Showing posts with label when i'm not around. Show all posts
Showing posts with label when i'm not around. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Be my friend

Assalamualaikum w.b.t....

Salam Jumaat everybody,...:)

Terhenti sekejap. Taktau nak tulis apa,,,hikhihik...mengade...

Ok, harini bakal bertemu ibu tersayang...hehe...bukan ibu mertua...kekekkekeke...So brg2 dah prepare...dengan biskut lidah kucing pelangi sekali untuk bagi Fareez...hmm dia suka sangat biskut tu....ade sikit nak bagi kat my sister untuk dijual...kekekeke....

Jadi hari cutiku pada minggu ini bakal terisi dengan melayan kerenah Fareez..makin nakal dia!

Hey readers,,,u ada blog?let me know la......nnti bleh la kite tukar2 baca blog hehe....ye la kan,,,kalo u read my blog via other person, i will never know your link!or maybe you do not want me to know?jgn la mcm tu.....jd silent reader takper...jgn jd pengintip....hikhikhik....no la, just kidding,,,,,,

Saya tulis blog ni mcm tulis diary je....byk untuk diri sendiri...dan sikit2 untuk disebarkan kpd orang lain...mula2 dulu nak cari pendapatan dgn berblog (angan2)...tapi tak mnjadi je...last2 pasrah..kekekeke...saya ni tak pandai menulis....kalo tulis pun buat sakit hati org je kot...haha...sorry......tapi suatu hari nanti mesti ramai yg berkunjung kat blog ni...bila?bila saya dah takde la.......kekekeke

Tapi mmg mcm tu kan....kita sering tak sedar dgn kewujudan org lain di sekeliling kita...until they left us...masa tu baru la tercari2 gambar lama, fb ke...blog ke.....masa tu baru nak menangis teresak2...kan....hehe...




Thursday, November 28, 2013

Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah

Assalamualaikum w.b.t.

Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah merupakan sebuah istitusi pendidikan berteraskan Islam yang terletak  di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Sekarang ini mereka hanya mempunyai lebih kurang 200 orang pelajar. Pengajaran adalah mengikut silibus Mesir dimana apabila lulus pelajar akan dihantar ke Mesir untuk meneruskan pengajian.

Kepada anda yang berminat untuk bersedekah kepada pusat pengajian ini boleh lah merujuk kepada gambar di bawah.


Jika anda jenis yang 'curious', boleh lah terus menghubungi Ust Hj Subri :019-4296690 atau terus je pergi ke alamat seperti tertera di atas. Atau klik di blog ini.

Jika tak mampu nak bersedekah, boleh la sebar-sebar kan maklumat seperti di atas.

Oh, saya dapat pamplet ni daripada bos saya (bos kecik)...sahabat beliau merupakan orang yang terlibat dengan penubuhan institusi tersebut.

Kata beliau kepada saya....hidup di dunia ni terlalu singkat...kalo umur 60 tahun di dunia ni hanya beberapa saat sahaja nak dibandingkan dengan 24 jam di akhirat. Oleh itu carilah peluang untuk mendapat kebaikan di akhirat. Jangan menyesal di kemuadian hari. Kehidupan di dunia hanya sementara dan tak dapat diulang semula..akhirat lah yang kekal.

Susah kan kita nak buat....benda baik dan pahala yang tak nampak memang susah kita nak buat....Lepas tu banyak lak soal. Huh, manusia!!

Monday, July 15, 2013

14 Julai 2013-genap 2 tahun

Assalamualaikum w.b.t.....

Salam Ramadhan.......

Semalam 14 Julai 2013, genap lah 2 tahun pemergian arwah ayah saya yg tercinta....Al-fatihah untuk beliau...semoga aman tenteram di sana lebih2 lagi di bulan Ramadhan yg mulia.......

Walaupun saya dah lama tak menjengah ke kubur beliau, namun tetap saya titipkan doa dalam setiap solat untuknya...semoga dipermudahkan urusan beliau sepanjang berada di sana......

Bukan sengaja menerbitkan entry untuk membiaskan emosi, tetapi untuk sentiasa mengingatkan anda2 di sana yang masih punya ayah/ibu bapa, berbuat baiklah kepada mereka....hanya yg sudah kehilangan mereka yang mengerti perasaan rindu untuk menatap wajah yg kita sayang yg telah pergi buat selama-lamanya........

Kepada mereka yg punya ibu bapa yg sudah tua, yg mungkin sudah nyanyuk dan sebagainya...ingatlah itu ujian dari-Nya untuk kita....sejauh mana kita bersabar dan menyayangi orang tua kita ketika mereka berperangai seperti itu......ingatlah juga aturan kehidupan manusia...bermula dari roh yg ditiupkan ke tubuh bayi - kanak2-remaja-dewasa-tua- dan seterusnya kembali semula kepada kanak2 (seakan2)....mmg selalunya kita kalah dalam berhadapan org tua yg berperangai kebudak-budakan, tetapi itulah hakikat yg perlu kita tempuh untuk memastikan kasih syg kita ikhlas untuk mereka sepanjang masa...bukan hanya ketika mereka sihat sejahtera....

Doakanlah kedua ibu bapa kita setiap kali selepas solat....yakinlah bahawa mereka (yg masih hidup) turut mendoakan anak2 mereka.....doa mereka sudah tentu dimakbulkan Allah s.w.t.......mungkin rezeki yg kita dapat pada ketika ini kerana doa kedua ibu bapa kita......bygkan jika mereka sudah tiada.....?

Friday, July 12, 2013

Tazkirah Ramadhan yang menyentuh hati.....Jom baca!

Assalamualaikum w.b.t.....

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi banyak keinsafan kepada kita.

Berkongsi tazkirah daripada seorang imam....

"Seminggu sebelum puasa saya berhenti di sebuah R&R untuk menunaikan solat Asar di surau. Ketika mengambil wuduk, saya terdengar seorang lelaki membaca Al-Quran dengan sangat tidak fasih (merangkak-rangkak)..di sebelahnya ada seorang lagi lelaki yang menyemak bacaan rakannya...namun lelaki itu juga turut tidak fasih membaca Al-Quran. Sengaja saya solat berdekatan dengan kedua-dua lelaki itu. Sehingga selepas solat (di mana 20 minit telah berlalu), kedua-dua mereka baru dapat menghabiskan 2 baris ayat. Subhanallah.

Ketika saya ingin meninggalkan surau, terdengar pula perbualan 2 lelaki tersebut...Lelaki A: Sempat ke kita khatam bulan puasa ni? (beliau berkata dengan sangat serius dan ihklas)....Lelaki B: Mestilah sempat...kan kita dah start baca Quran sebelum bulan puasa lagi........."

Orang yang macam mereka pun berusaha sedaya upaya untuk merebut ganjaran di bulan puasa...bagaimana pula dengan kita?Mungkin kita pandai sembahyang, pernah khatam quran.....tapi berapa kali kita selak al-quran ketika ini?lebih2 lagi di bulan Ramadhan yg mulia ini....hmm fikir-fikirkan.....

Tuesday, December 4, 2012

Hati yang tersentuh

Assalamulaikum w.b.t.......

Alhamdulillah....kita dah meniti bulan Disember 2012.....alhamdulillah kita masih bernyawa di saat ini.......belajar mengucapkan alhamdulillah.....segala puji bagi Allah....atas segala kurniaan-Nya.....Ya, saya katakan saya sedang belajar mengucapkan, membiasakan hati dan lidah mengucapkan alhamdulillah selepas melepasi sesuatu perkara..........salahkah saya turut mengajak anda membiasakan diri mengucapkan alhamdulillah....walaupun mungkin anda dah lama membiasakannya?Saya sebagai manusia memang sering lupa dan lalai dalam melalui kehidupan...tapi ini bukan bermakna saya tidak pernah mengucapkan syukur @ alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya....membiasakan diri mengucapkan alhamdulillah maksud saya adalah seperti........cth:.selepas sampai ke pejabat dengan selamat, selepas selesai mandi, bangun daripada tidur, selepas selesai memasak, selepas dapat shopping, selepas dapat gaji............mengucapkan alhamdulillah kepada perkara2 yg saya rasa ramai manusia terlupa untuk ucapkannya................adakah saya terlalu jahil dalam hal ini??

Saya berzodiak Cancer, which shows that I am very emotional person.....ya, saya memang seorang yg beremosi.....

Menjadi manusia yang lebih baik adalah impian semua orang Islam.....kdg2 saya menonton rancangan2 keagamaan di kaca tv......apabila anda menonton rancangan yang dibarisi dengan host dan panel bergelar ustaz @ ustazah, what do you expect them to talk about?tentulah satu kebenaran kan.....kecuali jika anda anti kepada ustaz tersebut atau anda lebih hebat daripada dia......maksudnya kalau dia seorang ustaz..mungkin anda bergelar ulama'........apabila saya menonton sesuatu rancangan bercorak keagamaan sudah tentu saya ingin mengetahui apa yang mereka sampaikan dan seterusnya menambah ilmu pengetahuan saya dalam sesuatu hal........

Suatu malam saya menonton rancangan Halaqah di TV9 dengan tajuk Doa...panel yang dijemput adalah Ustaz Muhammad Kazim Alias.....host adalah Ust. Badli Shah..........Dalam kata2 aluan, host ada menyebut tentang saat Allah menciptakan bumi dan bumi bergoyang tidak stabil.......anda boleh saksikan disini. Berlaku dialog begini di dalam penceritaan ttg saat bumi diciptakan:

 "Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.
"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..(Hadis Qudsi).
Hadis tersebut bukannya menunjukkan kelemahan Allah dalam penciptaan bumi...tapi menunjukkan kehebatan-Nya dalam mencipta bumi. Bumi adalah tempat untuk manusia melakukan kebaikan dan menggunakan segala yang Allah anugerahkan....gunung, air, angin, api semuanya sangat berguna kepada manusia.......Allah mahu kita semua bersyukur dengan kurniaan-Nya.....Allah tak mahu kita hidup di bumi yang kosong..Allah lengkapkan bumi dengan segala benda yang berguna.....dan keutamaan hadis ini adalah untuk menjelaskan bahawa DOA itu sangat penting dalam kehidupan manusia...ia adalah perantara antara manusia dan Tuhan mereka.......Allah itu Maha Mengasihani....dan Allah sentiasa memakbulkan doa hamba2-Nya......
Hadis tersebut seperti menyuntik semangat saya untuk terus berdoa dengan bersungguh-sungguh....tambahan pula saya sedang melalui kekaburan ttg hala tuju hidup saya......lalu saya berkongsi ttg hadis tesebut di facebook melalui artikel iluvislam di sini. 
Namun saya bersedih apabila ada umat Islam mempersoalkan kesahihan hadis tersebut...seolah-olah dia lebih berilmu daripada orang yang menulis dan menyebarkan hadis tersebut.......tapi siapalah saya untuk menegur dia....semoga Allah berikan dia petunjuk dan hidayah.....

Wednesday, August 29, 2012

Puasa Enam

Assalamualaikum w.b.t.....

Saya yakin ramai yang keliru ttg puasa enam. Puasa sunat enam hari yang dilakukan pada bulan Syawal........Antara persoalan yg timbul ialah:


  • Perlu ke puasa 6 hari berturut-turut selepas hari raya pertama?
  • Boleh ke digabungkan puasa sunat dengan puasa ganti?
  • Perlu ke qada' puasa dahulu kemudian baru dilaksanakan puasa enam?
  • Wujud ke 'hari raya' selepas selesai puasa enam?
  • Boleh ke batalkan puasa enam untuk memenuhi jemputan rumah terbuka?
Sila rujuk website Ust Zaharuddin  dan Dr.Mohd Asri. Semoga segala persoalan terjawab.

Tuesday, July 3, 2012

Malam Nisfu Syaaban??

Assalamualaikum w.b.t..........

Mari mengenali bulan syaaban dan malam nisfu syaaban...

Klik sini

Monday, March 28, 2011

Apabila Setan Menggila....

Assalamualaikum w.b.t...

Tahukah Anda?
Waktu setan dikatakan menggila adalah sejam sebelum masuknya waktu Zuhor....waktu dimana kebanyakan orang panggil "tongah hari buto"......Apakah kepentingan kepada anda untuk mengetahui tentang waktu ini?Jika sekarang ni waktu Zuhor masuk kul 1.20 p.m maka waktu setan menggila adelah antara pukul 12.20 - 1.19 p.m.

Pada Waktu tersebut kita dinasihatkan untuk duduk didalam rumah....dalam erti kata lain,jangan keluar rumah.....sama ada pada ketika itu cuaca panas terik mahupun hujan atau mendung..........jika kita selalu keluar pada ketika itu,maka kita akan mudah diserang demam terutamanya untuk kanak2 lah kan,,,sebab tu org2 tua dulu kala melarang budak2 kecik main kt luar rumah pada waktu tersebut....jika pada ketika itu hujan,maka adalah lebih mudah untuk diserang demam...........

Jadi jagalah diri anda dan anak2 anda.......ye mmg mudah,kalau demam boleh pegi klinik......tetapi dalam masa yg sama anda kena ingat,,,setan boleh masuk ke dalam badan manusia lebih2 lagi kalau kita ni terdiri daripada golongan lemah iman.....jadi,selain demam kita turut akan ditimpa penyakit 'setan gila'.........(perenggan lain berdasarkan kata2 seorang ustat....tp perenggan ni gua saje main tambah2 beb...haha)

Berpegangkan kata2 jgn keluar rumah sewaktu setan menggila"...maka niat nak pegi angkat kain di jemuran pada pukul satu tadi ditangguhkan....(sekarang 1.21 p.m dan azan sedang berkumandang...tp masih tk pegi angkat kain...)layan2 blog dulu.....tgk blog cik hanis zalikha sebab nak tgk blog emak dia...(nmpak sgt umor x sebaya hanis)...kenape tak link kan ke blog saje?oh ye eh,,,akan diuruskan.....

p/s:takde ape2...wallahualam...

Sunday, March 20, 2011

Analogi

Assalamualaikum w.b.t.....

Saya ada memelihara kucing...banyak.....nakal2 semuanya....jadi saya kurung mereka di dalam kandang/sangkar........kalau mereka dilepaskan keluar,pasti habis rumah jadi tunggang langgang,ataupun mereka akan bergaduh dengan kucing2 orang lain yg memang suka bertandang ke rumah ini.....

Walaupun sudah di kurung,,,saya tetap menjaga mereka...membersihkan kandang mereka...memberi mereka makan pada waktu pagi,tengahari dan petang....saya juga melepaskan mereka keluar pada setiap pagi supaya mereka 'mengenal tanah'...waktu selebihnya mereka bersantai di dalam kandang.....

Pada satu2 ketika...Mok Pet (kucing jantan) akan mengiau tak henti2.........biasanya kalau dia dah terberak& dah rase geli nak tido dlm kandang tu......Ayu (kucing betina) suka mengiau minta dikeluarkan.........kadang2 juga mereka mengiau minta cepat di beri makan........

Tapi saya sebagai Tuan mereka hanya akan melayan mereka pada masa2 tertentu.......misalnya..mereka akan diberi makan pada jam 8 pagi,1 tengahari dan 6.30 petang.....tak kesah la si Mok Pet tu mengiau macam mana pun....Saya juga takkan mengeluarkan aYU Yg sering rimas di dalam kandang.......kerana saya tau Mok Pet tetap akan kenyang dan Ayu pasti lebih selamat tinggal di dalam kandang.....

Saya sebagai Tuan mereka lebih tau apa yg perlu dilakukan.....kerana saya lebih hebat daripada mereka.......

Begitu juga lah dengan Tuhan kita....Dia lebih mengerti apa yg hambaNya perlukan........Yang pasti Dia takkan biarkan kita selama2nya meratapi sesuatu....Dia pasti akan memberikan apa yg kita mahu....Dia tahu bila masa yg sesuai untuk memberi sesuatu untuk kita..........Dia lebih Berkuasa...Dia lebih Mengetahui.....jadi,sabarlah.............

p/s:cuma sedikit perbandingan.....bukan menyamakan manusia dengan Tuhan....wallahu a'lam...

Thursday, February 24, 2011

Sudah jatuh ditimpa tangga....dan Kembara pun meletup!

Assalamualaikum w.b.t.....

Situasi seorang wanita......

Dia seorang wanita......jatuh cinta dengan seorang penagih dadah....sudah jodoh,selamat bernikah.........adat penagih dadah,keluar masuk pusat serenti menjadi perkara biasa dalam hidup....di saat suaminya ke 'sana' dia lah yang menjaga anak2 mereka,mencari rezeki menoreh getah........apabila suami sudah 'keluar'...dia sentiasa berharap suami itu akan berubah.......dia juga mempunyai seorang ibu...yg mana dugaannya....seorang tua yang telah nyanyuk...tinggal bersamanya......juga bersama seorang anak saudara yg kecil tidak beribubapa,,,yang juga sakit,tidak sempurna seperti kanak2 lain.......dia saya lihat sebagai wanita yg sangat tabah.....

Ketika suami sudah berubah,,entah di mana silapnya....wanita itu diceraikan dengan talak 3.....talak 3??ya,talak tiga........namun dia tegar membesarkan anak2 dan menjaga ibunya,juga anak saudaranya....walaupun sepanjang itu dia dihina oleh ibunya sendiri...tidak dapat dipastikan penghinaan itu ketika ibunya sedar atau pun tidak...tapi...sangat kasihan........

Dugaan datang lagi,ketika mencari rezeki di kebun getah,jiran tetangganya sibuk membantu memadamkan kebakaran di rumah wanita itu......cuaca yang panas seakan membantu maraknya api ke seluruh rumah,,,mujur ketika itu ibu dan anak saudaranya berada diluar rumah........kereta kembara yang baru dibelinya juga hangus sekelip mata......dugaan........dan ketika dia sampai ke rumah itu,,,,,tiada apa mampu dilakukan,,,hanya terkulai layu..........

Sekuat semangatnya,saya yakin dia akan mampu untuk terus melangkah ke hadapan......dan saya tertanya2....apakah dugaan yg saya terima sehingga hari ini sehebat dia?dan mampukah saya mengharunginya jika saya berada di tempatnya?

Astaghfirullah....Ya Allah, Kau kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu itu.....dan Kau jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur,,,,,,Amin....

Thursday, February 17, 2011

Wasiat Terakhir

Assalamualaikum w.b.t.......

Maulidur Rasul telah berlalu....15 Feb 2011/12 Rabiulawal 1432H.....tarikhnya bersebelahan dengan tarikh yg dianggap pemupuk kasih sayang,,,14 Feb....sudah cukup untuk menduga iman kita......tarikh yg mana satu paling dekat dgn kita??fikir2kan........
Hubungan kita dengan Muhammad s.a.w sangat jauh......beringatlah......kita tidak mencintai dan merindui Baginda sepertimana Baginda sering mencintai dan merindui kita...di saat kematian Baginda,ummatnya di sebut2....Baginda risau akan umatnya....dan di saat Baginda dibangkitkan pada hari kiamat nanti,kita juga lah yang pertama sekali di sebut2 Baginda.......Baginda mencari kita untuk diberikan syafaat dan bersama2 dgn Baginda memasuki syurga....tahukah kita,umat Muhammad adalah umat pertama yg akan masuk syurga??

Betapa kasihnya Rasulullah s.a.w kepada kita,ketika kita meniti sirat,Baginda berpesan kepada Malaikat Malik supaya memalingkan muka,kerana Baginda tahu kita sangat takut melihat wajah Malaikat Malik yang sangat bengis........dan Nabi Muhammad juga tahu kita tak akan sanggup melintasi malah menjenguk ke dalam neraka......

Di saat ada umat Muhammad masih berlegar2 jauh daripada Baginda,lalu Mariam berkata..."itu umat Muhammad,mereka telah tersesat".....apabila Nabi Muhammad mendengar,Baginda terus memanggil..."marilah ke sini umatku,akan kuberi syafaatku kepadamu".......bertuahnya kita menjadi umat Muhammad......tapi apa yang kita lakukan di dunia???fikir2kan.....

Ingatlah tentang wasiat Nabi Muhammad s.a.w. yang kita kasihi........

Wasiat Terakhir Rasulullah

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.



Wallahualam...


p/s:Halaqah tv9...:)

Wednesday, January 19, 2011

Harga Diri dinilai dari Iman dan Akhlak

Assalamualaikum w.b.t....

Pada zaman Nabi s.a.w,ada seorang lelaki miskin,menyarung kain usang,berasal dari keturunan tidak terhormat,tiada harta,tiada rumah...hanya meminum air dari kolam umum yang diambil dengan menggunakan kedua tangannya sebagai gayung,tidur di masjid berbantalkan lengan....Namun begitu dia selalu berzikir kepada Rabbnya, selalu membaca kitab Allah dan selalu berada pada saf paling hadapan dalam solat mahupun dalam peperangan.

Suatu hari dia lalu di hadapan Rasulullah s.a.w,maka baginda memanggilnya:"Wahai Julaibib,mengapa kamu tidak bernikah?"Julaibib menjawab:"Wahai Rasulullah,siapakah yang mahu menikahkan (puterinya) dengan aku?Aku tidak mempunyai kedudukan dan tidak pula berharta."

Beberapa hari kemudian Rasulullah s.a.w bertemu dengannya,baginda bertanya soalan yang sama dan Julaibib pun memberi jawapan yang sama.Begitu juga untuk pertanyaan Rasulullah pada kali yang ketiga. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w:"Wahai Julaibib,pergilah ke rumah Fulan-Rasulullah menyebut nama orang Ansar-lalu katakan padanya:"Rasulullah s.a.w. menyampaikan salam untukmu dan memintamu mengahwinkanku dengan anak perempuanmu."

Orang Ansar itu merupakan keluarga terhormat.Julaibib pun pergi menemui orang Ansar itu serta menyampaikan apa yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w.Jawab orang Ansar itu:"Tetapi bagaimana boleh aku mengahwinkan anakku denganmu yang tidak mempunyai kedudukan dan harta benda?"Pada saat itu,isteri orang Ansar itu juga kehairanan dengan pesan Rasulullah  s.a.w itu.Dari dalam rumah,puteri orang Ansar itu yang mukminah berkata kepada orang tuanya:"Apakah kalian menolak permintaan Rasulullah s.a.w?Tidak,demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya".

Maka terjadilah pernikahan yang penuh barakah dan seterusnya rumahtangga yang baik berdasarkan ketakwaan kepada Allah.Beberapa waktu kemudian,datanglah seruan jihad.Julaibib pun ikut serta berperang.Dengan tangannya telah terbunuh 7 orang musuh.Namun dia sendiri terbunuh.

Ketika Rasulullah s.a.w memeriksa korban dalam perang itu,tiada nama Julaibib disebut sebagai mati syahid oleh para sahabat baginda.Namun Rasulullah s.a.w ingat akan Julaibib dan baginda menyergah:"Tetapi kini aku kehilangan Julaibib!"

Rasulullah s.a.w mendapati jasad Julaibib penuh dengan debu lalu baginda mengusap debu itu seraya berkata:"Engkau telah membunuh 7 orang,lalu engkau sendiri terbunuh.Engkau sebahagian dariku dan aku sebahagian darimu. Engkau sebahagian dariku dan aku sebahagian darimu.Engkau sebahagian dariku dan aku sebahagian darimu."Cukuplah bagi Julaibib dengan penghargaan nabawi ini sebagai hadiah,kehormatan dan anugerah.

Sebenarnya nilai Julaibib adalah keimanannya,kecintaan Rasulullah s.a.w. kepadanya dan prinsip yang dia pegang teguh sampai dia sanggup mati kerananya.Kemiskinannya dan ketidakjelasan jalur keturunannya tidak pernah menjadi penghambat untuk memperolehi kedudukan yang mulia dan besar.Dia telah mencapai cita-citanya untuk mati syahid,mendapatkan keredaan,diterima oleh masyarakat dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sesungguhnya nilai diri itu terletak pada keluhuran budi pekerti dan kemuliaan sifat-sifat anda.Berbahagialah orang yang mengetahui harga dirinya,berbahagialah orang yang telah membuat jiwanya bahagia dan beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.

Wallahualam....

Sumber: Buku La Tahzan:Jangan Bersedih-Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Tuesday, January 18, 2011

Gelas Separuh Kosong

Assalamualaikum w.b.t.......

Anda pernah ditanya dengan soalan..."Gelas itu separuh kosong atu separuh penuh?".....Ramai orang pernah terbaca atau mengalami situasi ditanya seperti itu...Malah Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pun pernah ditanya begitu oleh rakan facebook beliau.........persoalannya...kenapa...kenapa soalan itu begitu.....?

Secara logiknya.....mmg la gelas itu separuh penuh...penuh dengan apa.....dengan air barangkali....kalau kita minta seseorang menuangkan air untuk kita dan kita cuma mahukan separuh...separuh apa?separuh gelas itu diisi dengan air lah kan.......hmmmm

Tapi lebih daripada itu soalan ini berkait rapat dengan ilmu psikologi.......sekiranya anda menjawab "separuh dipenuhi oleh air" maka anda sebenarnya adalah seorang yang positif..........jika anda jawab "separuhnya adalah kosong" maka anda adalah seorang yang negatif......

Positif atau negatif yang dimaksudkan di sini bukan lah bererti anda seorang yang baik atau jahat,tapi cara anda memandang sesuatu perkara yang berlaku pada diri anda.....jika anda seorang yang positif maka semua masalah yang anda hadapi akan dapat diselesaikan dengan baik.....begitulah sebaliknya......begitu juga kalau anda disuruh oleh bos anda untuk melakukan perkara yang tak pernah anda buat,anda akan mengambilnya sebagai cabaran,bukannya menentang....

Ada banyak lagi perkara yang melambangkan keperibadian kita,,,,contohnya kalau kita bersin dengan kuat,maknanya kita seorang yang yakin pada diri sendiri......kalau kita jalan sambil menundukkan kepala,mungkin kita seorang yang suka merendah diri/pemalu......lagi?

Sekian....:)

Saturday, January 8, 2011

Taubat:Kemuliaan hati seorang Pelacur

Assalamualaikum w.b.t......:)

Pada zaman Nabi Isa a.s,kemiskinan dan kebuluran berleluasa kerana Palestin diperintah dengan zalim oleh tentera Rom. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan makanan dan menangani kemiskinan. Ada ibu yang terpaksa menjual anak demi sesuap makanan. Pelacuran juga semakin berleluasa demi mendapatkan makanan.Kaum lelaki ramai yang menghilangkan diri.Maka tinggallah kaum wanita untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak dalam suasana yang sukar. Hanya ketabahan dan keyakinan penguat semangat mereka.

Suatu ketika,seorang wanita muda melangkah dengan lemah.Dia sangat lapar dan haus. Dia menawarkan diri kepada sesiapa sahaja,walau dengan harga yang murah,hanya untuk membeli makanan. Apabila ia lalu di jalanan,semua orang menjauhkan diri.Mereka mengejeknya.Mereka jijik melihatnya. Namun,dia tidak peduli.Dia sudah biasa dihina.Penghinaan masyarakat menjadikannya tabah.

Wanita muda itu terus berjalan.Tenaganya semakin leah.Dadanya semakin sesak.Perutnya semakin berbunyi.Tekaknya juga sudah kering.Terik mentari semakin membakar tubuh namun dia tidak berhenti.

Dalam pandangannya yang samar-samar melalui kepulan debu, dia ternampak sebuah perigi di pinggir sebuah desa.Hatinya berbunga-bunga.Dia lantas mendekati perigi itu dan duduk di tepi perigi yang semak itu.

Wanita muda itu menjenguk ke dalam perigi.Rupa-rupanya air perigi tidak dalam.Hanya ada sedikit air sahaja di dasar perigi tersebut.Bagaimana aku hendak mengambil air itu?Sudahla perigi curam,fikirnya.Dia duduk sambil berfikir.

Selepas itu dia mendapat idea.Dia membuka tali yang mengikat perutnya.Dia juga membuka sebelah kasut buruknya.Kemudian dia mengikat kasutnya dengan tali tersebut.Perlahan-lahan,kasut itu dihulur ke dalam perigi.Dengan berhati-hati,dia mencedok air yang cetek di dalam perigi tersebut.Dengan segala susah payah,akhirnya adalah juga sedikit air masuk ke kasut buruknya itu.Dia menarik kasutnya naik dengan penuh waspada.Air yang sedikit itu sahajalah boleh dibuat penghilang dahaga.

Tiba-tiba dia berasa bajunya ditarik-tarik dari belakang.Ketika dia menoleh,dia melihat seekor anjing yang terjulur lidahnya.Anjing itu juga sedang haus.Wanita itu serba salah.Tekaknya telah terbakar kehausan sedangkan anjing itu juga begitu.

Wanita itu sudah berkira-kira hendak meminum air itu tetapi tidak sempat kerana melihat rintihan si anjing.Dia berasa kasihan lalu menghulurkan air itu kepada anjing itu.Anjing itu pun meminum air itu hingga habis.Tiba-tiba wanita itu jatuh terkulai dan meninggal dunia.

Para malaikat turun ke bumi.Malaikat Atid sibuk mencatat manakala malaikat Malik dan Ridwan saling berebut sama ada mahu membawa wanita itu ke syurga atau ke neraka.Akhirnya persoalan itu dipersembahkan kepada Yang Maha Esa.

"Ya Allah...sudah semestinya pelacur itu mendapat seksaan di neraka kerana sepanjang hidup dia menentang laranganMu,"kata malaikat Malik.

"Tidak!"bantah malaikat Ridwan.

"Ya Allah...bukankah hambaMu itu ikhlas membantu anjing yang kehausan sedangkan dia sendiri sangat haus?"kata malaikat Ridwan.

Allah lalu berfirman:"Kamu benar wahai Ridwan.Wanita itu telah menebus dosanya dengan mengorbankan nyawa sendiri demi makhlukKu yang lain.Bawalah dia ke syurga.Aku meredhainya...

Malikat Ridwan berasa gembira.Dia pun membawa wanita itu ke syurga.Lalu bergemalah suara takbir.Para malaikat berbaris memberi hormat kepada wanita itu.

*Ada pelbagai sebab yang tidak kita ketahui yang membolehkan seseorang itu dapat masuk syurga.Hanya Allah yang berhak menentukannya.Jangan memandang hina kepada manusia lain jika anda yakin anda kaya dengan pahala.Jika kita berasa lega kerana tidak pernah melakukan walau satu dosa,maka hendaklah kita khuatir dengan sifat ujub@kesombongan.

Sumber:KeranaMu aku berubah:Ruhana Zaki....:)

Wallahualam....

Sunday, January 2, 2011

Dia atau dia?

Assalamualaikum w. b.t.......

Ish,berdebar jantung nih menghalau kucen yg tiba2 melintas ganas....kucen jantan ngan betina la,,,si ayu n si singa.....musim mengawan kot sekarang ni,,,,huhu....boleh tak cakap ngan kucen cmni..."ko jgn asik nak beranak jer eh,,,,beranakkkk jer mati anak kau,,,bukan tau jaga pun,,,,,aku ni umo dah berapa pun belum pernah beranak lagi,,,huahuahua....."ok,stop!

So harini 2 jan 2011,,,,cepat jer eh masa berlalu....sebelum ni rasa lambat jer,,hehe...semoga tahun ni memberikan semangat yang baru kepada kita semua untuk menempuh kehidupan dengan lebih baik,,,,mana2 perkara yang tak elok tu,tinggalkan lah,,,,,mana2 perkara baik yg belum pernah dibuat tu,cuba2 lah buat,,,,,,,yang penting ikhlas.......selalu cemburu pada orang yang mendapat hidayah daripada Allah,,,,,,,kalau dapat hidayah maknanya kita berubah ke arah yang lebih baik lah kan,,,,,betapa Allah tu menyayangi hambaNya,,,,,,,sehina2 kita pun Dia masih bagi peluang untuk kita berubah...kan?

Tahun baru biasanya dikaitkan juga dengan azam...azam  tahun baru...tp malas nak pikir pasal azam...yg pasti nak buat benda2 baik jer,,,tak kesah la untuk diri sendiri atau orang lain,,,,,,semoga niat ini akan seiring dengan perbuatan,,insyaallah......

Berbalik kepada Dia atau dia,,,yang mana satu pilihan saya......dia kukenali suatu ketika dahulu,,,dan Dia kukenali semenjak akal mula mampu berfikir.....dia juga mula kekenali melalui nafsu mata........ibarat jatuh hati pandang pertama,,,,bukan jatuh cinta.......dari mata turun ke hati........hati mula berbicara,,,,wajah dia terbayang tiap ketika.....sehari tidak dapat melihat dia,terasa hidup seperti tidak lengkap....tapi dari hari ke hari,tiada apa yang memberansangkan yg berlaku antara saya dan dia.....hampir berputus asa,,,,,,,,,,,dan akal mula berfikir di mana silapnya..........tiba2 saya mengingati Dia.......rupa2nya saya terlupa akan Dia disaat saya mengenali si dia.........saya kembali kepada Dia.....walaupun wajahNya tidak dapat dilihat,tetapi saya tau Dia tetap memerhatikan dan  melindungi saya walau di mana saya berada.......setiap pengharapan saya kepada Dia pasti akan dimakbulkan,lambat atau cepat bukan masalah......kini tiada apa lagi yang saya fikirkan.......tidak perlu berharap jawapan daripada si dia kerana Dia pasti akan menghidangkan yang terbaik buat saya......insyaallah.....

Wallahualam....

Thursday, December 30, 2010

Kawan....

Assalamualaikum w.b.t......:)

Kawan,,,sengaja tajuk itu dipilih kerana pada ketika ini saya sangat merindui kawan2 saya.......semoga semua kawan2 yang saya kenali berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi oleh Allah s.w.t....bukan senang untuk kita mempunyai kawan,terutamanya kawan yang sejati....sebab itu kadang2 kita kena memilih kawan,,,,pilih yang berperangai elok,yang sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan,bukan yang membantu kita melakukan kejahatan......kalau kawan kita jahat,kita pun akan mendapat tempiasnya....jadi berhati2 memilih kawan ye.....

Di sini juga saya ingin berkongsi panduan berguna dalam mencari kawan (info:KeranaMu Aku Berubah,Ruhana Zaki)....Dalam mencari kawan yang baik,Al-Qamah Al-Attaridi(beliau hidup pada zaman Rasulullah s.a.w,,,tolong betulkan kalau tersilap)....pernah berwasiat kepada anaknya:

"Wahai anakku,jikalau kamu dihadapkan pada suatu keperluan untuk bertemankan seseorang,maka bertemanlah dengan:

  1. orang yang apabila engkau melayannya nescaya dia menjagamu
  2. apabila engkau menemaninya,dia mempertimbangkan penghargaanmu
  3. jika engkau memerlukan perbelanjaan,dia menyediakannya
  4. berkawanlah dengan orang yang apabila engkau menghulurkan tangan kepadanya dengan suatu kebaikan,dia akan menghulurkan tangannya juga
  5. jika dia melihat kebaikan padamu,dia akan menghargainya dengan seikhlas hati
  6. jika dia melihat suatu keburukan padamu,dia akan menutupnya
  7. berkawanlah engkau dengan orang yang apabila engkau meminta,dia akan memberi
  8. jika engkau diam,dia memulakan bercakap denganmu
  9. jika engkau ditimpa bencana,dia akan menolongmu
  10. berkawanlah dengan orang yang apabila engkau bercakap,dia membenarkan perkataanmu
  11. jika engkau berdua saling berusaha tentang sesuatu perkara,dia mementingkan urusanmu
  12. jika engkau berdua berselisih faham,dia akan mengutamakanmu..."
Jaafar as-Siddiq berpesan agar mengelakkan diri daripada lima kumpulan manusia untuk dijadikan kawan iaitu:

  1. Pembohong
  2. Orang yang jahil
  3. Orang yang kedekut
  4. Orang yang pengecut
  5. Orang yang fasik dan munafik
Pesanan daripada Ibnu Ata'illah pula berbunyi:

"Janganlah engkau berkawan dengan orang yang perbuatannya tidak membangkitkan semangat untuk taat kepada Allah dan perkataannya tidak menuntun engkau ke jalanNya."

Wallahualam.....

Tuesday, August 24, 2010

Awas Si Rabun......Glaukoma......

Boleh baca Info ini  daripada sini dan sini



*Dikatakan juga bakal pengidap adalah orang yg sukar mengalirkan air mata....hurm,,,tidak dapat dipastikan kesahihannya.......by d way penyakit ni tidak mengenal usia........my sister dah kena penyakit ni masa umur 30++.....dan satu matanya telah dibuang......dan seorang lagi sedang dibedah ketika ini untuk membuat saluran air mata pada matanya........di bulan Ramadhan yg mulia dan penuh keberkatan ini,aku mendoakan agar Akak akan selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh,,,,,,,Ampunkan dosa2nya Ya Allah,,,,,,Aaminn....

Saturday, August 14, 2010

Adab Berdoa

Got This from Solusi Magazine......22nd edition.....

Sebelum Berdoa
  1. Sediakan hati...bertaubat kepada Allah
  2. Sebaik-baiknya berwuduk
  3. Menghadap kiblat jika tiada halangan
  4. memilih waktu yang mustajab.....hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat dan sebagainya
  5. Memilih keadaan yang baik sperti ketika bersujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa dan lain2
  6. Mengangkat kedua dua tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua tangan ke muka apabila selesai berdoa
  7. Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa
  8. Pastikan makan dan minum dari sumber yang halal
  9. Utamakan doa untuk diri sendiri sebelum orang lain
SEMASA BERDOA
  1. Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  2. Berdoa dengan mengucapkan Ya Rab sebanyak 3 kali
  3. Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan
  4. Tidak mengangkat suara ketika berdoa
  5. Berdoa dengan penuh rasa ketakutan dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepadaNya
  6. Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan
  7. Ulangi doa yang dibaca
  8. Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan
  9. Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat
SELEPAS BERDOA
  1. Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa
  2. Mengaminkan doa yang dibacakan
  3. Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita
  4. Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon....

*Selalu gagal dalam bersabar,,,,,,,,bantulah aku Ya Allah,,,,,,,

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan...

Indah
Kugambarkan sebaris kata
Inginku ungkapkan
Khas untukmu

Biar jauh perjalanan ini
Kau tetap kunantikan
Biar perit dugaan
Kau tetap ingin kutemui

Saat jiwaku hambar
Kau menjadi penyeri
Membawa seribu harapan
Mimpi menjadi kenyataan

Andai ini pertemuan kita yang terakhir
Ingin kudampingimu sepenuh hati
Namun
Jauh di sudut hati
Aku ingin bertamu berulang kali
Biar nikmatmu kukecapi
Biar hapus dosa duniawi
Izinkan aku meleraikan beban
Bersamamu bulan yang mulia
Ramadhan...

Jangan kau lemparkan aku
dikalangan orang-orang yang terpinggir
jauh daripada sinarmu
jauh daripada keberkatanmu
terimalah aku
bersama umat-umat yang menerima nikmatmu...

Bawalah aku
Bersamamu
Agar aku dapat menyedari
Segala kekurangan dan kedaifanku
Segala kelalaianku kepada Tuhanku
Segala kesilapanku kepada saudara-saudaraku
Biar lambat masa berlalu
Biar hebat dugaan perjalanan ini
Aku ingin tetap menempuhnya
Setabahmu mengunjungiku
Tanpa jemu...



*Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Sunday, July 18, 2010

Tanya Pada Hati

Ku tanya pada hati
Apa mahumu
Apa inginmu

Kata hati
kumahu ketenangan
kuinginkan kebahagiaan

Ku tanya pada hati
Apa yang membuatmu tenang
Apa yang membuatmu bahagia

Kata hati
sujudmu kepada Yang Esa membuatku tenang
ingatanmu pada-Nya membuatku bahagia

Ku tanya pada hati
Apakah itu sahaja segalanya?

Kata hati
Dia adalah segalanya
telah diaturkan dunia dengan peraturannya
telah didekatkan kau pada sisiNya
berdoalah tanda kau memerlukan Dia
bersyukurlah tanda kau menghargaiNya
bersembahyang lah tanda kau setia padaNya

Kata hati lagi
usah kau ragu pada takdirNya
usah kau alpa pada nikmatNya
usah kau benci pada dugaanNya
usah kau cerca pada ketentuanNya

Kataku pada hati
aku insaf
aku sesal
akan kupeliharamu hingga ke akhir hayatku
dengan penuh ketakwaan padaNya
agar kau dapat kembali padaNya
sesuci kau dilahirkan ke dunia.........