni mesti idea haiza or farah or isda nih,,,,dgn memakai tshirt putih asrama...kitorang g mem'fly'kan diri.....ntah mane ntah jalannyer tetibe yg aku ingat kitorang terjumpe ngan sekumpulan budak lelaki naik basikal.....then,,,,aper ntah ayat farah kot...kata nak pinjam basikal bebudak tu.......basikal plak cukup tuk kitorang n bebudak tu...mengkeri msg2 nyer kawan,,,,,,adoiiiiiii cne bleh jd cmtu?.....aku pun tk ingat aku keri org atau org keri aku....then tetiba smpai kt lubuk air......mean mcm air sg....tp bulatan jer,,,,airnyer sgt kotor,,,,,,cmne ntah kitorang bleh teringin mandi kt situ.......sekali nngan budak2 kecik td......beriya sungguh kitorang mandi sehingga tshirt yg putih bertukar warna kepada coklat kekuning2an.....hahahahahaha.....pastu ngan tibe2 (ni bukan mimpi tau,,,cuma aku bermasalah dlm flash back perkara2 yg dh lepas)...smbung td,,,ngan tibe2 kitorang dh smpai kt padang sekolah,,,,kt situ ader astaka (tpt duduk2 tgk org main kt padang)....kitorang lepak kt situ jap sebab nmpak kk jah (warden aspuri)..tgh mencari something (cr kitorang ke?).....biler line clear,,,kitorang pun masuk ler ke asrama dgn jayanyer serta menimbulkan persoalan di kalangan mbr2 lain kerana baju yg sgt kotor.......rase nye aku tk mmbocorkan rahsia itu kepada sesiapa,,,,haha...tp tktau la kalo yg lenlain...

kesah lain,,,,hmm tk berapa nk ingat dah......rindu plak kt mbr2 lama,,,,selain yg selalu hang out (dulu2 la)....yg lain2 juga pasti dh berjaya dalam hidup diorang,,,,

Wednesday, December 9, 2009

Mahu Jadi Popular???

some say yes,some say no as the answer of above question......mm....jika anda seorang yg popular,,,adekah anda happy?pada saya,may be u will happy for the first period of being popular,,,,,lama2 nnti pasti rase terikat,terkongkong,,,,mcm burung dalam sangkar,,,kan kan kan?......sebab itu lah saya memilih untuk tidak jadi popular ....(weh,ape punya ayat ni,,,sejak biler ko diberi pilihan untuk popular ni?)...kehkeh....takde,sempena anugerah bintang popular berita harian nnti marilah kita berpikir kebaikan dan keburukan org yg popular tu smbil kite pula berangan-angan kalo jd popular,,,,,,hehe....sebelum berfikir marilah kita berangan dulu,,,,,,,,Kalo saya jd org popular,,,,,,mmmm.......pasti semua org akan melihat saya......walau di mana dan ke mana saya pergi saya mesti memakai pakaian yg hanya mmpu dipuji oleh org yg melihat,,,bukan mengeji........pasti saya akan merasa dunia/bumi ini sgt sempit kerana dipenuhi manusia.....sana sini manusia......pasti saya akan merasa susah untuk berada seorang diri smbil menikmati udara yg nyaman ciptaan Illahi,,,,even dalam toilet pun rasa diperhatikan.......pasti juga ketika saya bertemu kawan2 saya tidak boleh ketawa kuat2 kerana takut dirakam dan video masuk ke youtube...uish malu tau....namun begitu,,,saya rase saya dipandang mulia sekiranya hanya minum/makan di warung tepi jalan kerana mereka yg melihat pasti akan kata,,,,"walopun popular,dia tk kesah mkn kt mane2"....ditambah pula jika sering melakukan kerja2 amal tanpa publisiti,,,,,,pasti mereka akan berkata..."hebatnye dia"......sekiranya popular,,,tentulah saya seorang yg byk duit.....wah sgt best!!kerana byk duit lah kita mmpu jd popular......oleh kerana tidak berapa cntik,maka saya tidak memilih mnjadi popular atas tiket model,pelakon,penyanyi,pembaca berita dan seangkatan dengannya,,,,,,saya mahu jadi popular kerana menjadi bisneswoman yg berjaya seantero dunia.....fuh!yes,itu hanya lah angan2..........namun sekiranya anda seorang popular,,,,bergantung kepada seseorag untuk meng'handle' kepopularan itu.......namun jika popular kerana perkara2 yg positif maka anda sgt beruntung.............maka jadilah org popular yg mampu dikagumi dan dicontohi oleh masyarakat....

Saturday, December 5, 2009

fikir2 lah

i bought a new motivation book,,,,cehcehceh,,,,,sebab jarang beli so mcm bangga sikit (kesian,,,,,)....yg biase beli...jelita,wanita n ape2 majalah yg cover mcm best jer.....so the book's title was FIKIR FIKIRLAH...karya dr hm tuah......saje nak letak kt blog nih some of the statement yg i rase best....time tgh baca buku tu mmg ler bayangkan muka dr tuah yg bagi ceramah, sebab ader gbr dia kt belakang buku....tp disebabkan aku tak pernah dgr dia di tv,,,so aku bygkan suara dr fadzilah kamsah,,,,kakakaka....

*..... kita selalu ingat kitalah yang paling susah dalam dunia ni,org lain tu pun tak sesusah kita.kita selalu anggap pelangi kat atas kepala org,tak pernah atas kepale kita........

fuh,,,,sebijik mcm yg pernah dan selalu aku sangkakan,,,,nape ek,,,,nape?

*.....seseorang dgn sikap negatif melihat masalah dalam semua peluang,sebaliknya seorang yg lain, dengan sikap positif melihat peluang dalam semua masalah.....

that the thing yg i kena fikir kan mendalam,,,

*....ade ape dgn lalat?aper yg terlintas adelah lalat merupakan serangga yg menggambarkan kekotoran.....but d new thing i know is...lalat adelah satu2 nye serangga yg boleh mengawal semut api....wow hebatlah lalat...

*....kAlau nak tahu anda mempunyai aura yg baik,,,cuba lah pelihara kucing....lihat sama ada kucing selesa atau tidak dgn anda...sekiranya kucing tak selesa,,,nampak anda jer terus lari atau tk mahu diriba,,,,maksudnya anda mmpunyai aura yg musykil....kucing boleh melihat di dalam gelap...kucing juga dikatakan mampu melihat warna aura anda.....

caya tak?takpercaya tanya la kucing itu,,,,kuikui...jgn pandang hina kepada kucing...(utk org2 yg tak suka kucing)

*.....jgn sesekali meluah masalah pada org yang salah,,,,,,,kalo pmpuan jgn citer masalah kt laki org,,begitulah sebaliknya,,,,,,tu maknanya nak cr pasal lah tu....mcm dh tkde org lain yg boleh diceritakan......ingat syaitan sentiasa berada diantara lelaki dn perempuan yg bukan muhrim.....juga jgn citer pada org yg baru kenal,yg bzbody.....nnti abis satu dunia tau masalah anda....(ni aku yg tambah berdasarkan pengalaman,,,hehe)

*...kisah couple yg best....hmm...kisah abg angkat daud dan isterinya di Paka,,,,,couple yg meminati karya dr tuah....tau tak,,,,setiap kali si husband memandu dan isteri di sebelah,,,,,isteri akan membacakan buku motivasi sebagai panduan dan penguat semangat untuk mereka....

best tak couple tu?korang bleh buat?

*....mmg kita perlu percaya pada semua org,tapi tak semua org boleh dipercayai....kalo tak kenal hati budi seseorang,,jgn ceritakan masalah anda.......pernah tak suatu ketika anda cerita masalah berkaitan seseorang dgn org lain,,,,,dn tiba2 satu opis tau aper yg anda katakan itu,,,,,

huh,mmg biase terjadi kepada diriku.......

*...antara penyebab pintu rezeki tertutup:
  • hati kotor
  • derhaka pada ibu bapa
  • tidak bersedekah
  • tidak berkahwin
  • tidak byr zakat
  • tidak pergi haji sedangkan berkemampuan
 yg point nombor 4 tu aku tk sokong,,,,tk aci lah...kalo lum jumper jodoh cne?

*....semua org cerdik hinggalah dia sendiri mengatakan dia tidak....

aku cerdik,i'm brilliant,i'm clever.i'm the best,,,,kekekekeke

*..... perubahan yg paling baik ialah perubahan yg berlaku dari dalam sebab itu kekal,perubahan yg paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu lakonan,,,,

dunia sekarang nih cmne pun kita niat yg baik,,,pasti jd tak baiknye..ade jer org ambil kesempatan dan pastinya org baik teraniaya........... hipokrit were all d way,,,,ala mcm sarah dlm 'nur kasih'.....tp aku pernah la jumpa org cm'sarah'tu...betul,,,,pernah!

hmm,,,ader lg kalo nak tulis,,,tp tkperlah.....insyaallah akan beli buku yg lain pulak....but,,,,do u trust motivator?yer la,,,time kita baca sumer yg ditulis mestilah yg mmbawa semangat kpd diri kita sendiri....kdg2 ader yg tidak,,,,,but most of the contents were good lah kan....but,,,,cne nk ckp eh?

Tuesday, December 1, 2009

pelik tp benar

i like to post some of my pictures collection,,,,,,rase2 nyer gbr2 tu tk pernah lg singgah di mane2 web yg aku join,,,ala mcm frenster ke virtualfriends ke....tu jer yg aku ade rasenyer,,hehe....



ni gbr Dayang,,,,tk ingat umo dia bp time tu,,,,tp baru celik mata.....susah tul nak amik gbr dia....tk reti dok diam,,mane tak nyer,,,jarang dpt keluar dr kandang.....dayang ader 4 beradik,,,,tp sekor dh arwah,,,yg tinggal cuma dayang,belang ngan hawa.....diorang anak puteri.....skang aku ader 12 ekor kucen....mak abah nyer kucen sebenarnye......dulu2 abah tk suka kucen...ingat lg time aku budak2 dulu,,,kucen2 aku siap kena baling ngan abah...tp skang lain pulak,,,,kucen siap tido atas pangku abah...hmmm manusia berubah....




ni kucen pendatang....mase tu kt rumah sewa serdang....dia dtg kejap je...ptg ke malam ek,,,,,esok tu dh tkde dah....kt rumah tu cume aku n kk zan jer suka kucen...yg lain mcm geli2 jer....



ngan bas pun jadik!ni mase nak g mersing ngan isda....bas rosak beb......tp kitorang ok jer,,,n tgk org2 lain pun cool jer,,,,,mcm dah biase pulak,,,,kuikui



gbr ni ngan mas,,,,,,,masa snorkling kt pulau tioman,,,,,ekceli adder name tempat tu,,,tp aku tk ingat,,,,gogle yg aku pakai tu asik kelabu jer(berwap),,,,dh bape kali rendam dlm air pun cmtu gak,,,itu adelah kali kedua yg mmbuat aku tersedar bhwasenya aku seorang yg GAYAT ngan ketinggian,,,padehal bukan menyelam dalam laut pun,,,tp rase takut semacam mcm nak karam.....siap ade life jacket tuh!



ni gbr mase kt ulu yam,,,,fuh,rindu giler ngan ulu yam ni,,,,best wooooo.......air yg putih bersih,penuh dan laju....kalo time tengkujuh ni pergi gerenti bleh hanyut smpai sungai pahang,,,,kuikui.....g ngan housemate serdang.....ni gbr org sebenarnye...tp demi menjaga sensitiviti masyarakat,,,maka  org nye terpaksa dipotong.....ader lg gbr tp tkleh nk upload plak,,,,,,