Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Hati yang tersentuh

Assalamulaikum w.b.t.......

Alhamdulillah....kita dah meniti bulan Disember 2012.....alhamdulillah kita masih bernyawa di saat ini.......belajar mengucapkan alhamdulillah.....segala puji bagi Allah....atas segala kurniaan-Nya.....Ya, saya katakan saya sedang belajar mengucapkan, membiasakan hati dan lidah mengucapkan alhamdulillah selepas melepasi sesuatu perkara..........salahkah saya turut mengajak anda membiasakan diri mengucapkan alhamdulillah....walaupun mungkin anda dah lama membiasakannya?Saya sebagai manusia memang sering lupa dan lalai dalam melalui kehidupan...tapi ini bukan bermakna saya tidak pernah mengucapkan syukur @ alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya....membiasakan diri mengucapkan alhamdulillah maksud saya adalah seperti........cth:.selepas sampai ke pejabat dengan selamat, selepas selesai mandi, bangun daripada tidur, selepas selesai memasak, selepas dapat shopping, selepas dapat gaji............mengucapkan alhamdulillah kepada perkara2 yg saya rasa ramai manusia terlupa untuk ucapkannya................adakah saya terlalu jahil dalam hal ini??

Saya berzodiak Cancer, which shows that I am very emotional person.....ya, saya memang seorang yg beremosi.....

Menjadi manusia yang lebih baik adalah impian semua orang Islam.....kdg2 saya menonton rancangan2 keagamaan di kaca tv......apabila anda menonton rancangan yang dibarisi dengan host dan panel bergelar ustaz @ ustazah, what do you expect them to talk about?tentulah satu kebenaran kan.....kecuali jika anda anti kepada ustaz tersebut atau anda lebih hebat daripada dia......maksudnya kalau dia seorang ustaz..mungkin anda bergelar ulama'........apabila saya menonton sesuatu rancangan bercorak keagamaan sudah tentu saya ingin mengetahui apa yang mereka sampaikan dan seterusnya menambah ilmu pengetahuan saya dalam sesuatu hal........

Suatu malam saya menonton rancangan Halaqah di TV9 dengan tajuk Doa...panel yang dijemput adalah Ustaz Muhammad Kazim Alias.....host adalah Ust. Badli Shah..........Dalam kata2 aluan, host ada menyebut tentang saat Allah menciptakan bumi dan bumi bergoyang tidak stabil.......anda boleh saksikan disini. Berlaku dialog begini di dalam penceritaan ttg saat bumi diciptakan:

 "Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.
"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..(Hadis Qudsi).
Hadis tersebut bukannya menunjukkan kelemahan Allah dalam penciptaan bumi...tapi menunjukkan kehebatan-Nya dalam mencipta bumi. Bumi adalah tempat untuk manusia melakukan kebaikan dan menggunakan segala yang Allah anugerahkan....gunung, air, angin, api semuanya sangat berguna kepada manusia.......Allah mahu kita semua bersyukur dengan kurniaan-Nya.....Allah tak mahu kita hidup di bumi yang kosong..Allah lengkapkan bumi dengan segala benda yang berguna.....dan keutamaan hadis ini adalah untuk menjelaskan bahawa DOA itu sangat penting dalam kehidupan manusia...ia adalah perantara antara manusia dan Tuhan mereka.......Allah itu Maha Mengasihani....dan Allah sentiasa memakbulkan doa hamba2-Nya......
Hadis tersebut seperti menyuntik semangat saya untuk terus berdoa dengan bersungguh-sungguh....tambahan pula saya sedang melalui kekaburan ttg hala tuju hidup saya......lalu saya berkongsi ttg hadis tesebut di facebook melalui artikel iluvislam di sini. 
Namun saya bersedih apabila ada umat Islam mempersoalkan kesahihan hadis tersebut...seolah-olah dia lebih berilmu daripada orang yang menulis dan menyebarkan hadis tersebut.......tapi siapalah saya untuk menegur dia....semoga Allah berikan dia petunjuk dan hidayah.....

Friday, November 4, 2011

Wei,bayar la!

Assalamualaikum w.b.t....

Harini ade berita kurang baik untuk didengari........walaubagaimanapun masih bersyukur semuanya dalam keadaan selamat..........

Anak buahku dilanggar lari.............biasa la naik motor..........berhenti sebab lampu trefik light tu merah(ikut peraturan lah katakan)......tapi tak semena2 kereta dari belakang laju dan terus melanggar anak buahku....maka tergolek2 lah dia di tengah2 jalan..(ini melalui cerita dari saksi kejadian)......kesian......syukur tuhan panjangkan umur dia....di bawa oleh ambulans ke HB seremban.......keadaan anggota badan yg lain ok....cuma tangan kanan patah.........so kena lah simen........tapi.....ni yg maleh nak cakap ni....kalo dh kerajaan tu kan........tgn dh bersimen tp darah masih meleleh2.....ape kes?...so bwk klinik swasta....doktor cakap simen tu kena bukak balik....sebab tak cuci betul n actually ada lubang kt tangan tu........then syukurlah my sis ade insurans kan.....so bwk ler ke hospital swasta pulak.......at this time...dh ok la........cuma kena la tgu smpai esok kot baru leh keluar..........

Saya cuma terfikir kalau lah sy xcident cmtu....kt mane lah tempat bergantung.....terbayanglah pulak kt insurans yg dh lama tak bayar tu.....hehe....wei,bayarlah!!















Tuesday, November 9, 2010

Budaya "Orang Dalam"

Setuju atau tidak budaya orang dalam di negara kita semakin berleluasa sehingga boleh dianggap sebagai 'budaya'??orang dalam bermaksud orang yang kita kenali atau ada bau2 bacang atau pun bau2 kentut dgn anda mahupun dgn org2 yg anda kenali yg berada di sesuatu tempat yang mempunyai pengaruh kepada masyarakat,,,,biase nye dikaitkan dgn proses mendapatkan kerja atau tender atau ape2 jer la,,,yg penting kalau kau ade org dalam kau tk payah beratur panjang tunggu giliran!kalau nak tau maksud yg sebenar korang cek lah kt kamus Dewan Bahasa(kalo ade).....

kalo bab kerja ni,mmg sensitif pada diri saya....kalo lah tau ade org dapat kerja dgn menggunakan org dalam gua mmg hanginnnn,,,,,dah la gunakan jalan mudah lepas tu kerja lak hampeh!boleh tak kau bayangkan perasaan org yg mintak kerja beratus2 kali tapi resume pun tk ditengok oleh syarikat semata2 dia dah ade org untuk jawatan2 tertentu,,,,tak mustahil nak jadi "tea lady" sekarang ni pun kena pakai org dalam!!kalau mcm ni la kan,tak mustahil juga kaum keluarga suku sakat bagai bekerja di tempat yg sama,,,,tolong lah wei,sampai biler nak ade org dalam ni?lain lah kalau syarikat tu kau yg punya,sukati kau la nk amik sape bekeje.......tlg lah kesian kt org yg betul2 berusaha nak dapatkan kerja......huhu,,,,,kes2 biase,bapak tolong anak,ok la tu,,,pakcik tolong anak sedara,ade gak kawan tolong kawan (kawan baik la tu..),bos kakak kau tolong anak jiran kau pun boleh gak,,,,,,,,tp yg pelik nape org dalam tu senang nak  tolong eh?mmg nak tolong atau nak tunjuk yg dia berkuasa??i'm still confius,,,,tp takper lah kan,,rezki masing2,,,,kadang2 kita kehilangan sesuatu semudah kita mendapatkannya,,,,tp kepada sesiapa yg dah berjaya mendapatkan khidmat org dalam tu,buat lah kerja dgn sebaik2 nya,,,itu adalah amanah,kalau tidak dgn izinNya tak mungkin akan dapat kan,,,hmmm....

itu pasal kerja,,,,kalo org sakit nak dapatkan rawatan kat hospital pun kena gak khidmat org dalam,,,,,kalau kau tkde org dalam,walopun ko ade surat appointment dengan doktor pakar pada jam 9 pagi,kau cuma akan dapat jumpa doktor pada pukul 11 pagi sebab ko pun akan diberikan nombor giliran sama dgn org2 lain yg takde surat appoitment....tk payah buat2 tanya "saya ade surat appointment,kena pakai nombor gak ke?"....jgn tanya cmtu!!apabila giliran kau smpai,mmg kt luar bilik doktor tu dia tulis "doktor pakar" tapi bila kau masuk dalam,disebabkan ko tkde "org dalam" maka yg menyambut kau adelah doktor2 pelatih,,,,,semuanya panggil kau "kakak".......dan adik2 itu akan tanya macam2 solan dan ade byk bunyi "erm.erm" sebab memikirkan nak tanya ape lagi smbil buat mimik2 muka yg tak biase dilihat pada seorang doktor pakar...........disebabkan kau tak guna org dalam juga,maka kau akan kena keluar masuk bilik doktor beberapa kali,,,sebab doktor2 pelatih tu kena pulak berbincang semula dgn doktor pakar.....last2 sekali baru ko akan dipertemukan dgn doktor pakar yg kau ingin sekali berjumpa,,,,,tanpa byk soal,doktor tu cek kejap pastu terus confirmkan rawatan......huhu,,,kalau mcm tu dari awal kan senang2,,,,,,,,,itu bezanya kalau ade org dalam,,,,,,lainkali pakai org dalam,,,,nnti kau akan diberikan layanan istimewa walopun "org dalam" itu cuma bos kepada kakak kau!!walaupun ko tak kenal dan tk pernah jumpa ngan org tu,rezki jgn ditolak ok,,,sebab itu adalah budaya,,,,huh!

Sunday, July 25, 2010

Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.