Assalamualaikum w.b.t......:)
Pada zaman Nabi Isa a.s,kemiskinan dan kebuluran berleluasa kerana Palestin diperintah dengan zalim oleh tentera Rom. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan makanan dan menangani kemiskinan. Ada ibu yang terpaksa menjual anak demi sesuap makanan. Pelacuran juga semakin berleluasa demi mendapatkan makanan.Kaum lelaki ramai yang menghilangkan diri.Maka tinggallah kaum wanita untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak dalam suasana yang sukar. Hanya ketabahan dan keyakinan penguat semangat mereka.
Suatu ketika,seorang wanita muda melangkah dengan lemah.Dia sangat lapar dan haus. Dia menawarkan diri kepada sesiapa sahaja,walau dengan harga yang murah,hanya untuk membeli makanan. Apabila ia lalu di jalanan,semua orang menjauhkan diri.Mereka mengejeknya.Mereka jijik melihatnya. Namun,dia tidak peduli.Dia sudah biasa dihina.Penghinaan masyarakat menjadikannya tabah.
Wanita muda itu terus berjalan.Tenaganya semakin leah.Dadanya semakin sesak.Perutnya semakin berbunyi.Tekaknya juga sudah kering.Terik mentari semakin membakar tubuh namun dia tidak berhenti.
Dalam pandangannya yang samar-samar melalui kepulan debu, dia ternampak sebuah perigi di pinggir sebuah desa.Hatinya berbunga-bunga.Dia lantas mendekati perigi itu dan duduk di tepi perigi yang semak itu.
Wanita muda itu menjenguk ke dalam perigi.Rupa-rupanya air perigi tidak dalam.Hanya ada sedikit air sahaja di dasar perigi tersebut.Bagaimana aku hendak mengambil air itu?Sudahla perigi curam,fikirnya.Dia duduk sambil berfikir.
Selepas itu dia mendapat idea.Dia membuka tali yang mengikat perutnya.Dia juga membuka sebelah kasut buruknya.Kemudian dia mengikat kasutnya dengan tali tersebut.Perlahan-lahan,kasut itu dihulur ke dalam perigi.Dengan berhati-hati,dia mencedok air yang cetek di dalam perigi tersebut.Dengan segala susah payah,akhirnya adalah juga sedikit air masuk ke kasut buruknya itu.Dia menarik kasutnya naik dengan penuh waspada.Air yang sedikit itu sahajalah boleh dibuat penghilang dahaga.
Tiba-tiba dia berasa bajunya ditarik-tarik dari belakang.Ketika dia menoleh,dia melihat seekor anjing yang terjulur lidahnya.Anjing itu juga sedang haus.Wanita itu serba salah.Tekaknya telah terbakar kehausan sedangkan anjing itu juga begitu.
Wanita itu sudah berkira-kira hendak meminum air itu tetapi tidak sempat kerana melihat rintihan si anjing.Dia berasa kasihan lalu menghulurkan air itu kepada anjing itu.Anjing itu pun meminum air itu hingga habis.Tiba-tiba wanita itu jatuh terkulai dan meninggal dunia.
Para malaikat turun ke bumi.Malaikat Atid sibuk mencatat manakala malaikat Malik dan Ridwan saling berebut sama ada mahu membawa wanita itu ke syurga atau ke neraka.Akhirnya persoalan itu dipersembahkan kepada Yang Maha Esa.
"Ya Allah...sudah semestinya pelacur itu mendapat seksaan di neraka kerana sepanjang hidup dia menentang laranganMu,"kata malaikat Malik.
"Tidak!"bantah malaikat Ridwan.
"Ya Allah...bukankah hambaMu itu ikhlas membantu anjing yang kehausan sedangkan dia sendiri sangat haus?"kata malaikat Ridwan.
Allah lalu berfirman:"Kamu benar wahai Ridwan.Wanita itu telah menebus dosanya dengan mengorbankan nyawa sendiri demi makhlukKu yang lain.Bawalah dia ke syurga.Aku meredhainya...
Malikat Ridwan berasa gembira.Dia pun membawa wanita itu ke syurga.Lalu bergemalah suara takbir.Para malaikat berbaris memberi hormat kepada wanita itu.
*Ada pelbagai sebab yang tidak kita ketahui yang membolehkan seseorang itu dapat masuk syurga.Hanya Allah yang berhak menentukannya.Jangan memandang hina kepada manusia lain jika anda yakin anda kaya dengan pahala.Jika kita berasa lega kerana tidak pernah melakukan walau satu dosa,maka hendaklah kita khuatir dengan sifat ujub@kesombongan.
Sumber:KeranaMu aku berubah:Ruhana Zaki....:)
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment