Assalamualaikum w.b.t.....:)
Salam hijrah daripada hamba yang hina ini....hijrah...seringkali kita terlupa ttg tahun hijriah mengikut kalendar Islam.....tahun yg ke berapa?1432H.........kenapa umat Islam sendiri pun boleh terlupa?....betapa bijak dan arif2nya mereka2 yg sememangnya mahu menyesatkan kita,,,,,nauzubillah......
Permulaan perkiraan tahun Hijriah telah bermula sejak pemerintahaan Saidina Umar Al -Khatab...Umar r.a telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam iaitu peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah..
Dalam Takwim Hijrah...terdapat 12 bulan.....Muharam,Safar,Rabiulawal,Rabiulakhir,Jamadilawal,Jamadiakhir,Rejab,Syaaban,Ramadhan,Syawal,Zulkaedah Zulhijjah.....Setiap bulan ada 29 atau 30 hari...hari pertama setiap bulan ditentukan apabila anak bulan kelihatan ketika matahari terbenam.....Bilangan hari adalah kira2 354.....
Pada tahun kesembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah:36-37
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah...Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.
Perbezaan takwim hijrah dengan kalendar kristian adalah perkiraan bulan dikira mengikut peredaran matahari......bilangan hari pula adalah 365 hari....tidak dapat tidak kita terpaksa mengikut kalendar kristian untuk menyelaraskan putaran hidup di bumi......kecuali apabila ada orang Islam yg berkuasa dan mampu untuk mengubah kalendar kepada takwim Islam untuk diikuti oleh seluruh dunia........berasaskan pengaruh Barat,masyarakat Islam nampaknya semakin terpengaruh hinggakan hampir terlupa ttg kehebatan ilmuan Islam berbanding ilmuan Barat........ kita juga seolah2 faham apabila kita terlupa ttg tahun hijrah ke berapa.....jatuh pada bulan mana,,,,,namun kita harus bersyukur apabila masih ada insan2 yang berusaha untuk mengingatkan diri kita yg sering lalai dan hanyut dalam arus Barat............maka hendaklah kita tetapkan dalam diri kita untuk terus memelihara kesucian Islam daripada terus hilang dan hancur ditelan budaya Barat.........Islam itu Agama yang Hebat!!
Sumber:Wikipedia
No comments:
Post a Comment