Saturday, March 21, 2015

Harga Kursus Kahwin 2015

Assalamualaikum w.b.t......

Hi uols....sihat2 hendaknya ye...yang tak sihat tu pergi la klinik jumpa doc...kalo tak larat pegi klinik dok umah diam2 rehat byk2 ok...:)

Harini saya nak berkongsi cerita tentang kursus kahwin. Sekarang harga dah meningkat iaitu daripada RM 80 seorang kepada RM120...Bulan 3 2015 dah berkuatkuasa dah...

Apa bezanya RM80 dgn RM120 tu?Hmm taktau la pulak bezanya sebab saya tak pegi kursus yg RM80 tu, cuma pergi yg RM120, off course la tak pegi dua2 kan...dh tentu la kursus tu wajib sekali seumur hidup je, hahahaha....

Kursus yg saya pergi tu kat Putrajaya Presint 16. Masa daftar dia cuma bagi satu buku nota and satu buku bertajuk Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua.....sama la kot dgn yg RM80 tu.

Ramai gak la yg hadir sekali ngan saya...dalam 300 orang..penuh auditorium, sampai kena tambah kerusi....hari pertama mmg letih...mana tak nya daripada kul 9 am-6.30 pm dgr ceramah  menimba ilmu pengetahuan. sebenarnya tujuan asal kursus kahwin tu cuma nak bgtau bagaimana proses nak isi borang kahwin, syarat2 dan sebagainya untuk memenuhi tuntutan undang2 Malaysia. Tapi disebabkan byk masalah dihadapi oleh pasangan2 yang dah berkahwin (kes mahkamah), maka sebab itulah byk topik penting dimasukkan ke dalam kursus seperti Akidah, Akhlak, Pengurusan Kewangan, Kesihatan dan sebagainya. Bagus la camtu kan. Penceramah pula terdiri daripada orang yang pakar dalam setiap bidang. Contoh kalo topik kesihatan, penceramah nye merupakan seorang doktor perubatan, Kalo pasal prosedur perkahwinan, penceramah adalah seorangn jurunikah. Jadi setiap perkongsian ilmu dapat difahami dengan lebih mudah (kalo tak tidur la)....

Difahamkan juga bahawa kursus kahwin telah ditetapkan tidak boleh melebihi 2 hari. Jadi rumours yang mengatakan kursus kahwin akan diadakan selama seminggu dan sebagainya tidak akan menjadi kenyataan buat masa ini. Takkan la nak kena amik cuti seminggu kan?

Sijil kursus kahwin ni walaupun mahal tapi boleh digunakan sampai bile2. Jadi tak payah la nak menyesal sgt kalo terlepas kursus yang harga RM80 tu ok,,,