Nuffnang

Thursday, December 8, 2016

Bayar PTPTN guna KWSP untuk yang study tahun 2000

Assalamualaikum w.b.t

I feel a little bit happy because my e-withdrawal KWSP dah lulus untuk bayar PTPTN! This means my hutang for ptptn have been reduced yeaa yahhhooo! (walopun masih banyak baki yang tinggal huhuhu).

Kenapa saya bayar guna KWSP? sebab saya takde cash/duit hahaha. Bukan tak pernah bayar ptptn ni. cuma bayar on off.lame2 lupa nak bayar hahaha.

Tahun ni tibe2 ada niat nak bayar betul2....kebetulan kecoh pulak pasal senarai hitam bagi yang tak bayar ptptn. so semangat nak bayar semakin berkobar-kobar.

Ok. saya study tahun 2000-2003. Mengikut pemahaman saya sesapa yang study tahun 2000 tidak layak untuk menggunakan wang kwsp untuk bayar ptptn. mati kutu dibuatnya camne la nak byr hutang tu guna cash sementalah jumlahnya semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Maka saya pun buatlah permohonan untuk tolak gaji bagi membayar ptptn. saya call org ptptn-A. namun hampa apabila diberitahu bahawa tindakan tersebut tidak meninggalkan kesan kerana hutang yang dah bertimbun. Takkan nak tolak gaji dengan jumlah yang banyak setiap bulan kan? dia suruh saya call org lain-B untuk tukar akaun kepada ujrah terlebih dahulu dan berunding dengan B bagi tindakan seterusnya.

Hmm panjang panjang citer seterusnya nih...hehe...

Ok. Bila I call B, dia cakap kena byr tunggakan dulu sekurang-kurangnya 50%. Hmmmm sekali lagi terfikir...mane lah nak cari duit ni. Mmg tkde la duit kalo nak byr ribu riban ni aduiii. Then I tanya boleh ke guna kwsp?sebab saya kan belajar tahun 2000. dia cakap boleh. owh boleh ke???dia cakap memang saya study tahun 2000, tapi saya sign agreement tahun 2001, so boleh la....

Then I try la guna e-pengeluaran kwsp untuk pendidikan. I tak bgtau B pun. masa tengah isi form tu ada ruang untuk start date (for study) and end date. I letak la thn 2000....tak boleh. then I fikir sendiri maybe boleh letak tahun 2001 kot. pastu i letak la thn 2001-2003. dapat la mesej sehari lepas tu cakap PTPTN dah luluskan permohonan. Suka gak la time tu. Lepas tu dapat pulak mesej dari kwsp kat henset suh datang kwsp untuk cap jari. kena bawak transkrip belajar.

Saya pun pergi la kwsp. sampai kat kaunter org tu mintak transkrip. lepas tu dia tanya kenapa tahun yang isi online tu tak sama dengan yg dalam transkrip? Lepas tu dia reject. dia cakap contact org ptptn dulu. Masa ni I tak teringat langsung nak call B. I terus g ptptn yg kat bangunan kementerian pengajian tinggi putrajaya.

Masuk jer bangunan cantik tu ambik no giliran. then jumpa kat kaunter I bagitau la my application untuk keluarkan kwsp tu failed. org ptptn tu-C pun check la. dia cakap camni. ni memang dah tak boleh keluarkan kwsp ni. sebab belanjawan 2017 dah dibentangkan. (masa belanjawan Najib bagi diskaun untuk byr ptptn). I pun terfikir what the heck pulak tak boleh.........pastu C cakap lagi akaun tu kena tukar ujrah dan kena bayar RM1000 time tu jugak. eiiiiii geram nye dgn PTPTN ni. I fikir lame kat depan C. C diam tanpa beri apa2 penerangan yang melegakan. rasa nak nangis pun ada time tu. then I cakap kat C yang I taknak byr PTPTN sebab I takde duit. C cakap ok jer. I mmg geram betul kat C time tu.

Sambung lagi.

Disebabkan semangat berkobar-kobar nak byr hutang PTPTN maka I try sekali lagi isi form e-pengeluaran kwsp. then I check semula dengan PTPTN hotline. I tanya la kenapa i takleh letak tahun belajar 2000, then lepas dah isi yang keluar tu tahun lain la pulak. Dia cakap I patutnya contact B. sebab setiap client yang menghubungi PTPTN tu diletakkan di bawah pegawai2 yang tertentu untuk di entertain. dia cakap hal tersebut boleh dibawa berunding dengan menghubungi B semula. owh B, baru saya teringat awak.

Dengan B, communication thru whatsapp jer. cepat jer dia reply. bila i dah cerita semua masalah I, dia terus cakap "nape tak contact saya awal2.....". dia cakap patutnya masa dah isi form tu bgtau dia dulu. dia boleh adjust kan tarikh mula dan habis belajar. disebabkan I dah buat permohonan kali ke-2 so kena la tunggu permohonan expired.

Lps expired, I isi form e pengeluaran kali ketiga. masa nak isi bgtau B, Lepas habis isi form pun bagitau B. then bila dah dapat sms daripada kwsp untuk pengesahan cap jari terus jer g dengan bawa transkrip................then approved!yeaaaa..tapi kena tunggu 21 hari bekerja untuk payment cleared by kwsp to ptptn. dia cakap jer 21 hari, tapi tak sampai 2 minggu dah clear dah........cepat kan??hehehe

Prosedur seterusnya contact B semula untuk pertukaran kepada ujrah dan pertukaran jadual untuk bayaran balik. Amaun nak bayar balik pun boleh dirunding semula ikut kemampuan. Now I nak tunggu agreement jer daripada B. kire settle lah tu...alhamdulillah and in shaa allah nak byr secara konsisten.

Namun persoalannya disini kenapa C cakap tak boleh and kena byr RM1000 on the spot? Bagi saya C sangat tak profesional. Sepatutnya dia menunjukkan jalan macam mane org nak byr. Bukannye menghentikan niat org nak bayar dengan layanan yang tak sepatutnya. I hate C. Kerja kat bangunan cantik dan gah tapi perangai tak sesuai dengan jawatan. Kalau dah kerja kena menghadap orang ramai tu cuba la maniskan muka dan layan orang dengan baik. Menyampahnye lahhhaiii.

I ada jugak ngadu kat B pasal kes dengan C. Dia cakap maybe C tersilap tengok tarikh agreement (ayat backup C). Pastu B cakap RM1000 kirenya untuk byr tunggakan dulu. Huh whatever it is I really hate C. kalau korang ada masalah dengan pembayaran ptptn ni tak payahlah susah2 pergi ptptn yang kat kementerian pend tinggi tu. call jer ptptn hotline kat 03-21933000. layanan diorang lagi bagus lah!!








Monday, November 14, 2016

Susu Bayi Pramatang

Assalamualaikum w.b.t....

Nak share experience dengan lahirnya baby Nisa ke dunia ini...ehem..

Bukan semua ibu-ibu yang melahirkan mendapat peluang untuk menyusukan bayi dengan susu badan sehingga kenyang hingga anak mencapai umur 2 tahun. sesetengah manusia tidak faham kenapa ibu2 tersebut memberi anak dengan susu formula (lembu/kambing), hingga tergamak menyamakan anak tersebut dengan panggilan anak lembu/kambing. yela sebab minum susu diorang kan....huh

Ade pulak tu yang cakap ibu taknak susukan bayi sebab nak jaga badan. nak ramping. eh hellooo kalo uols susukan bayi dengan your breast lagilah badan tu cantik tau tak...huh lagi sekali

dengan terbitnya ayat2 di atas bermakna saya juga tergolong dalam golongan yang tidak mempunyai susu yang cukup untuk diberikan kepada baby Nisa. ade lagi orang cakap...baby pramatang ni perlukan susu ibu yang banyak supaya antibodi dia kuat, supaya dia cepat membesar..... eh hello lagi sekali...saya tau semua tu. doktor dah cakap,nurse pun dah ingatkan. tapi nak buat macam mane, i don't have that opportunity...pls la..jangan hina golongan seperti kami...huh

okay.kembali kepada the main story...baby Nisa dok kat NICU selama 1 month. so nurse terpaksa la bagi susu formula since my susu yang i hantar setiap hari tu tak cukup. Baby Nisa diberi susu dengan menggunakan cawan (bekas yang mcm nak minum ubat batuk tu). nurse selalu cakap baby Nisa pandai minum susu guna cawan :)....

Bila baby Nisa dibenarkan keluar NICU,  saya tanya doktor and nurse, susu apa yang saya boleh bagi kat baby since i tak cukup susu. diorang taknak bgtau (since that hospital is baby friendly (menggalakkan penyusuan susu ibu). diorang cuma cakap bagi susu ibu. huh

Then bila balik rumah, mmg i breastfeed my baby....tapi tak cukup and dia taknak hisap and keep crying....i try n try tak boleh jugak...so my husband and i decided to buy formula milk. tapi taktau nak beli brand apa....bila google mesti akan cakap susu ibu terbaik untuk bayi.....OMG....stress betul...tambah pulak iklan kat tv selalu keluar baby nangis2 then bila ibu dia datang bagi breastfeeding barulah baby diam.....stresssssnye time tu......apa boleh buat then kitorang terus pergi farmasi and tanya diorang. diorang advise guna susu Similac Neosure. So we give it to baby Nisa. but even though we give her the formula milk, i also breastfeed her until dia betul2 taknak.....yela dah bagi susu formula kan..biasenye memang bayi taknak lagi dah hisap susu ibu..... 

what can I share is, susu Similac Neosure memang bagus untuk menaikkan berat baby. and badan baby tak lembik. cuma baby Nisa susah nak berak. sekali berak pun sikit jer. tapi paeds cakap perut baby Nisa okay. dia kata setiap baby tu berbeza and tak semestinya kena berak selalu. so i keep feed her dengan susu tersebut sehingga la usia my baby mencapai 6 bulan......boleh jer nak teruskan lagi, tapi tak mampu beb....for me mahal la susu bayi pramatang ni.....huhu.....so now we all dah tukar susu and dah start feeding her dengan puree...semoga baby Nisa membesar dengan baik dan sihat.

so kepada ibu-ibu baru yang mempunyai anak pramatang dan tidak mempunyai susu ibu yang cukup boleh la cuba susu Similac Neosure untuk bayi pramatang. good luck.

harga susu Similac Neosure 2016:

harga biasa: 76.90 (800++ gram)
harga farmasi (jadi ahli): 73.00
di tempat2 tertentu harganya lebih murah.



Saturday, October 1, 2016

Motivasi

Assalamualaikum w.b.t....

Tak lama lagi kita akan menyambut Awal Muharam 1438H. Semoga panjang umur kita. Bertambah ibadat kita. Berkurang hutang kita (hehehe).Bertambah la segala yang baik2. Pergilah jauh2 segala yang tak baik.

Motivasi kalau dikaitkan dengan diri saya memang tersangatlah rapat. Yakni apabila berlakunya musibah maka mulalah mencari penguat semangat agar hati tak rebah. Namun kali ini seakan tak mampu ku redah. Ujian datang tak mampu ku tadah. Airmata pun melimpah. cewahh.

Di saat hati semakin goyah, seakan terbit kata-kata berbaur putus asa berbunyi "Kita hanya manusia biasa. Di suatu tahap pasti kesabaran kita tak mampu lagi berdiri. Maka terhentilah perjalanan kita. Apa yang nak berlaku biarlah ia berlaku. I don't care!"Kata2 itu saya yang menciptakannya sendiri. Akibat berputus asa. Sangat berputus asa. Rendah diri. Tak mampu lagi. Tak mahu ku teruskan lagi perjuangan ini.

Namun saya terjumpa kata2 hikmah ini:


Saya taktau dari mana datangnya quote tersebut tapi ia seperti tamparan kepada sikap putus asa saya pada ketika ini. Ya, apabila kita tidak lagi mampu meneruskan sesuatu (give up), kita menjadi selfish dan menyusahkan orang lain. Kata2 tersebut benar2 membuat saya menyesal atas ketidaksabaran saya. Menyesal. In shaa Allah tak akan berlaku lagi.

Alhamdulillah atas pertolongan Allah.

Sunday, August 21, 2016

Suasana Baru

Assalamualaikum w.b.t...

Lamanya rase tak update blog ni. huh. no idea...

Tkde cerita pun nak di update kat sini. Life got so busy. ermmm....searching new job environment since dah ada baby. tempat keje sekarang jauh.....moga dipermudahkan usaha pencarian ini....

Iklan keje mmg banyak kalo google. tapi nak cari yg sesuai tu payah. lagi2 umur dah cmni.HAHAHA....but I'm not too old okayyy (erm) hahaha....

Kalo cari keje baru ni, mcm2 yang di risaukan....cthnye: owner company bangsa apa (not so important actually), environment kerja cmne, rakan2 sekerja cmne, ada tempat makan yg dekat2 tak, tol, parking cmne....huhu....tapi yg penting nak cari keje yg dekat dengan tempat tinggal....so boleh balik cepat tgk baby.............

In shaa allah ada rezeki. cepat ngan lambat jer taktau...huhu...

Saturday, June 25, 2016

Ramadhan vs syawal

Assalamualaikum w.b.t.

Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi...well dh dekat nk habis barula terasa napa tak buat itu tak buat ini untuk merebut pahala kan...hmm awal2 dulu xnak buat....sayu jer hati bila ramadhan hmpir berakhir....

Bulan ramadhan seperti yg kita tau byk keberkatannya...setiap apa yg kita doakan in shaa allah akan dimakbulkan. Bulan ni juga satu2 nya bulan yg kita boleh solat terawih....bg yg tak dpt solat terawih bulam ramadhan ni jangan pulak buat di bulan lain ye...hehe...

Cuaca bulan ramadhan kt sini mcm selalu mndung2 jer...2 minggu pertama je panas...itupun hujan di petang hari...senang la nk puasa...alhamdulillah....

Bulan ramadhan jugak bulan yg sgt menguji kewangan..ye la kalo pergi bazar tu mmg habis lebih dari rm10 la kan....lps tu nak buat persiapan raya lg....hmmm untungnya kalo jadi org kaya....hehe

Bagi kami sekeluarga semuanya kena bajet ngam2 jer...mane yg bole pakai tuk raya tu pakai je la.mmg bajet cut2 jer....huhu

Korang pulak mcm mane?selamat menyambut lebaran ye.maaf zahir batin.


Monday, June 6, 2016

Kenapa kata-kata doktor sangat menyakitkan

Kes 1

Ditahan di wad because of high blood pressure on the 7th month of pregnancy.

Doc: Awak kena dok kat ward ni sampai bersalin ye.
Me: Ha? Tapi doc, due saya lagi 2 bulan
Doc: tunggulah smpai dua bulan
Me: Matila cmne nak byr bil Hospital ni (dalam hati)

Tetiba bersalin emergency pada hari ke 7 warded.

Kes 2

tak tahan dok wad lama2 selepas bersalin, because of the bills

Me: Doc, saya nak mintak keluar wad
Doc: Boleh, tapi u kena tanggung risiko sendiri. bahaya tau kalau apa-apa jadi kat rumah. ada kes sebelum ni my patient datang semula ke Kecemasan dah stroke sebelah badan
Me: (sangat risau). tapi takde pilihan lain selain keluar wad

Alhamdulillah masih sihat sehingga saat ini walaupun di tahan wad semula kali kedua selepas 2 minggu...huhuhu....ohh penyakit

Kes 3

tapak tangan dan kaki tumbuh bintik2 gatal selapas makan ikan haruan goreng ketika berpantang. so pergi la ke klinik panel untuk dapatkan ubat

Doc: oh, ni penyakit kaki,kuku, tangan dan mulut. 
Me: Ha? (redho) tapi macam pelik nape teruk sangat penyakit ni

Tak puas hati pergi pulak farmasi.

Doc Farmasi: oh, ini alergik. (sambil bagi ubat)

Hmm...selepas 4 hari terus elok...

Doktor ohhhh doktor.......









Salam Ramadhan 1437H

Assaamualaikum w.b.t...

Hi ols...tetibe rasa nak update blog setelah sekian lama menyepikan diri.

Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada all readers. Semoga Ramadhan kali ini memberi penuh pengertian kepada kita semua. Jangan lupa bayar zakat fitrah ye...hehehe

Ramadhan tahun ini kami berpuasa di tempat baru. First time berpuasa bersama si kecil (Baby Nisa). Ohh baby Nisa lahir terawal 2 bulan...kini rumah kami diserikan oleh kehadiran baby Nisa. Kebetulan Mak saya juga berada di rumah sepanjang saya berpantang sehingga ke hari ini. Jadi berempat lah kami di rumah ini. Meriah jer rasa...hehehe...




Wednesday, February 10, 2016

Wordless Wednesday





Monday, February 1, 2016

Limau kasturi vs Limau nipis

Assalamualaikum w.b.t

Every time when i write a review (in this blog) of something which is i think is good to share, suddenly it become different for the next time. did u get me? for example, i said (in this blog) the food is delicious with a cheap price, suddenly after a months the price going higher! or its taste is not similar as previous! how come? 

but for today i still want to review something (hahahaha)...

kenal  tak limau nipis and limau kasturi? k i share the picture for you.


This is limau nipis. gambar di curi daripada sini.


This is limau kasturi. gambar dicuri daripada sini.

kedua-dua jenis limau di atas mempunyai khasiat yang tersendiri. dulu saya suka sangat minum limau ais. biasanya kalau pegi kedai makan, diorang akan serve kita dengan air limau kasturi kalau kita mintak "limau ais/limau suam". Tapi sesetengah kedai akan hidangkan kita dengan air limau nipis.

Saya lebih suka kedai yang gunakan limau nipis. tau tak apa beza rasanya? kalau limau nipis, rasanya lebih light dan manis berbanding limau kasturi yang masam. hmmm sedapppp.....

takyah g kedai pun takpe. cer try wt kat rumah dan nikmati lah rasanya.....hmmmmm



Sunday, December 27, 2015

Super Simple Spageti goreng Mamak Emencer

Assalamualaikum w.b.t.....

Happy Sunday uols.....cmne cuti panjang (4 hari)? byk aktiviti menarik?balik kampung amik anak2 yang di nursery kan kat rumah mak bapak?hikhikhik......,me takde g mane2 pun...dok umah jer, husband keje,huhuhuhu.....

esok dah start keje balik...jadi harini saya rasa nak luangkan lebih masa dengan melepak di rumah, hahaha...rehat puas2...lama dah tak update blog. sambil2 tengok citer Disney's Sofia The First kat TV3 ni saya nak kongsi satu resepi iaitu "Super Simple Spageti Goreng Mamak" yang sangat sedapppppppp...kekekeke (abaikan unsur riak pada ayat tersebut)......hmm tapi gambar saya terpaksa masuk kan kemudian ye sebab kabel usb tertinggal kat opis....

ok tapi nak citer sikit macam mane boleh terjadinya resepi spageti tersebut. hmmm saya suka makan mee..mee goreng adalah my favorite disamping mee2 yang lain seperti mee hailam, mee sup, mee bandung dan apa saje yang berkaitan dgn mee memang saya suka....but lately saya dah tak boleh makan mee...kalo makan mee perut akan berangin dan mengeluarkan muntah wekkkk wekkkkk selama seminggu...bayangkan makan mee sekali  jer tapi muntah seminggu?just imagine bagaimana terseksanya saya,,,huhuhuhu.....bermula daripada saat pertama muntah akibat daripada memakan mee, maka my laki pun mula mengawal pemakanan saya dengan tidak mengizinkan lagi makan mee sambil memberikan kata2 ugutan di samping jelingan yg tajam, huhuhuhu...bye2 mee....

tapi oleh kerana harini teringinnnn sangat nak mkn mee goreng tapi takut nak makan sebab nanti kena marah ngan laki (kalo dia tau), maka saya terfikir untuk mengubah mee kepada spageti apabila tiba2 terlihat spageti di dapur....hmmm ye saya tahu mungkin anda dh byk kali atau dah lama tau pasal resepi  ini tapi silalah beri peluang kepada saya untuk berkongsi di blog saya yang dah lama berhabuk ini,,,,terimalah RESEPI SUPER SIMPLE SPAGETI GORENG MAMAK EMENCER!!!!!!kekekekek.....

RESEPI SUPER SIMPLE SPAGETI GORENG MAMAK EMENCER

bahan2:

spageti (direbus)
bawang merah 3 ulas (ditumbuk)
bawang putih 1 ulas (ditumbuk)
ikan bilis (ditumbuk)
telur (wajib)
cili kering
sos tiram
kicap manis
garam

cara2:

panaskan minyak dalam kuali
tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi
masukkan cili kering ikut selera
letak garam sikit jer
masukkan sos tiram sedikit
bila bahan dah nampak garing masukkan telur
biar telur garing sikit dan gaulkan sebati
masukkan spageti dan gaul
letak kicap sesedap rasa
kecilkan api dan biarkan seketika
angkat, hidang dan makan
sedap tak?:)

Simple kan? cubalah nanti ye......

ok...ini gambarnye...abaikan comot2 kat mangkuk tu ye...