Monday, February 22, 2010

Bagi pihak Gadis Itu

bacalah,,,


Wahai saudara,
Andai dirimu punya hati dan perasaan cinta dan sayang terhadap seorang gadis,kau pergilah mendekatinya.Bukan hanya mendekati jasadnya tetapi hatinya.Ko sucikanlah jiwamu agar si gadis dapat merasakan getaran jiwamu ketika kau berjauhan dengannya.

Wahai saudara,
Ketika hati si gadis turut punya perasaan sayang terhadapmu,ko luahkanlah cintamu terhadapnya agar dia tidak ragu akan perasaan yang membelenggu hatinya.Janganlah ko pergi dan lari sekuat hatimu di saat kasih sayangmu terhadapnya berbalas.Kasihanilah dia.

Wahai saudara,
Jika sebaliknya berlaku,andai dia tidak punya perasaan terhadapmu,kau redha lah....Andai kau terlalu mencintainya,kau berdoalah agar terbuka pintu hatinya menerimamu.Kau perbaikilah dirimu agar menjadi kesukaannya.

Namun Wahai saudara,
Janganlah ko berdendam padanya. Janganlah ko memilih jalan hitam untuk meluahkan dendammu terhadapnya.Kasihani lah dia.Janganlah kau tutup seri wajahnya daripada pandangan lelaki lain selainmu. Janganlah ko matikan jiwa raganya daripada perasaan kasih dan sayang. terhadap insan sejantina denganmu. Kasihanilah dia.Andai kegagalan percintaan sering menghantuimu,janganlah ko mengharapkan dia juga merasainya.Dia berhak memilih kehidupannya.Kasihani lah dia.

Wahai saudara,
Andai kau sedang berbahagia,bersyukurlah ke hadrat Illahi kerana kau telah menemui kehidupanmu.Dan kau berdoalah akan kebahagiaan si dia.Manakan tau,perbuatanmu mengundang kepada pahala yang besar disisiNya....

Wahai saudara,
Hentikanlah perbuatan terkutuk itu andai benar kau melakukannya atas niat hitammu.Kerna mungkin dia sedang menderita tanpa mengetahui insan yang membuat onar terhadapnya adalah dirimu,,,,yang pernah menyayanginya suatu ketika dahulu,,,,,Kasihanilah dia...

No comments:

Post a Comment