Bangun pagi tadi dikejutkan dengan bunyi te kur kur.....te kur kur......jadi saya anggap bunyi itu daripada burung tekukur....mungkin namanya diambil sempena bunyinya.........sangat indah bunyinya.......mata yang seperti dipaksa2 tidur kembali kerana cuaca yang sangat sejuk tidak mampu terpejam kerana telinga menangkap pelbagai bunyi di luar kediaman.....bunyi burung berkicau riang seperti sedang berbincang ke mana arah hendak dituju untuk mencari rezeki...ataupun mungkin mereka sedang seronok menikmati sarapan pagi......bunyi ayam jantan berkokok tegas menandakan hari sudah pagi....bunyi unggas2 berlagu riang.................dan ditambah dengan bunyi kucing yg meminta diberi makan.........................sangat indah bunyi-bunyian tersebut.....
terfikir sejenak sampai bila nikmat itu dapat saya kecapi.......sudah bersediakah andai nikmat mendengar ditarik kembali.nikmat tidur disentap dan usia bertemu noktah.......sebagai manusia hendaklah kita bersyukur sentiasa dengan segala nikmat yang kita terima daripada Illahi.....nikmat itu bukan hanya pada kejayaan dan kebendaan....tetapi nikmat yang paling besar adalah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah yang luas dengan fizikal yang sihat....masih diberi peluang oleh Allah untuk berubah ke arah yang lebih baik,masih diberi peluang untuk menyucikan hati yang legam....agar dapat kita kembali kepadaNya sesuci kita dilahirkan di dunia.............
dunia bukan pentas sandiwara bagi mereka yang beriman kepada Allah.......tetapi dunia adalah tempat kita mengumpul segala amalan yang baik bagi menyelamatkan diri kita dari terjerumus ke lembah api neraka....dan syurga adalah destinasi kita.........Mohonlah kepada Allah supaya kita tidak leka dengan keseronokan dunia,sentiasalah meminta perlindungan daripadaNya,dan mohonlah kesejahteraan hidup daripadaNya........Dia Maha Pemberi......adat orang menerima,usahlah takbur dengan apa yang kita ada......semua itu adalah "pemberian" atas dasar "belas-kasihan"..............bersyukurlah dan gunakanlah apa yang kita ada ke arah jalan yang diredhaiNya...............ungkapkan alhamdulillah biar pun untuk sekali nafas yang yang kau hirup,sekelip mata yang kau kerdip,sedetik masa yang kau lalui mahupun untuk sedikit kesakitan yang terpaksa kau tanggung..............alhamdulillah..............
No comments:
Post a Comment