Monday, October 25, 2021

Rentas Negeri 11 Oktober 2021

 Assalamualaikum semua....


Hai..kat mane tu...tengah bercuti ke...Hati2 ye bagi yg sedang bercuti di kawasan pantai, sungai dan air terjun musim2 hujan ni.......SOP juga jangan dilupa. Ia penting untuk diri kita sendiri juga...


Alhamdulillah, kerajaan Malaysia telah membenarkan rakyat untuk merentas negeri bermula pada 11 Oktober 2021 yang lalu. Seronok sungguh kan? Namun jangan terlalu gembira sehingga mengabaikan SOP. Jika bukan untuk diri kita, tolonglah fikirkan keselamtan orang2 yang kita sayangi seperti anak2 dan ibu bapa. Covid-19 masih ada dan akan berada dimana-mana atas izin Allah, kita kena belajar untuk berkongsi alam semesta ini dengan Covid-19. Kan?


Kami sekeluarga juga telah selamat pulang ke kampung di Negeri Sembilan pada 11 Oktober yang lalu. Alhamdulillah saya dapat berjumpa dengan ibu dan adik-beradik. Syukur semuanya sihat2. alhamdulillah. Sempatlah juga membawa ibu berjalan-jalan ke Pantai Pelindung, Kuantan Pahang. Agak jauh juga dari kampung halaman, 2 jam lebih juga perjalanan. Cantik tau Pantai Pelindung tu, korang kena pergi! Hehe.


5 hari bercuti di kampung rasa seperti tidak cukup. Semoga kami semua dikurniakan lagi kesempatan untuk pulang ke sana dan menziarah ibu serta adik-beradik yang lain.


Kepada yang belum sempat pulang ke kampung, take your time okay. Nanti bila dah ready, pulanglah dengan selamat. In shaa Allah...

Thursday, June 3, 2021

Jangan cakap kesian kat orang

 Assalamualaikum w.b.t

 

Hi uols...lamanya tak bersiaran. Kagum sangat dgn orang2 yg sentiasa ada idea yg fresh untuk menulis, tidak kira lah di blog mahupun di platform media sosial.  Tabik springggg untuk diorang.


So far macam mana dgn suasana PKP uols? seronok? Mungkin yang ada gaji tetap seronok lah kot. tapi yg bekerja sendiri macam mana? Owh sebelum tu just nak record kat sini yg Malaysia sedang berada dlm tempoh PKP 3 bermula 1 jun 2021 yg lalu. Semoga Covid-19 segera pergi dan nyah dari Malaysia.


Ok berbalik kpd tajuk hari ini, jangan cakap kesian kat orang. Rasanya saya pernah tulis jugak kot sebelum2 ni. Sebelum itu, ingin saya tekankan di sini, melalui berita2  di media massa terdapat ramai di antara kita semua yg sebenarnya mengalami masalah mental. Bukan gila, tetapi masalah berkaitan emosi akibat tekanan perasaan. Masalah utama kebanyakan orang adalah tidak dapat mengawal masalah/ujian yg dihadapi. Selain itu ia terjadi akibat terlalu lama memendam perasaan, tidak mahu bercerita/berkongsi perasaan dgn orang lain. Banyak juga berita yg kita tengok, ramai yg bunuh diri, malah menjadi pembunuh pula.


Apa kaitan perkataan kesian dalam hal ini? Maksud saya ia bermula di peringkat awal apabila ada kawan2 kita yg menghadapi masalah/tekanan atau sebagainya. Sebagai kawan, mereka akan bercerita kepada kita. Ramai kalangan kita akan ucapkan "kesian" kat kawan kita tu. 'Kesian" itu bagi saya adalah perkataan yg akan membunuh perasaan kwn korang. dia sedang menghadapi masalah, sedang bersedih, kenapa uls nak cakap 'kesian' kat dia? Kesiannya kau,,,,kesiannnn aku tengok kau. Tak ke macam mengejek tu??


Boleh tak, jangan cakap "kesian". Nanti kwn uols akan rasa bertambah sedih, rasa teruk sangat dgn apa yg dia alami. Boleh tak berada kat tempat dia? Ke uols mmg suka org ckp "kesian" kat uols kalau uols dalam kesusahan? For me, perkataan "kesian" tu seperti mengejek kekurangan orang lain. Dapat tak?


Sekiranya berhadapan dgn orang yg mempunyai masalah, bagi saya lebih baik uols mendoakan kesejahteraan hidup dia, puji kelebihan dia, minta dia bersyukur dgn apa yg dialami kerana pasti Allah akan memberikan sesuatu yg lebih baik lagi. cuba bantu dia dari segi kewangan (jika dia ada masalah wang) jika uols mampu, kerana duit juga merupakan perkara yg merisaukan org yg mengalami tekanan contohnya jika diberhentikan kerja dalam situasi sekarang.


Jika berkaitan kerja, kawan korang diberhentikan kerja dan sebagainya, lebih baik uols buka mata dia mungkin dia ada skill lain yg hebat yg boleh diketengahkan. Bantu dia bagaimana mahu bermula. Bagi dia semangat jika dia mahu bercerita. Bukannya condemn dia dgn perkataan "kesian". Dapat tak?


Perkara yg lebih penting lagi adalah, jangan pula bercerita tentang masalah kawan korang tadi kepada orang lain. Uols kena fikir maybe dia bercerita kat uols sebab dia rasa uols orang yg dia percayai. Jaga amanah tu, boleh?


Lagi satu, dalam memberi semangat kpd kawan uols, contoh nak cakap kelebihan dia. Jujurlah sikit. Jangan lah pula korang suruh kawan tu buat benda2 yg dia sendiri tak suka. contoh dia jahit seluar koyak pun tak pandai, korang pula cakap dia boleh jadi tukang jahit! Tak ke lagi stress kawan tu??


Dapat tak? sekian.



Thursday, February 25, 2021

Selamat Kembali ke Sekolah

 Assalamualaikum w.b.t


Seperti yg kita semua tahu, sesi persekolahan akan bermula pada bulan Mac 2021 nanti. So, selamat kembali ke sekolah lah wahai para pelajar. Cikgu2 pun nampak gayanya dah penat sangat tu menghadap laptop untuk online class...hehehe. Dah tak sabar nak face to face dgn student ye tak?


Vaksin Covid-19 pula dah pun selamat tiba di Malaysia, dgn suntikan pertama diberikan kepada PM Muhyiddin Yassin dan juga KP Kesihatan, Dr Noorhisyam. difahamkan setiap org akan diberikan 2 dos suntikan (selang berapa minggu kena check semula di FB MOH atau pun MKN). Semoga semua orang diberikan petunjuk dan hidayah untuk mengambil vaksin tersebut bagi melindungi diri sendiri dan orang lain seperti kanak2 dan org2 lanjut usia. Vaksin bukan faktor utama untuk melindungi diri drpd Covid-19, tetapi sebagai usaha untuk meningkatkan pertahanan badan kita menghalang keupayaan Covid-19 menyerang tubuh badan kita. Yang paling utama adalah kebergantungan kita kpd Allah. Usaha, doa dan Tawakal. Doa tanpa usaha ibarat menunggu emas jatuh dari langit untuk jadi kaya.


Ok, Sekian.



Sunday, January 24, 2021

Pendidikan Tahun 2021

 Assalamualaikum w.b.t


Agak lambat idea menulis tu sampai. Mood semuanya ke laut...hikhikhik

Apa perkembangan kes Covid-19 kini? MAsih lagi 4 angka. Semalam kes baru mencecah 4 ribu lebih. Semoga mereka2 yg terjangkit, dikurniakan kesembuhan dari Allah. Pada siapa lagi kita hendak berharap, hanya kepada Allah. Semoga frontliners juga diberikan kekuatan dan perlindungan dalam mengharungi cabaran pandemik ini.


Terlalu banyak kisah yg menyayat hati jika disingkap. Tapi mereka tidak menzahirkan secara terbuka. Semoga dipermudahkan urusan untuk semua.


Sekolah yg sepatutnya dibuka pada 21 Januari 2021, terus ditunda. Pembelajaran dari rumah dilaksanakan. Cabaran untuk ibu bapa pula untuk mengendalikan anak2 di rumah. Jika ibu bapa bekerja? Jika anak ramai? Gajet tak cukup? Masya Allah, hebatnya ibu bapa yg berada dalam situasi itu!


Saya memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah pada tahun ini. Anak saya berumur 5 tahun. Memandangkan saya bekerja di rumah, maka saya tekad dgn pilihan tu. Ketika tarikh pendaftaran sekolah dibuka haritu, pada waktu itu kes Covid-19 masih lagi beribu-ribu. Walopun para guru menyatakan sekolah tetap akan dibuka pada 21 January 2021, tetapi pada pendapat saya mereka pasti akan mengubah fikiran dan melaksanakan pembelajaran secara online di rumah. Berdasarkan pengalaman saya ber kelas online pada tahun lepas, saya sangat tidak berpuas hati, hahahaha. Mana taknya, kelas oleh guru 10-15 minit sahaja (ye la budak 4 tahun kan), 2-3 kali jer seminggu, selebihnya mak2 yg kena uruskan seperti suruh anak siapkan kerja yg cikgu bagi, menjayakan aktiviti yg cikgu cadangkan dan lain2. semuanya mak.  tapi yuran byr penuh. Kata cikgu tu, untuk menampung gaji cikgu! Tiada langsung pengurangan jumlah yuran. Sejak tahun lepas saya bercita-cita nak jadi org yg spontan melontarkan pendapat (hahahaha). saya nak ckp ttg ketidakpuashati saya terhadap guru itu (face to face or whatsapp), tapi saya masih lagi tak mampu. Hanya berkata-kata di blog sahaja. Hahahaha. Sampai sekarang cikgu tu taktau saya tak puashati. Saya cuma ckp ttg kerisauan nak hantar anak ke sekolah kerana kes Covid-19 masih tinggi (sebab masa tarikh pendaftran sekolah tu cikgu confident cakap pembelajaran akan dilaksanakan di sekolah). Semoga urusan anak2 lain dipermudahkan. Dan semoga guru2 sekolah tu dikurniakan petunjuk dan hidayah supaya mengambil kira keadaan ibu bapa yg mungkin terjejas pendapatan akibat pandemik ini, bukannya hanya mementingkan gaji cikgu! (saya tak marah, cuma tak puas hati,,,,sikit jer...hahahha)


Jadi, daripada saya terus bersangka buruk (hehehehe), lebih baik saya tidak mengambil risiko. Andai suatu hari nanti PKP habis, saya bercadang menhantar anak ke kelas membaca BM dan BI (form daftar dah ada, cuma belum hantar). dan seandainya saya perlu bekerja di pejabat maka saya bercadang untuk menghantar anak di tadika yg lain. In shaa Allah.


Anda pula bagaimana? Dapat melalui sistem pendidikan yg baru dgn senang hati? Semoga urusan kalian dipermudahkan. Aaminnn



Monday, December 7, 2020

7 Disember 2020 - dah boleh rentas negeri

 Assalamualaikum w.b.t

Hari ini 7 Disember 2020. Kerajaan telah pun mengumumkan bahawa rakyat malaysia dah boleh merentas negeri bermula hari ini kecuali kawasan yg telah diumumkan sbg kawasan PKPD.

Alhamdulillah. So dah boleh plan nk balik kampung dan g jenjalan. ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Anak sibuk nak g zoo. So we parents plan to go to melaka' zoo. But we not decided the time yet. Husband said need to wait for some time since the case of Covid-19 is still high.

There's only two plan - going to the zoo and balik kampung. How about you?

The rest we will spend our time at home! In shaa Allah...

Tuesday, October 20, 2020

PKPB Lembah Kelang

 Assalamualaikum w.b.t

Hi everyone. Hope all are well.

Harini mnggu ke dua sejak pkpb dilancarkan untuk kawasan selangor, kl dan putrajaya. Saya berada di selangor.

Terkilan vs sedih. Last week call mak cakap nk blk kampung, tibe2 ptg tu kerajaan umum pkpb di seluruh lembah kelang sehingga 28 oktober 2020. So call mak semula ckp tak jadi balik. Mak faham.

Actually kerajaan bgtau sehari/dua hari awal sblm tarikh pkpb (i think its was started on 14/10). So ramai jugak yg blk kg sblm 14hb tu. Ada yg hntar anak, ade yg nk duduk kg. Husband ckp kat TBS sesak. Ada jugak yg tak jadi balik kampung sebab tiket bas habis. Huh macam2.

Patutnya org2 yg dok lembah kelang janganlah blk kampung ataupun 'melarikan diri'. Ini kerana kawasan lembah kelang jumlah kes covid-19 agak tinggi. Sebab tu la kerajaan buat pkpb untuk kawal penularan penyakit ke negeri2 lain. Kita taktau mungkin kita adalah 'pembawa' penyakit tersebut.

Tapi kita taktau kan masalah org lain camne. Ade org laki bini kena kerja. Tapi taska n school tutup. So anak2 camne sape nk jaga. Mungkin boleh hntar kt rumah org/pengasuh tapi  akan melibatkan tambahan kos. 

Syukurlah mana yg bekerja dgn majikan yg mem praktikkan work from home. Boleh lah bekerja dari rumah sambil jaga anak. Pengalaman saya, walopun seronok xyah g opis, tapi tekanan bekerja dari rumah sangat tinggi. Ye la kan, nk buat keje lg, nak masak, nak jaga anak.ank pulak kacau kita buat kerja....huh stress!

Covid-19 ni banyak bagi pengajaran kat kita kan? Melatih kita banyakkan bersabar, hidup gaya baru malah cara bekerja pun diubah, tapi semuanya ke arah yg lebih baik.

Ternyata manusia tiada kuasa terhadap apa yg Allah takdirkan. Semuanya berlaku atas izinNya. Bilakah covid-19 akan berakhir? No one knows!!! Apakah ini cara Allah melenyapkan manusia di zaman kita? Hanya Allah yg tahu. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. In shaa Allah!


Wednesday, September 16, 2020

Terzahirnya kata-kata

 Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ni viral pasal video memaki orang oleh seorang influencer. Bermacam kata kesat dilemparkan kepada seseorang yg memberi komen dalam video live nya.

Bukan nak sentuh tentang influencer tu. Cuma nak sentuh tentang mudahnya kita melemparkan kata2 makian dan hinaan.

Saya rasa bukan sebab kita terpengaruh dgn org lain yg sering menggunakan kata2 tersebut. Tapi ia lahir daripada hati kita sendiri.

Faham tak maksud saya? 

Analoginya. Tekanan hidup menjadikan kita sering tidak tenang. Kita pendam. Sampai satu masa kita tidak tahan dgn perjalanan hidup kita sendiri. Kita scroll fb. Kita komen sana sini dgn kata2 kotor seiring dgn tekanan yg kita rasai. Kita jadi cepat marah. Sampai satu masa kita pantang ditegur. Dan terzahirlah kata2 buruk di mulut kita terhadap orang lain.

Semakin ramai org yg berhadapan dgn tekanan perasaan (pada pendapat saya), nau'zubillahi min zalik). Sangat bahaya jika kita terlalu memendam rasa. Kadang ade org nampak pendiam dan tenang. Tapi sekali dijentik, terus terhambur keluar apa yg ada didalam hatinya. Mengamuk hingga membinasakan org lain.

Kita perlu berkomunikasi secara dua atau lebih hala. Lebih dari itu juga kita perlu juga menjadi pendengar yg setia. Itu mungkin salah satu cara kita berfungsi di muka bumi ini. Namun yg penting, bersandarlah pada Yang Maha Esa.


Sunday, July 26, 2020

Raya Aidiladha

Assalamualaikum w.b.t

Raya Aidiladha bakal menjelang pada 31 julai ni. ( raya kah kita? Hikhikhik). Thn ni raya Aidiladha turn kampung suami. So saya tak kisah sangat raya ke tidak (ha ha ha).

Tapi yg penting kes Covid-19 semakin bertambah dari sehari ke sehari dan kebanyakannya kes import. Oleh itu kita sebagai frontliners (semua org adalah frontliners dlm PKPP) hendaklah mematuhi segala arahan dan amaran daripada pihak kerajaan dan kementerian kesihatan. Pakai la mask di tempat awam. Jaga social distancing. Itu tanggungjawab kita!!

Jika tiada halangan untuk rentas negeri dikuatkuasakan, patuhilah SOP yg telah ditetapkan kerajaan tentang sambutan hari raya Aidiladha. Takutnye dan tak dapat bayangkan jika kerajaan dah tak mampu mengawal penyebaran pandemik tu. Sama2 lah kita berdoa semoga Allah mengasihi dan melindungi kita.

Hari ni merupakan hari ke-131 sejak PKP mula dikuatkuasakan. (tapi sekarang fasa PKPP). Dh lupa dah fasa2 hehehe. Diharap semuanya dalam kawalan yg baik.

Di sini juga sata ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut HAri Raya Aidiladha kepada semua. Hati2 beraya dan Hati2 dijalanraya.


Saturday, May 23, 2020

Raya PKP 2020

Assalamualaikum w.b.t

Berakhir sudah Ramadhan tahun ini. Semoga segala amalan baik kita diterima oleh Allah dan semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Esok pula kita akan ber hari raya dengan suasana berbeza. Malaysia masih lagi berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan. Ziarah raya pula hanya pada hari raya pertama dan tidak dibenarkan bermalam dirumah yg diziarahi. Oleh itu tak dapat la kami sekeluarga pulang beraya di kampung. Tahun ni giliran kampung saya. Kami tinggal di Selangor manakala kampung saya di Negeri sembilan. Sedih. Tapi takper demi kesihatan.

Marilah kita berdoa supaya Allah bebaskan dunia ini daripada virus Covid19. Bukan hanya virus, semoga segala kejahatan di dunia turut dilenyapkan.

Kepada yg dapat pulang berhari raya, hati2 dan semoga selamat semuanya.

Kepada yang beraya diperantauan, tak apa. Janganlah sedih. Doakan kite bertemu ramadhan dan aidilfitri di tahun hadapan.

Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

Friday, May 8, 2020

PKP 4- hari ke-10

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni merupakan hari ke10, PKP fasa 4 di malaysia. Rakyat dah dibenarkan keluar melebihi radius 10km. Byk sektor ekonomi dah memulakan operasi dengan syarat SOP dipatuhi (PKPB). Camne kerajaan nk kontrol tak tau la. Tapi yg penting kitalah yg perlu memainkan peranan untuk terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan- selalu basuh tangan, keluar hanya jika perlu, social distancing dan pakai mask bila keluar rumah.


Banyak hikmah yg kita perolehi sejak covid-19 memunculkan diri. Kehidupan menjadi lebih sederhana, lebih bersyukur, lebih berhati2 dan lebih mementingkan keselamatan ahli keluarga. Ditambah pula umat islam berpeluang berpuasa di rumah (work from home) dan bakal berhari raya di rumah sahaja. Jadi sudah tentu sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaan.

Sikap2 positif ini diharap dapat berkekalan untuk menjadikan kita manusia yg lebih baik di masa akan datang. Tiada yg dapat menghilangkan apa2 penyakit dari dunia ini melainkan dengan izin Allah...

Selamat meneruskan ibadah puasa dengan lebih rasa syukur ๐Ÿ˜Š

Saturday, April 4, 2020

Perintah kawalan pergerakan (PKP)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini merupakan hari ke 17 PKP. Untuk rekod, pkp di malaysia diperintahkan untuk mengekang penyebaran meluas virus corona. Tempoh asal bermula daripada 18 march sehingga 31 march, tapi kemudiannya dilanjutkan lagi sehingga 14 april 2020. Ini kerana pkp pada peringkat awal itu tidak mendapat kerjasama yang penuh daripada rakyat malaysia. Ramai yang berduyun- duyun pulang ke kampung dan merentasi negeri lain  walaupun arahan kerajaan menyuruh kekal ditempat tinggal masing2.

Pkp juga diadakan kerana ramai rakyat malaysia baru pulang bercuti dari luar negara. Untuk rekod juga, virus corona mula2 tersebar di Wuhan China ketika Tahun baru cina.

Dengan lanjutan pkp pada fasa kedua ini diharap rakyat malaysia lebih sensetif untuk melindungi diri sendiri dan orang lain. Ini kerana virus corona sangat mudah berjangkit. Kita dinasihatkan untuk duduk didalam rumah dan mengamalkan tahap kebersihan yg optimum seperti kerap mencuci tangan dengan sabun & mandi.

Jika kita berasa kurang sihat, segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan.

Semoga kalian semua berada di bawah lindunganNya. Sama-sama kita berdoa semoga virus corona ini segera terhapus. Tak lama lagi nak ramadhan!

Tuesday, March 3, 2020

Food Promo

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua..semoga semuanya dirahmati Allah sentiasa.


Gambar di atas adalah promosi KFC snack plate pada 20/2/20. Rm20 untuk 2 set. 

Saya peminat KFC. Tapi saya tak pergi untuk dapatkan kfc pada hari tersebut. Promo. Ramai orang. Malas beratur. Hehe.

Dengarnya barisan terlalu panjang. Dan dengarnya juga ada yang menempelak dan menghina orang2 yang membanjiri kfc pada hari tersebut. Kononnya 'batak'. Tak pernah mkn kfc.

Bukan nak cakap tentang orang yang beratur. Tapi nak cakap tentang orang yang menghina.

Orang beli makanan sebab lapar. Teringin. Mungkin dah lama mengidam tapi terpaksa pendamkan sebab kurang mampu. Anak ramai. Mungkin. Kita makan satu snack plate sorang2. Tapi mungkin orang lain kongsi berdua.bertiga.

Jika anda tak mampu tolong orang dengan wang ringgit, Please give your respect! Kemampuan kita berbeza. 

Tak mampu bukan bererti miskin. Jimat untuk benda penting. Bahagia kita berbeza.



Thursday, January 16, 2020

2020

Assalamualaikum w.b.t

Hi readers...sorry lama x update blog ni.hahaha

Menjengah ke tahun 2020, didoakan semoga segala impian kalian tercapai.

Semoga semua niat yg baik yg ada dalam hati ini termakbul jua...semua perancangan hanya Allah yg berkuasa melaksanakan.

Happy new year everyone!

Thursday, December 5, 2019

Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t

Salam uolss..datang sini jap untuk buang sawang2 yg melekat kat blog ni...haha...

Today is my bestfriend's birthday, isdawati. Semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. The best thing among my bestfriends including her is, they always help me and cannot hear if i'm in hard time..no wonder la if i say (even in whtsapp status) craving for something, isda always try to fullfil it...best kan?

I hope in future i will be like them. Very concern about what people's need and try to make others happy. To all my bestfriends (you know who u are), i hope we will be together forever and ever. Please don't forget me hahahaha.


I love you all so much, friends!!


Thursday, September 5, 2019

Latest Update

Assalamualaikum w.b.t

Sambil2 senyum, tiba2 terfikir betul ke saya yang tulis kat blog ni..heh heh..macam tak percaya pulak bila scroll post2 lama and baca..haha jangan marah haaa

Now dah september 2019...lebih kurang 4 bulan lagi untuk menjengah ke tahun hadapan..banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan sebelum january 2020. Harap sangat Allah akan mempermudahkan segala urusan. Aaminn...

Tahun depan urusan yang perlu diselesaikan lebih besar...so tahun ni kena settle kan perkara2 'minor'. Kadang terfikir adakah terlalu lewat untuk merancang sesuatu. But then positively thinking that Allah is the best planner. Who am i to argue about it? Just go with the flow.

Usaha, doa dan tawakal are the best ways. Wish me luck!

Saturday, August 17, 2019

New life

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas peluang yang dikurniakan kepada diriku. My life is getting better..erk..better mean better than before la..not better than you..don't misunderstood ya..

I just want to write in this becoz i want to remember my life journey..as a lesson in future. Do not blame others for our bad, but to take any hard moment as a motivation to move forward. Everyone appear in our life for a reason.

Terima kasih ya Allah atas doa yang dimakbulkan. Mungkin sikit bagi orang lain tapi sangat bermakna buat diriku. Biarpun masa depan belum pasti tapi coraknya akan ku ukir sedikit demi sedikit. In shaa Allah...

Friday, June 28, 2019

Selamat hari lahir buat diriku

Assalamualaikum w.b.t

Hi everyone. Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-38 tahun. Semoga hidup saya ini mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Saya juga mendoakan anda semua mendapat keberkatan dalam hidup.

Beruntunglah bagi diri kita kerana hingga saat ini masih mampu bernafas dan bergelak tawa disamping insan-insan yang kita sayangi. Beruntung kerana Allah masih memberi peluang untuk kita bertaubat dan mendekatkan diri kita kepadaNya. Dalam keberuntungan itu, kita sebenarnya rugi kerana selalu mensia-siakan peluang yang diberi sehingga pada satu saat kita tidak mampu bernafas lagi.

Sedarkan diri ini ya Allah. Jadikan kami hambaMu yang bersyukur. Dekatkan kami kepada diriMu. Jadikanlah umur yang panjang ini sebagai jambatan mendekatkan kami ke syurgaMu...Aaminn...

Monday, April 15, 2019

Menyembuhkan anak menangis malam

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah my baby will turns 3 within this month..(baby lg ke tu).heheee whatever.

What to share here is...now she recover from penyakit menangis malam...alhamdulillah.....b4 this she alwiz crying at nite while sleeping!! Dan ia berlaku setiap malam dalam masa setahun lebih....that mean penyakit tu dialami ketika my baby berumur dekat2 2 tahun...dan sepanjang tempoh itu my husband and i cannot tidur nyenyak.can u feel us???

Anak kami menangis sambil tutup mata..menjerit jerit tak tau punca...bg susu xnak.dukung pun menangis jugak...hampir setiap jam dia nangis...tapi bila dah nak dekat subuh dia akan tidur nyenyak sampai la kul 8 pagi...itupun sebab kul 8 ayahnya terpaksa kejutkan dia untuk g taska.kalo tak memang tak bangun la...pelik tak?

Tak tahan tak dapat tidur malam (penat keje lagi),kami pergi pusat perubatan darul syifa' a few times.....first time pergi ustaz cakap tkde ape2 gangguan (jin,syaitan)...ustat kata mungkin baby trauma....ade org marah dan sebagainya...ustaz pun bagi air tawar untuk pulih semangat......tapi selepas tu tak elok jugak...kami ulang pergi darul syifa' 2-3 kali......ade jugak ustat pesan kalo balik rumah malam2 tu make sure bagi salam.bace ayat kursy sebelum masuk rumah....bace 3 Qul sebelum tidur.....jadi kami amalkan...ada juga kami amalkan mandikan baby dengan air daun bidara...sapu minyak bidara....tapi masih tak sembuh...sampai kami kdg2 putus asa.....yela bila byk kali bangun malam dalam kepenatan masing2 jadi stress...kdg terpukul baby...allah..ampunkan dosa2 kami.....setahun lebih kami stress sebab x cukup rehat...allahu akbar...ujian.

But last month balik kampung sebab my kakak kahwin...kebetulan abg ipar yg baru tu imam....ada la mintak tolong dia doakan baby supaya sembuh.....then ada jugak jumpa pengamal perubatan kat kg tu....dia pun ade buat air tawar untuk baby....

Dan a few weeks ago baby sembuh alhamdulillah dengan izin allah....dia cuma bangun merengek sekali dua mintak susu dalam keadaan sedar....bagi susu terus tidur balik....alhamdulillah syukur  sangat2....

Kepada ibu bapa yang ada anak dengan masalah yang sama, berusahalah mengubat mereka...jangan putus asa...in shaa allah ada jalannya....

Oh ya ada juga terbaca.pada satu fasa umur kanak2 dah mula pandai beremosi...ade perasaan...bila diorang menangis malam/mengigau ia mungkin disebabkan ade sesuatu mengganggu perasaan mereka...mungkin kena marah oleh cikgu.mak bapak.babysitter dan sebagainya...dan bagi baby kami, sebolehnya kami berusahan untuk tidak memarahinya. .kalo ade bende yang btul2 nak kena marah,kami akan beritahu baby kenapa kami marah....anak kami dah semakin bijak rupanya.sensetif pulak dia.ikut perangai sape la tu...haha...

Have a nice day everyone...

Wednesday, March 6, 2019

Selamat datang 2019

Assalamualaikum w.b.t

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu pos dari saya kan?haha perasan.jangan muntah ye.i'm just kidding.hiburkan hati sendiri.

Oh its March already..happy new year everybody!! Post yg last haritu hujung thn 2018 kan.haha

So ape azam tahun baru?me?i have a few plan which is kalo bgtau kat korang surely korang buat korang annoyed..so better takyah bgtau...hahahaha

Whatever it is hopefully kita semua dapat hidup dengan sejahtera...kawal stress and happy life. Put Allah as a number 1.

Sunday, December 30, 2018

Holiday penghujung 2018

Assalamualaikum w.b.t

Hi everyone. Semoga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat walafiat.

2018 bakal malabuhkan tirai sehari lagi. Kami sekeluarga pula mengambil kesempatan pergi bercuti. Ala, g port dickson jer.tu pun apartment bajet PD marina view.hehe...bak kata pepatah *destinasi tu tak penting, yang penting dengan siapa kita pergi*. Tak gitew?

So far kami tak pernah lagi bercuti bertiga (my hubby, doter and me). Kami biase pergi ramai2. Becoz we think that life will be more exciting more wonderful and more happy if we been surrounded with many people (love one).

Kami pergi port dickson untuk menikmati keindahan alam ciptaan allah.tak mandi laut pun.tp mandi kat kolam renang apartment.haha

Percutian bajet kami ni mmg bajet habis...sebab kami masak kat apartment tu...thanks to my sister kakmok sebab bawak dapur gas, kuali, periuk pnggan dan mangkuk....thn dpn in shaa allah kita g lg ye...

Anda pula bagaimana?aktiviti ape hujung2 tahun ni...apepun semoga anda juga happy seperti kami. Jangan sedih jgn stress hokeyyyy.

Owh kepada yg nak tgk gambar kami (perasan) boleh la tgk kat insta stories khasif_the_pioneer......bye