Seorang sufi pernah mengatakan ketika ujian datang janganlah berdoa kepada Tuhan supaya ujian itu berlalu tetapi berdoalah,"Wahai Maha Pencipta,berilah kekuatan kepadaku untuk melalui dan menghadapi ujian ini".....(Parlindungan Marpaung).....
Semua manusia hanya inginkan yang indah2,yg mudah2,yg senang lenang untuk kehidupan ini.Apabila ditimpa musibah hampir semua manusia berputus asa,sedih dan kecewa dengan nasib yang diterima.
Seringkali manusia menghamparkan sejadah yg selama ini terperap di dalam rumah apabila menghadapi kesusahan,ketengangan dan kecelaruan.How's selfish we are.....ketika senang kita hanya mengambil beberapa minit duduk di tikar sembahyang dengan alasan ada banyak perkara yg perlu diselesaikan.Namun ketika susah,kita sanggup bertafakur berjam2 lamanya memohon agar Tuhan memudahkan urusan kita di dunia.Ketika itu berderai-derai lah airmata menyesali dosa2 lampau yg kalau diikutkan sudah terlambat mahu diampunkan.......Tetapi Tuhan Maha Penyayang dan Maha Mengampuni hamba2Nya.....dan kerana itu kita diberi peluang berkali2..............dan kita seringkali terlupa dengan peluang yg diberikan.....
Ujian yang datang ibarat asam garam dalam hidup kita.Tanpa dugaan tidak berertilah kehidupan di dunia ini.Kerana itu kita perlu bersyukur dengan dugaan yg datang sebab dugaan itulah yg mematangkan kita,menguatkan kita........
Pelbagai cara juga digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan masalah masing2....yg negatif dan yg positif......tetapi pada kita ketika itu semuanya adalah positif....demi untuk menyelamatkan diri kita sendiri.....namun adalah lebih baik mengeluarkan kembali sejadah kita yg sudah lama berhabuk daripada kita mengambil tindakan yg negatif seperti mengambil dadah,kelab malam mahupun membunuh diri..........
Pandangan mata perlu luas......kehidupan perlu diteruskan...mmg tidak ada tempat di dunia ini yg tidak memerlukan kita bersusah payah mencapai kejayaan....kecuali kubur.....tapi itu sudah lebih terlambat....kalau kita tidak percaya tentang kehidupan yg berkekalan,pasti kita hanya mahu mati di dunia sahaja....
Sebagai manusia bertamadun dan mempunyai akal yg waras sudah pasti kita inginkan kehidupan sejahtera di dunia dan akhirat.Oleh itu usahlah kita jatuh tersembam kerana kalah dengan ujian.Pohonlah kekuatan iman daripadanNya......insyaallah kita berjaya mengatasi segala rintangan di dalam hidup kita....
er, alhamdulillah, post ni bagi kesedaran pada sy supaya tak mudah putus asa dgn sngnye..mmg skrg trase sgt down, hampir putus asa..
ReplyDelete