Friday, October 31, 2014

Peristiwa memalukan


Assalamualaikum w.b.t...

Salam Jumaat semua...;)

Ceritanya berbunyi begini..(tiba2 intro kan...haha)

Pergi kedai runcit...ambil itu ambil ini...(bunyi mcam byk kan...tapi sikit je sebenarnya)..salah satu daripada barang tersebut adalah setin susu cair (jenama takleh sebut nnti diorang offer jadi duta pulak, perasan)...

Dah ambil semua barang, terus letak kat kaunter...ada sorang kanak2 dgn mak dia....kanak2 tu mnyanyi2 lagu orang dewasa...saya terpesona dan leka tgk dia....bila mak kanak2 tu dah byr barang, saya pun bayar pulak barang2 saya...then dah byr, dh ambil balance, terus bawak barang (dgn plastik) kiri kanan. Tengah2 berjalan tu terasa ada barang yang dikepitkan kat pinggang.....konpius sekejap...apa benda yang terkepit ni? Nak kata kepit purse, rasanya bwk handbag.....dalam hati berdebar2, sungguh misteri...

Terus capai barang tersebut dan tengok sambil berkata..."eh, susu!!eh, dah byr ke belum ni???Hahaha....Patah balik ke kedai then tanya mamat tu..."eh, ni saya dh byr belum eh?"...Selamba mamat tu jawab.."belum"....So I guess mamat ni dah perasan dari tadi lagi...maybe dia malu nak tuduh saya 'mencuri' kot....haha...cepat2 saya cakap..."sorry2...saya terpegang tadi"...

Aduh...tersengih2 I masuk dalam kereta sensorang, sambil berfikir bagaimanakah peristiwa sebegini boleh terjadi...bila masa entah capai susu dan kepit....haha....

Saturday, October 11, 2014

Redha

Assalamualaikum w.b.t....

Happy Saturday....

Hmm saya sangat menyokong pendapat di bawah:


Apabila hati berdamai dengan takdir barulah fikiran stabil menyusun tadbir... Terima dulu hakikat kita patut diuji, barulah berusaha untuk mengatasi ujian itu! -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
sumber: Facebook ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Konsepnya adalah REDHA.

Rezeki daripada Allah itu datangnya bila-bila masa, begitu juga dengan ujian daripadaNya untuk kita...Tanpa sedar kita sebenarnya tak meminta pun dengan semua rezeki yang kita dapat, jadi tak adil kah Dia apabila menurunkan ujian yang kita tak pernah minta?Fikir2 kan.....

Apabila kita beriman kepada qada' dan qadar, hati akan menjadi tenang. Kita perlu redha dengan semua takdir Allah. Apabila kita redha, fikiran kita akan tenang dan ketika itu baru lah kita menemui jalan keluar kepada segala masalah yang kita hadapi. Mencari jalan keluar tidak semestinya bermaksud kita akan menjumpai penyelesaiannya, tapi ia adalah suatu usaha untuk kita mencapai apa yang kita hajati.

Berbanding dengan apabila kita tidak redha, hati menjadi tidak tenang, tidur tidak lena malah kesihatan juga akan terjejas. Kesihatan bukan hanya dari segi fizikal malah mental dan juga emosi.

Ketika kita ditimpa ujian, jangan lah kita berputus asa. Hanya kepada Allah lah tempat kita meminta dan mengadu. Jangan berharap kepada manusia kerana naluri manusia itu pun Allah yang tentukan. Berdoalah kepada Allah agar hati tidak menjadi kufur dengan nikmatNya.

Apabila kita redha menerima takdir, kita akan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan kerana kita yakin ada sesuatu yang Allah sudah persiapkan untuk kita. Tugas kita adalah untuk mencari dan mencari. Setiap tindakan kita juga Allah yang tentukan. Dengan setiap izinnya untuk kita melalui pengalaman demi pengalaman pasti ada hikmahnya. Konsepnya mudah kan, iaitu Redha.

Allah itu tidak kejam tapi Dia Maha Penyayang. Dia tidak akan biarkan kita bersendirian menempuh kehidupan ini. Ujian yang diturunkan adalah untuk meningkatkan iman kita dan mendekatkan kita kepadaNya. Yakinlah dengan janji Allah.




Tuesday, October 7, 2014

Ubat demam

Assalamualaikum w.b.t...

Lately selalu rasa macam nak demam....rase2 nak demam tapi demam tak jadi...batuk selsema, badan rasa panas2 tapi takde sakit kepala.....my demam definition is bdn panas+sakit kepala........so kalo kepala tak sakit tapi badan panas dan batuk2, maka belum demam lah tu....tapi risau gak la kan, sekarang ni kan musim denggi yg tak habis2....jgn la kena denggi pulak,,,,

Hari ni (tapi sejak semalam), tekak rasa ada lendir2 (eee yekkkk,,sori..), nak batuk tak jadi...tibe2 rasa nak muntah sebab lendir tu statik di kerongkong, tak boleh nak dikeluarkan....hhmmm......hidung dah rasa panas2 gak, tanda nak selsema.....so dah telah 3 sudu ubat batuk dengan sebiji panadol soluble.....nak rehat..nak tido...tapi mata tak boleh lelap.....hmmm...sangat tak selesa...huhu

bulan lepas pun ada rasa macam ni tapi lebih teruk la.....namun belum demam gak la masa tu...cuma ada rasa tak larat nak bangun....tapi digagahkan juga...terus pergi beli jus tembikai suam...takde selera nak makan nasi....habis je minum, baring sekejap, terus muntah.......lepas muntah badan jadi sihat walafiat...hmm magic betul...alhamdulillah......

Harini rasa macam nak minum jus tembikai jugak la! ;)