Thursday, December 30, 2010

Dialog....

Assalamualaikum w.b.t....:)

Di suatu pagi yang indah ketika sarapan pagi....

S:Eh, bilo lak abah cabut gigi tu abah...(apabila melihat abah mcm tak selesa menguyah)

A:Entah.....semalam gigi ni goyang.....ni dah hilang pulak deh.....

S:Hehehehehehehe

Di suatu tengahari......(ketika kaki mak dah bersimen..)

Abah: Mak kau ni,apo jenis kasut lah dia pakai...kasut baru ke?besarrrr jer....

Mak:(Menjeling)....maleh nak layan

Saya :Hahahaha...sabar yo lah

Di suatu petang....(ketika masa memberi kucing makan telah sampai)

Saya:Abah buek apo tu bah....

Abah:Bagi kucing makan nih ha.....apo pulak kucing ni tknak makan lak ni...

Saya:La....abah bagi jagung ayam kat kucing,,,mano lah dio nak makan........

Abah:Ooooo bukan makanan dio ko ni........

Adehhhhhh,,,haha....nak tercabut jahitan kt perut ni gelak,,,,,,,abah...abah.......

p/s:abah berumur 82 tahun,,,,,,,

Kawan....

Assalamualaikum w.b.t......:)

Kawan,,,sengaja tajuk itu dipilih kerana pada ketika ini saya sangat merindui kawan2 saya.......semoga semua kawan2 yang saya kenali berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi oleh Allah s.w.t....bukan senang untuk kita mempunyai kawan,terutamanya kawan yang sejati....sebab itu kadang2 kita kena memilih kawan,,,,pilih yang berperangai elok,yang sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan,bukan yang membantu kita melakukan kejahatan......kalau kawan kita jahat,kita pun akan mendapat tempiasnya....jadi berhati2 memilih kawan ye.....

Di sini juga saya ingin berkongsi panduan berguna dalam mencari kawan (info:KeranaMu Aku Berubah,Ruhana Zaki)....Dalam mencari kawan yang baik,Al-Qamah Al-Attaridi(beliau hidup pada zaman Rasulullah s.a.w,,,tolong betulkan kalau tersilap)....pernah berwasiat kepada anaknya:

"Wahai anakku,jikalau kamu dihadapkan pada suatu keperluan untuk bertemankan seseorang,maka bertemanlah dengan:

  1. orang yang apabila engkau melayannya nescaya dia menjagamu
  2. apabila engkau menemaninya,dia mempertimbangkan penghargaanmu
  3. jika engkau memerlukan perbelanjaan,dia menyediakannya
  4. berkawanlah dengan orang yang apabila engkau menghulurkan tangan kepadanya dengan suatu kebaikan,dia akan menghulurkan tangannya juga
  5. jika dia melihat kebaikan padamu,dia akan menghargainya dengan seikhlas hati
  6. jika dia melihat suatu keburukan padamu,dia akan menutupnya
  7. berkawanlah engkau dengan orang yang apabila engkau meminta,dia akan memberi
  8. jika engkau diam,dia memulakan bercakap denganmu
  9. jika engkau ditimpa bencana,dia akan menolongmu
  10. berkawanlah dengan orang yang apabila engkau bercakap,dia membenarkan perkataanmu
  11. jika engkau berdua saling berusaha tentang sesuatu perkara,dia mementingkan urusanmu
  12. jika engkau berdua berselisih faham,dia akan mengutamakanmu..."
Jaafar as-Siddiq berpesan agar mengelakkan diri daripada lima kumpulan manusia untuk dijadikan kawan iaitu:

  1. Pembohong
  2. Orang yang jahil
  3. Orang yang kedekut
  4. Orang yang pengecut
  5. Orang yang fasik dan munafik
Pesanan daripada Ibnu Ata'illah pula berbunyi:

"Janganlah engkau berkawan dengan orang yang perbuatannya tidak membangkitkan semangat untuk taat kepada Allah dan perkataannya tidak menuntun engkau ke jalanNya."

Wallahualam.....

Sunday, December 26, 2010

Tapak kaki pulak kena simen,,,,adehhh

Assalamualaikum w.b.t......:)

Sebut kena simen mcm takut jer dengar........terbayang cmne lah nak ken simen ni.......terbayang jugak la bahan2 bancuhan nak simen tu...ade serbuk ke ape ke.........risau pulak kalo sakit.....

Sekali tengok.....laaaaaaaaaa mcm tu je ke.....takde maknanya bancuhan serbuk ke ape,tkde mcm nak kena simen mcm org buat simen lantai tu de.....rupe bendalah tu mcm tisu/kain yang dilapis2kan......lepas tu dibasahkan dengan air (air ape ntah),then dibalut pada tempat yg patah....lama-kelamaan ia pun mengeras......kalo kena simen kat tapak kaki,jgn lasak2 sgt....jgn jejak tapak kaki kat lantai...nnti lambat elok.........

p/s:sian kat mak.....:(....tergelincir kt bilik air smpai patah 1 tulang kt tapak kaki....

Friday, December 24, 2010

Hidup ini penuh warna......

Assalamualaikum w.b.t.........:)

Mahu menulis,,,,tapi tidak tahu apa yang ingin ditulis.....hehe....

Kita mulakan dengan melihat suasana pagi hari yang sangat indah.....semua makhluk di muka bumi ini berserakan mencari rezeki...........sesekali mendongak lama ke langit,terbentang luas keindahan yang biru bertemankan bulan yang masih setia menanti matahari muncul......cantik!!betapa Agung kekuasaan Allah....
Hari yang sentiasa berlalu tanpa sesaat pun terlewat,terasa seperti sangat pantas meninggalkan kenangan semalam....hari yang sentiasa memaksa kita memikirkan apa yang akan berlaku pada esok hari,entah kan hidup entahkan mati.......

Seperti tercalitnya warna2 pada sebuah lukisan,begitulah rona kehidupan......kehidupan seorang manusia yang bertimbal balik dengan hubungannya sesama makhluk Allah yang lain...juga hubungannya dengan Pencipta Yang Maha Esa.....

Kehidupan kita semakin indah apabila kita melihat orang2 di sekelililng kita sama pentingnya dengan diri kita....apa gunanya hidup kita kaya raya tetapi jiran sebelah rumah daif......apa gunanya menjadi manusia yang bijak pandai andai masyarakat sekitar seperti tiada akal.......apa ertinya sebuah kebahagiaan dan kejayaan kiranya apa yang diperoleh itu hasil penganiayaan terhadap orang lain......

Seperti kita yang ingin berjaya,gembira...begitu juga dengan orang lain......seperti kita yang inginkan perhatian dan kasih sayang...begitu juga dengan org lain.....belajarlah memberi sebelum menadah tangan untuk menerima....kerana yang memberi itu lebih tinggi darjatnya daripada yang hanya menerima......insyaallah setiap pertolongan,perhatian,kasih sayang,belas kasihan yang mampu kita hulurkan kepada seseorang akan dapat kita rasakan balasannya walaupun bukan daripada orang yang kita harap2kan.....belajar juga untuk ikhlas dalam melakukan semua perkara.......tiada ruginya menanam keihklasan dalam diri,kelak kita juga akan merasa nikmatnya...biarlah amalan kita lambat dilihat manusia asalkan sentiasa berada ditempat pertama disisiNya........Jauhilah perasaan hasad dengki dihati....kerana apa yang ada dihati sentiasa diketahui oleh Allah dan sentiasa terpamer pada riak wajah tanpa boleh dibohongi lagi........Sama2 kita berubah ke arah yg lebih baik....insyaallah.........

Wallahualam......:)

p/s:jiwa pesakit sangat sensetif.....(erk???)

Thursday, December 16, 2010

Teringin ambil anak angkat......

Assalamualaikum w.b.t......

Tiba2 perkara di atas terlintas di fikiran........boleh ke wanita (?) seperti saya mengambil anak angkat?maklumlah pada usia sebegini sepatutnya sudah ade keluarga sendiri,,,tapi apakan daya tiada yang sudi mengambil menjadi suri di hati,,,,,,,jadi mcm mana nak ada bayi........kekekekekeke......

Wanita yng dimaksudkan di sini adalah seorang perempuan yang belum berkahwin tetapi inginkan anak......ingin mengambil anak angkat dan ingin menyusukan anak itu sendiri...(supaya menjadi muhrim)...

Pernah saya terbaca (sumber dah lupa)......boleh seorang perempuan melakukan demikian (hukum?).....tetapi ia menjadi haram sekiranya perempuan tersebut memang tidak mahu berkahwin tetapi mahukan anak.........yang dibolehkan adalah sekiranya perempuan itu mmg betul2 mahukan anak tetapi belum mendapat jodoh......

Bagi yang mmg tidak mahu berkahwin tetapi mengambil anak angkat,hukumnya haram dan ia seperti amalan kaum jahiliah dan turut diamalkan di negara2 barat ketika ini.....dan adalah melawan fitrah manusia sekiranya kita tidak mahu berkahwin......

Bagi yang belum sampai jodoh,igin mengambil anak angkat dan menyusukannya sendiri.......bagaimana boleh menyusukan bayi sedangkan tidak mengandung dan melahirkan?sebenarnya terdapat pil penggalak susu yang membolehkan perkara itu berlaku.......erk,geli lah pulak eh-anak dara menyusukan bayi-takper,demi kasih sayang dan buatlah kerana Allah.....

Betul ke nak ambil anak angkat?Erk,taknak lah....belum masanya lagi........masih menunggu jodoh sampai tanpa rasa risau kerana......

Firman Allah : "Dan Allah menjadikan kamu daripada diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu,anak-anak dan cucu cicit"(Al-Nahl:72)

Wallahualam.....

p/s:harini dah makin pulih,,,,dh start bawak motor......hehe.....hari ni juga menerima kunjungan tuan hj ismail....beliau bawa buah2an dan menghadiahkan Majalah Solusi (Isu 2:Ulang Cetak).....terima kasih Tuan Haji.................

Saturday, December 11, 2010

Alhamdulillah...

Assalamualaikum w.b.t.....

Bangun pagi tadi dikejutkan dengan bunyi te kur kur.....te kur kur......jadi saya anggap bunyi itu daripada burung tekukur....mungkin namanya diambil sempena bunyinya.........sangat indah bunyinya.......mata yang seperti dipaksa2 tidur kembali kerana cuaca yang sangat sejuk tidak mampu terpejam kerana telinga menangkap pelbagai bunyi di luar kediaman.....bunyi burung berkicau riang seperti sedang berbincang ke mana arah hendak dituju untuk mencari rezeki...ataupun mungkin mereka sedang seronok menikmati sarapan pagi......bunyi ayam jantan berkokok tegas menandakan hari sudah pagi....bunyi unggas2 berlagu riang.................dan ditambah dengan bunyi kucing yg meminta diberi makan.........................sangat indah bunyi-bunyian tersebut.....

terfikir sejenak sampai bila nikmat itu dapat saya kecapi.......sudah bersediakah andai nikmat mendengar ditarik kembali.nikmat tidur disentap dan usia bertemu noktah.......sebagai manusia hendaklah kita bersyukur sentiasa dengan segala nikmat yang kita terima daripada Illahi.....nikmat itu bukan hanya pada kejayaan dan kebendaan....tetapi nikmat yang paling besar adalah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah yang luas dengan fizikal yang sihat....masih diberi peluang oleh Allah untuk berubah ke arah yang lebih baik,masih diberi peluang untuk menyucikan hati yang legam....agar dapat kita kembali kepadaNya sesuci kita dilahirkan di dunia.............

dunia bukan pentas sandiwara bagi mereka yang beriman kepada Allah.......tetapi dunia adalah tempat kita mengumpul segala amalan yang baik bagi menyelamatkan diri kita dari terjerumus ke lembah api neraka....dan syurga adalah destinasi kita.........Mohonlah kepada Allah supaya kita tidak leka dengan keseronokan dunia,sentiasalah meminta perlindungan daripadaNya,dan mohonlah kesejahteraan hidup daripadaNya........Dia Maha Pemberi......adat orang menerima,usahlah takbur dengan apa yang kita ada......semua itu adalah "pemberian" atas dasar "belas-kasihan"..............bersyukurlah dan gunakanlah apa yang kita ada ke arah jalan yang diredhaiNya...............ungkapkan alhamdulillah biar pun untuk sekali nafas yang yang kau hirup,sekelip mata yang kau kerdip,sedetik masa yang kau lalui mahupun  untuk  sedikit kesakitan yang terpaksa kau tanggung..............alhamdulillah..............

Friday, December 10, 2010

Sembelih ayam sakit....KEJI tak??

Assalamualaikum w.b.t......

Satu situasi........di kedai menjual ayam hidup.......anda berhajat nak beli seekor ayam untuk di buat lauk tengahari....sementara menuggu turn.....anda lihat ayam yg hampir2 mati disambar oleh pekedai dan terus disembelih....ketika itu pula mmg musim ayam sakit dan mati dengan ramainya.......adekah anda meneruskan hasrat untuk membeli ayam di kedai tersebut???fikir-fikirkan......pada saya...TIDAK!!!

setahu saya lah kan,,,,kalo seseekor ayam kena langgar dan hampir nak mati,kita boleh lah terus sembelih dia untuk dibuat makan.....kalo org pegi mmburu binatang guna senapang pun,dia tembak binatang tu bukan smpai mati,maksudnya dia tembak kat kaki ke...supaya binatang tu tk mati,dan selepas itu barulah disembelih......dan Halal untuk dimakan.........

tapi kes ayam kt kedai tu.....betul ke tak cara pekedai tu eh???bukankah ayam tu sakit???kenapa perlu menjual ayam yg sakit untuk pembeli???AYAM ITU SAKITTTTT.......mmg lah dia sembelih dgn cara yg betul...tp dia menyembelih ayam yg mmg dia tau SAKIT.....bukankah kalo kita memakan sesuatu yg tidak baik akan memudaratkan diri kita?jgnlah asik nak mengejar untung maka hak pembeli dinafikan......wallahualam...

p/s.....di sini musim ayam sakit dan mati.......taktau puncanya...jadi hati2 membeli ayam ye.....:)

Cikgu Kengkang........haha

assalamualaikum w.b.t........

hari ini hari ke-10 operation.......makin sihat...alhamdulillah............fizikal + mental stabil,,,hehe,,,syukur.......masih berusaha melakukan senaman ringan agar cepat cergas.........tapi bosan.....fahmie ngan akak baru jer balik seremban tadi....sunyi dah rumah ni......huhu.....

nak kuar berjalan pun jalan masih terbongkok2 dan sedikit kengkang,,,,haha......kena prektis lagi ni berjalan supaya dapat menghirup udara berdebu di luar sana.........kalo sebulan dok jalan cmni,,,,kalo ade rezki tahun depan,,ofcoz kat sekolah dah tkde dah panggilan "cikgu model".....mesti dh tukar "cikgu kengkang",,,,wahahaha...budak2 ni bukan boleh tgk org pelik sikit,mesti nak sound..........sama la mcm saya (?) semasa bersekolah dulu......"memanggil" seorang guru dengan panggilan "cikgu Giant"....sebab dia mcm Giant dalam citer doraemon(eh lama giler citer doremon ni bertahan ek..)....seriously,smpai sekarang tak ingat nama betul cikgu tu............ape2 pun berharap semoga cikgu tu sentiasa sihat.....kini baru tau perasaan menjadi seorang guru.....walopun cuma GSTT....huhu.....

Tuesday, December 7, 2010

Salam Hijrah!!

Assalamualaikum w.b.t.....:)

Salam hijrah daripada hamba yang hina ini....hijrah...seringkali kita terlupa ttg tahun hijriah mengikut kalendar Islam.....tahun yg ke berapa?1432H.........kenapa umat Islam sendiri pun boleh terlupa?....betapa bijak dan arif2nya mereka2 yg sememangnya mahu menyesatkan kita,,,,,nauzubillah......

Permulaan perkiraan tahun Hijriah telah bermula sejak pemerintahaan Saidina Umar Al -Khatab...Umar r.a telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam iaitu peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah..

Dalam Takwim Hijrah...terdapat 12 bulan.....Muharam,Safar,Rabiulawal,Rabiulakhir,Jamadilawal,Jamadiakhir,Rejab,Syaaban,Ramadhan,Syawal,Zulkaedah Zulhijjah.....Setiap bulan ada 29 atau 30 hari...hari pertama setiap bulan ditentukan apabila anak bulan kelihatan ketika matahari terbenam.....Bilangan hari adalah kira2 354.....

Pada tahun kesembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah:36-37
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah...
Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.
Perbezaan takwim hijrah dengan kalendar kristian adalah perkiraan bulan dikira mengikut peredaran matahari......bilangan hari pula adalah 365 hari....tidak dapat tidak kita terpaksa mengikut kalendar kristian untuk menyelaraskan putaran hidup di bumi......kecuali apabila ada orang Islam yg berkuasa dan mampu untuk mengubah kalendar kepada takwim Islam untuk diikuti oleh seluruh dunia........berasaskan pengaruh Barat,masyarakat Islam nampaknya semakin terpengaruh hinggakan hampir terlupa ttg kehebatan ilmuan Islam berbanding ilmuan Barat........ kita juga seolah2 faham apabila kita terlupa ttg tahun hijrah ke berapa.....jatuh pada bulan mana,,,,,namun kita harus bersyukur apabila masih ada insan2 yang berusaha untuk mengingatkan diri kita yg sering lalai dan hanyut dalam arus Barat............maka hendaklah kita tetapkan dalam diri kita untuk terus memelihara kesucian Islam daripada terus hilang dan hancur ditelan budaya Barat.........Islam itu Agama yang Hebat!!

Sumber:Wikipedia

Monday, December 6, 2010

Rindu pulak.......

Salam Maal Hijrah...............:)

Hari ini merupakan hari ke-3 duduk kat rumah selepas 5 hari di HTAN........nape ntah rindu pulak kt hospital....almaklumlah first time dok wad...hehe.....every people kt situ semuanya baik2 belaka.....semuanya ada perasaan empati,bukan setakat simpati......huhu,,,kalo kena dok hospital smpai pulih pun tak kesah...best....hehe......

Nak cerita sikit ttg pengalaman dok wad...first day 'check in'....ingatkan boring...siap mintak ngan nurse nak keluar g makan ngan mak abah......"tak boleh dik,,,dh register tk leh keluar...g tukar baju...jap lagi doktor nak datang...."....aisehmen,,,ok la.......baju wad 6...kaler pink,,,cantik gitu,,,kuikuikui.....

life kat wad....tak terase masa berlalu walaupun melalui rutin harian yg sama setiap hari....makanan?agak pelik bila org selalu kata makanan kat hospital tak best....aku makan best jerrr......first day tu mmg asik licin jer la pinggan....haha....doktor pun sentiasa melawat....pagi,ptg,malam,,,,,,,,doktor pelatih,dotor betul.doktor pakar semuanya datang.........doktor?muda2 belaka...hensem + cantik.......tu yg rase sakit tp mcm tak sakit tu.........kikiki.....nurse off course la cun2....dan haritu berkesempatan jumpa ngan budak2 praktikal dari KLMU....so nice lah diorang....budak lagi,,,umur baru 18......

napa i kata first day jer makan smpai licin pinggan?hehe...sebab second day dah kena puasa selepas sarapan pagi....bcoz doktor kata nak operate kul 2 ptg....hmm telan air liur jerlah tgk org lain makan.......tp smpai kul 2 tkde pun ape2......last2 lebih kurang kul 3 doktor dtg bagitau tak jd operate ptg...kena gak buat pada esoknya...(1 dis 2010).....aduiii letihnya puasa...."ok.awk makan lah eh....mlm nnti kul 12 baru puasa balik...."

dan pada 1 dis...kena bgn seawal 5 pagi bersiap2 ke dwan bedah...hah,masa ni lah baru berdebar2.....dalam hati cuma bertawakal jer lah,,,apa yg jd nnti semuanya ada hikmahnya dan aku percaya Allah takkan turunkan dugaan kepada hambaNya jika kita tak mampu menanggung.....dan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....lebih kurang kul 6-6.30.....kena naik troli...hihi...nasib baik pelawat tk ramai time tu...kalo tak sure jadi perhatian........smpai dewan bedah kena berhenti kat beberapa stesen...tgu org tu,,,tgu org ni...last2 baru masuk bilik bedah........kena tgu jugak lagi....tgu doktor......tp kena bius dulu....kini baru faham kenapa tak digalakkan bius satu badan.......bius pinggang ke bawah jer........dan masa kena bedah,,,tk tau lah kenapa ubat tido ttak jalan dalam badan ni...doktor bius tu kata..."awk takut sgt,ubat pun jadi takut ngan awak..."...ceh,redho jer lah...rase macam ade senduk mengacau isi2 dalam perut mase tu.....syukurlah pembedahan cuma mengambil masa 30 minit...kalo tk...tktau lah apelagi aku membebel..........

selepas operation selesai....kita akan dikeluarkan dari bilik bedah...dan badan tiba2 jadi sejuk menggigil2 tanpa boleh dikawal...lepas tu bdan akan dibekalkan dengan oksigen........"nape sejuk sgt nih cik"...."biase lah tu lepas operate..sabar eh,,,jap lagi balik wad......"lepas tu pulak kena tgu nurse wad dtg amik........perghhh tk tahan,,,sejuk.....

smpai wad kul 9 pagi,,,,doktor tgh melawat pesakit...."eh,u first case eh pagi ni?...segarrrr jer,,,,biase org lepas operate tido...."...huhu,,,,tk bleh tido masalahnye.........tak lame lepas tu baru lah terasa akan keburukan bius...........rase rimas + lemas bila kaki tk bleh bergerak....rase lenguh + tak selesa....hanya Allah yg tau perasaan ketika itu.........bgtau nurse.....nurse kata "biase lah tu"......semua sakit adelah biasa....aduiiiiiii........sabar jer lah....then,ptg baru bleh tido hingga lah ke pagi.....kdg2 terjaga gak,,,,,dan rase pening +loya....itupun nurse kata "biase".....kaki kiri kebas lain mcm....itupun "biase" bg org yg dh kena bius.....jd bygkanlah kalo kena bius satu badan,,,huhu tak sanggup.....

pagi esoknya pulak,,,demam,,,,,,doktor kata..."biase" bagi org yg baru lepas kena operate kerana tindak balas tisu2....hari kedua jugak kena bangun g bilik air....aduiii terseksa........dh la katil tinggi.....sabar........

3  dis.....semua ok....discharge........alhamdulillah...syukur semuanya selamat.........terima kasih kepada semua doktor,nurse,budak2 praktikal KLMU,rakan2 pesakit dan semua yg dtg melawat.......hanya Allah sahaja yg mmpu membalas jasa kalian..........:)