Wednesday, January 26, 2011

Cinta itu penguat jiwa

Assalamualaikum w.b.t......

Sungguh indah cuaca pada pagi ini....erk,,,bukan hujan ke sekarang?ye la...hujan pun indah,,,,,sejukkk jer...syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih dipanjangkan usia pada ketika ini...tidak kira apa yang sudah berlaku semalam...yang pahit usah dikenang,yang manis tak usah dipanjangkan angan....kehidupan kita adalah tentang hari ini....yang semalam sudah berlalu,yang esok belum tentu akan berlaku.....jadi bersyukurlah kita masih hidup pada hari ini...inilah peluang kita menebus dosa semalam,,,,

Berbicara(???) tentang cinta.....saya(???) tidak pernah bercinta tapi nak cerita tentang cinta....kenapa ada perkataan yang dikurungkan dengan tanda soal seperti ini(???)....sebenarnya itu adalah merujuk kepada perkataan2 yang tidak pernah saya lontarkan ketika bersama2 dengan orang terdekat mahupun kawan2.......ini bermakna kalau kawan2 atau orang terdekat terbaca,nescaya muntahlah mereka...huahuahua......

Ok, berbalik kepada cinta...kuasa cinta.....cinta boleh mengubah segalanya....yang hitam boleh menjadi putih,yang pendek boleh menjadi tinggi,yang sedih boleh gembira,yang kaku boleh bergerak,yang sunyi boleh terisi dan sebagainya......orang sebelum menemui cinta muka kelat macam cuka,bila dah bercinta muka berseri2 macam kuih seri muka,,,,(nyummmyyy sedapnya kuih).......dan apabila cinta terkubur,maka lenyaplah seri,muka pun jadi bertambah kelat mengalahkan cuka getah...nampak kah akan kita kuasa cinta?

Sebenarnya apabila bercinta,hidup kita lebih bermakna......dengan kehadiran seseorang yang kita anggap belahan jiwa berada di sisi kita,hidup akan menjadi lebih positif...setiap apa yang kita lakukan sudah pasti mendapat sokongan daripada belahan jiwa itu.....atau pun setiap kesilapan yang kita lakukan pasti senang mendapat teguran,seterusnya kita dapat menjadi seseorang yang lebih baik dengan tindakan2 yang positif......dalam sesuatu situasi seperti sakit yang kritikal,,,tiada apa yang seseorang pesakit perlukan kecuali cinta dan kasih sayang daripada manusia lain....ketika dunia kelihatan gelap gelita,,,cintalah yang mampu menerangkannya kembali,,,,,biar hidup dikatakan singkat,namun dengan cinta segalanya terasa lama.......hebat sungguh kuasa cinta,,,dan bertuahlah bagi mereka yang dicintai..........

Walaupun begitu,,,,usah risau bagi insan yang belum berpunya....cinta bukan hanya dapat diperoleh daripada seseorang yang berlainan jantina yang kita panggil "kekasih"....namun cinta juga kita kecapi daripada kedua orang tua,adik beradik,kawan2 mahupun sedara mara......cinta juga diperluaskan maksudnya sebagai nilai kasih sayang dan kesediaan orang lain untuk berada di samping kita saat kita memerlukan............

Namun,kita sering lupa sebenarnya......cinta yang utama harus diberikan kepada Yang Maha Pencipta........cinta manusia yang terkubur di tengah jalan bisa(???) membuatkan hati menjadi tidak tenteram dan ada juga yang gila....tetapi cinta kepada Maha Pencipta tidak akan pernah pudar selagi kita memberikan yang terbaik untukNya........"Cintailah Allah,nescaya Dia akan membuatkan seluruh dunia mencintai anda".......jadi apa lagi yang kita perlukan?Renung2 kan....

Wallahualam.....

p/s:Bukan jiwang karat,,,,,tapi jiwa berkarat.......:)

No comments:

Post a Comment