Biarlah saya memulakan perenggan ini dengan "cinta"....(poyo jer)...cinta yang difokuskan adalah cinta antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim.....di dunia yg serba canggih ni kdg2 terdapat segelintir manusia yg menggunakan cara yg kuno tp mungkin berkesan untuk meraih cinta sesorang....dengan itu tidak dinafikan ramai manusia yg menjadi mangsa sihir dan sebagainya.......sihir yg dimaksudkan adalah yg menggunakan cth: angin, makanan, minyak dagu dan lain2........(jgn tak percaya, ada lg orang guna minyak dagu tau....cmne dia dapat....pegi bakar dagu org yg dah mati,amik minyak dia,,,huhu keji...).
Alhamdulillah mlm tadi sempat menonton rancangan Semanis Kurma TV9..(i love TV9...hehehehe)...tajuk nya adalah Sihir Cinta 2........dulu Sihir Cinta....atas permintaan ramai, diorang buat pulak Sihir Cinta 2......panel undangan adalah ustaz Fauzi Mustafa......(ala ustaz Al-Kuliyyah TV3 tu...)..
Memang byk tips yang dikongsikan untuk mengelakkan sihir, melayan org yg terkena sihir, tanda2 disihir, dan tanda2 seseorang bomoh menggunakan jampi yg tak betul untuk mengubat penyakit...jadi boleh ditonton semula di tonton.com.my.....
Perkara yang senang yg boleh kita amalkan untuk megelakkan sihir adalah mengikut sunnah Nabi iaitu membaca surah 3 qul sebelum tidur....3 qul yg dimaksudkan adalah Surah Al-falaq, An-Nas dan Al-Ikhlas.....baca tadah tangan, hembus di tangan dan sapukan tangan di seluruh badan.oopps sebelum tu baring atas tempat tidur dengan kaki diluruskan (terlentang)...ok ulang 3 kali dan amalkan sebelum tidur dan juga ketika bangun daripada tidur..........
Antara doa yg dikongsikan dalam rancangan tersebut adalah Surah Al-Mukminun ayat 97-98, Surah Al- A'raf ayat 126 dan Surah Hud ayat 88(boleh juga dilihat di fb Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood).....
No comments:
Post a Comment