Tuesday, December 11, 2012

Mahalli Jasuli:Piala AFF Suzuki

Assalamualaikum w.b.t.....

Wah tajuk....!Adalah sangat pelik apabila aku bercakap tentang bola...haha..

Sekarang ni tengah sibuk orang bercakap ttg bola....Piala AFF (ASEAN Football Federation) Suzuki......Suzuki tu jenama permotoran terkenal yg men 'sponsor' kot pertandingan tersebut,,,,haha sorry la eh tak berapa arif ttg bola2 ni...........Piala ini juga dianjurkan 2 tahun sekali dan peserta terdiri daripada pasukan bola sepak negara2 Asia Tenggara........pasukan negara kita merupakan juara pada 2010....

Macam mana aku terjebak dengan kesah bola ini adalah....apabila anak2 buah ramai kat rumah (time cuti sekolah kan) semua nak tgk TV1 (perlawanan Malaysia-Singapura)  pada 25 Nov 2012 yg lalu.....so aku pun tengok la (tv pun satu jer kat rumah)......walaupun time tu permainan ntah ape2 ntah....sampaikan terpaksa tukar2 channel tengok TV3....time tu rancangan "Tunggu Sekejap" yg host dia Awie tu ke udara kul 9 mlm......sebelum ni mmg tak minat langsung tgk bola.....tgk keputusan jer biasanya.......

Tapi dalam perlawanan tu, ada satu wajah yg sangat "menangkap" kami di rumah....yeah,,,,Jersi No 2 Mahalli Jasuli......why?hehehe.....muka dia sebijik mcm jiran aku sebelah rumah.....anak2 buah aku panggil dia "Apak" (maksudnya pakcik).......jadi perlawanan yg hambar tu kami seronokkan dgn panggilan "Apak" kepada Mahalli yg dilihat sebagai pemain yg cekap dan pantas mengejar bola.......serius....dia bermain dgn baik dan byk membantu dalam pasukan walopun dalam perlawanan pertama tu  dia merupakan pemain gantian........(erk betul ke ?)hehe.....

Dan disebabkan "Apak" la aku mula mengikuti perlawanan2 seterusnya dalam Piala AFF Suzuki.....dan semakin excited apabila Apak berjaya menyumbat satu gol dalam perlawanan menentang Indonesia pada 1 Disember 2012...tahniah Apak, walopun aku rasa dia cuma nak pass bola tu kat orang lain.....tapi terkena tiang gol dan masuk....tahniah tahniah tahniah!!sebagai pemain yg pantas dia dilihat seperti mempunyai byk peluang untuk cuba menjaringkan gol, tapi mungkin inilah taktik dalam pasukan......hmm mungkin la kan......

Meneruskan minat terhadap Mahalli....setelah dirisik2...dia dilahirkan pada 2 April 1989.....muda lagi.......harap2 dia bakal menjadi pemain yg terbaik satu hari nanti........Kalo tengok gambar kat facebook...dia ni ada degree...UPM....kot.......alhamdullillah...berpelajaran tinggi rupanya......hehehehe......(sorry kalo tersilap ok)

Harap2 juga Malaysia bakal menjadi juara Piala AFF Suzuki 2012 nnti....masih terlalu awal untuk meneka nasib pasukan Harimau Malaya.....tambah pula corak permainan ada pasang surutnya....cewah...hehe...kepada mereka yg suka mengkritik tu.....jangan la bg tekanan kat pasukan kita......cuba korang main,,,lagi teruk agaknya...haha.......

Go Mahalli go!!Golllllllllllllllll!!




No comments:

Post a Comment