Wednesday, January 15, 2014

Biz kaaching - Double stemcell

Assalamualaikum w.b.t..

Tentang Double stemcell?

Produk ini dikeluarkan oleh syarikat antarabangsa PhytoScience berasaskan e-dagang. Company ini bukan hanya menjanjikan produk yang baik tetapi juga pendapatan yang lumayan kepada mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan jumlah pendapatan mereka.

Produk yang dikeluarkan oleh mereka terdiri daripada:

  1. Double stemcell (supplement berbentuk serbuk)
  2. Triple stemcell shine stem (cream wajah)
  3. Triple miracle intense essence (spray wajah)

Bagaimana saya boleh terjebak?

Sebelum ni ada seorang kawan lama selalu buat promo kat fb menunjukkan pendapatan yang diperolehi oleh beliau serta kawan2 yang menyertai bisnes ini.....bisnes tersebut dikenali sebagai kaaching....kaaching tu bunyi mcm duit syiling jatuh laaaa, meaning byk duit.......pendapatan mereka ada yang cecah sampai puluhan ribu dalam masa sebulan.Wow!!

Maka saya pun terpengaruh la dengan RM yang ditayangkan dan bersemangat untuk jadi seperti mereka.

Namun untuk meneruskan niat itu saya perlu tahu tentang apa yang menariknya produk keluaran syarikat ini. Pada mulanya saya pelik kenapa setiap kali saya terima penerangan daripada 'sifu' saya, beliau kurang menekankan tentang kebaikan produk, tetapi lebih kepada bagaimana nak melebarkan rangkaian perniagaan seterusnya menjana pendapatan. Jawapan mengapa beliau tidak menerangkan tentang produk itu secara terperinci untuk menarik perhatian pelanggan akan saya beritahu nanti. Teruskan membaca ya...



Produk yang saya beli adalah Double stemcell (ds). Dengan harga RM275 saya dapat 2 peket yang mengandungi 14 sachet setiap satu. Jadi ia mampu bertahan selama 28 hari jika dimakan 1 sachet (1.2g) sehari untuk pengguna yang tiada masalah kesihatan.Kenapa saya tak beli produk cream dan essence?Bagi saya pembersihan dalaman perlu dilakukan terlebih dahulu. ds bukan hanya untuk rawatan kulit, malah banyak lagi penyakit boleh di pulihkan kerana ia berfungsi untuk menjana sel2 baru dalam tubuh badan kita.

Cara makan ds adalah dengan meletakkan satu sachet serbuk ds itu di bawah lidah pada setiap pagi sebelum mengambil sarapan.

Kenapa perlu letak dibawah lidah?Kerana ia lebih mudah diserap bersama enzime terus ke saraf, sekaligus mengurangkan beban proses penyerapan.

Kenapa perlu diambil pada waktu pagi sedangkan malam dikatakan waktu yang sesuai untuk kulit menjana sel2 baru?Sebab apabila anda mengambil ds, secara automatiknya anda perlu meminum air kosong yang banyak...selain untuk melancarkan penyerapan dan perkumuhan ia juga disebabkan anda berasa haus. Proses ini adalah detox (buang racun) dari dalam badan. 'Racun' akan dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Apabila dalaman badan dan usus bersih, akan memudahkan badan menerima 'penawar' nya iaitu ds. Masalah haus ini mungkin akan berlaku selama 2 minggu bergantung kepada badan seseorang.

Kalau ambil ds sebelum tidur dan meminum air yang banyak....berkemungkinan anda perlu berulang alik ke toilet byk kali....maka terganggu lah tidur anda....dak gitu?

Kesan pengambilan ds

Selepas mengambil ds selama 3 hari....saya perasan yang rambut saya tidak lagi gugur dengan banyaknya selepas bersyampu....this is amazing....hanya selepas 3 sachet ds dah ada perubahan?Sebelum ni saya mengalami masalah rambut gugur yang teruk terutama selepas bersyampu. Ia berlaku selepas saya sering bertukar2 syampu dan saya sangat risau sekiranya masalah itu berlarutan. Tapi saya lega selepas menggunakan ds dan saya terkejut perubahan berlaku kerana itu bukan tujuan utama saya mengambil ds.

Dan hari keempat, ketika menonton tv, kelihatan gambar di tv semakin terang...is it my rabun problem terkena tempias ds ke?saya fikir jika diteruskan pengambilannya, in shaa allah mata pun semakin sihat......

Perkara lain yang saya dapati adalah kulit muka kurang berminyak.....Namun warna dan struktur kulit belum lagi berubah selepas 4 hari penggunaan ds. Ini mungkin berkaitan dengan proses pembersihan usus sedang berlaku. oleh itu saya perlu meminum lebih banyak air suam untuk memudahkan proses tersebut.

Apa yang ingin saya tekankan di sini, dengan hanya 3 hari dah dapat melihat kesan pengambilan produk, don't u think that this is the best product??did u get what i mean?Inilah jawapan kenapa sifu saya tidak menceritakan tentang kebaikan produk di peringkat awal.........produk terbaik, buat apa mahu cerita panjang lebar lagi??

Kalau dengar/baca testimoni daripada orang yang dah menggunakan ds, pasti kita masih ragu2 kan?Jadi gunalah sendiri dan lihat keberkesanannya pada tubuh badan anda. Saya yakin, anda takkan rugi pun....



RM275 memang mahal. Saya pun mengumpul lama jugak untuk mendapatkan wang tersebut. Tetapi selepas menggunakan produk dan melihat kesannya diperingkat awal, saya kalau boleh taknak la berhenti menggunakannya. jadi kena keluar duit lagi la kan??Takpe, dengan menyertai biz ini, income akan diperoleh apabila kita berjaya introduce/jual produk kepada sekurang-kurangnya 2 orang ahli baru...

Perlu diingat, tujuan utama menyertai rangkaian perniagaan ini adalah untuk menjana pendapatan. Jadi, takkan nak duduk goyang kaki sahaja menunggu duit turun dari langit?itu bukan sikap orang yang mahu berjaya. Guna produk, yakinkan seberapa ramai orang untuk turut sama menyertai perniagaan dan belajar bagaimana mahu meningkatkan ilmu tentang bisnes ini. in shaa allah kita akan berjaya.

Sampai bila nak bergantung kepada pendapatan makan gaji saje kan?Bak kata ustazah siti norbahyah...anda buat anda dapat!

Jom berusaha!!

Pakej terbaru buat ketika ini. Silver promo hanya sampai March 2014, Gold/mobile sah sehingga February 2014.

*Harga pakej sentiasa berubah dari semasa ke semasa






Friday, January 3, 2014

Fraser Hills

Assalamualaikum w.b.t......

Selamat Tahun Baru readers......:)

Azam tahun baru saya belum ada lagi....haha....anda bagaimana?harap2 azam yang tahun lepas dah tercapai....

Entri kali ini tentang Bukit Fraser.....saya baru je pergi ke sana.....(x pernah pergi sebelum ni)...hikhik...pergi tu pun bukannye dirancang...main terjah je....

Bukit Fraser ni terletak di negeri Pahang, area Raub....saya masuk ikut jalan selepas Chamang, Bentong......perjalanan daripada simpang tersebut hingga sampai ke puncak Bukit Fraser memakan masa selama 1 jam setengah.(lame kan, tp untuk keta saya la...hehe...)..Percayalah, perjalanan mendaki ke Bukit Fraser sangat mencabar. Kalau hujan tu baik tak payah la pergi..hehe....walaupun tak banyak kenderaan semasa mndaki, tapi kalau berselisih dengan lori.....takutnya tak terkata hokeh!hati2 semasa memandu.....

Mengikut Wikipedia, Bukit Fraser terletak dia antara 1220-1524 meter daripada paras laut. Suhu di sana dalam lingkungan 17-25 degree Celsius.

Apa yang menariknye di Bukit Fraser ni?Hmm bagi pencinta alam ini adalah lokasi menarik untuk diteroka...suhunya yang sejuk dan nyaman menjadikan kita selesa berjalan-jalan di sana. Saya cuma singgah di sana tak smpai setengah jam....jadi sempat berjalan sekitar menara jam je.....kat situ pun dah cukup mendamaikan....ada gak berhajat nak pergi lagi sekali nnti tapi memandangkan perjalanan yang berliku...hmm tak mungkin pergi lagi kot......

Kepada yang nak merehatkan minda, Bukit Fraser adalah tempat yang sesuai. Takde tempat shopping, its all about nature dan bangunan2 cantik dan unik ala-Inggeris. Kepada yang nak bermalam di sini jangan risau, ada bnyak hotel disediakan. Hmm mesti lagi sejuk kalo malam2 kan...hehe....oh ya, kalau nak memulakan pendakian atau turun bukit fraser ni, elakkan waktu malam ye.....bahaya!Lampu jalan pun takde.

Dari sini nak smpai puncak lebih kurang 8km, laluan mndaki sehala selepas jumpe tempat ni

Ni kat padang golf

Boleh rasa tak kenyamanan di sana?hehehehe

Menara jam