Monday, February 28, 2011

Monolog

Assalamualaikum w.b.t

"Saya sering susah hati...tapi hidup saya tak pernah susah.....berbanding orang lain yang hidupnya susah dan sering susah hati..."

"Jadi saya sentiasa cuba belajar untuk bersyukur dengan apa yang masih ada,,,,dan sentiasa cuba untuk bersedia menghadapi apa2 yang bakal hilang..."

"Saya sering tertanya2,dimanakah hikmah di sebalik segala kejadian,,,sedangkan hikmah itu telah lama saya kecapi..."

Wallahualam

Thursday, February 24, 2011

Sudah jatuh ditimpa tangga....dan Kembara pun meletup!

Assalamualaikum w.b.t.....

Situasi seorang wanita......

Dia seorang wanita......jatuh cinta dengan seorang penagih dadah....sudah jodoh,selamat bernikah.........adat penagih dadah,keluar masuk pusat serenti menjadi perkara biasa dalam hidup....di saat suaminya ke 'sana' dia lah yang menjaga anak2 mereka,mencari rezeki menoreh getah........apabila suami sudah 'keluar'...dia sentiasa berharap suami itu akan berubah.......dia juga mempunyai seorang ibu...yg mana dugaannya....seorang tua yang telah nyanyuk...tinggal bersamanya......juga bersama seorang anak saudara yg kecil tidak beribubapa,,,yang juga sakit,tidak sempurna seperti kanak2 lain.......dia saya lihat sebagai wanita yg sangat tabah.....

Ketika suami sudah berubah,,entah di mana silapnya....wanita itu diceraikan dengan talak 3.....talak 3??ya,talak tiga........namun dia tegar membesarkan anak2 dan menjaga ibunya,juga anak saudaranya....walaupun sepanjang itu dia dihina oleh ibunya sendiri...tidak dapat dipastikan penghinaan itu ketika ibunya sedar atau pun tidak...tapi...sangat kasihan........

Dugaan datang lagi,ketika mencari rezeki di kebun getah,jiran tetangganya sibuk membantu memadamkan kebakaran di rumah wanita itu......cuaca yang panas seakan membantu maraknya api ke seluruh rumah,,,mujur ketika itu ibu dan anak saudaranya berada diluar rumah........kereta kembara yang baru dibelinya juga hangus sekelip mata......dugaan........dan ketika dia sampai ke rumah itu,,,,,tiada apa mampu dilakukan,,,hanya terkulai layu..........

Sekuat semangatnya,saya yakin dia akan mampu untuk terus melangkah ke hadapan......dan saya tertanya2....apakah dugaan yg saya terima sehingga hari ini sehebat dia?dan mampukah saya mengharunginya jika saya berada di tempatnya?

Astaghfirullah....Ya Allah, Kau kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu itu.....dan Kau jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur,,,,,,Amin....

Wednesday, February 23, 2011

Sakit Jiwa

Assalamualaikum w.b.t....

Memberi salam tu amalan mulia,jika diberikan dengan ikhlas,bertujuan mengeratkan hubungan sesama Islam,,,tanda kita bersaudara.......

Tapi di hati kadang2 tidak selari dengan kata2......huh!!

Betul la kata orang,,,,memang susah berbicara dengan manusia

Betul juga kata orang,,,,tak semua orang suka apabila kita bergembira

Betul juga kata orang,,,,takde siapa pun yang menangis melihat kedukaan kita

Yang tersangat2 betul,,,,,hanya Allah yg mendengar kata2 kita dan yang menenangkan jiwa kita....

p/s:bukan menyalahkan manusia,tapi menyalahkan jiwa sendiri....saya bukan seperti saya,jangan dijangka apa2!!

Tuesday, February 22, 2011

Istikharah-Cinta Hakiki

Assalamualaikum w.b.t....

Maafkan aku teman
kerana selepas ini
tiada lagi madah puitis
melodi indah daripadaku

Memadailah sejauh ini langkah kita
aku tidak sanggup lagi
kerana semakin jauh melangkah bersama
semakin terjarak kita
daripada Yang Maha Esa

Semalam
dalam istikharah aku melihat
ibaratnya jarak kita dengan Illahi
umpama panah terlepas dari busurnya

Teman
takwilkan ia
mudah-mudahan engkau turut insafi
kesilapan kita
aku tidak mahu kita tersilap memilih cinta
cinta hakiki hanya ada di sisi-Nya

Wallahualam

p/s:Karya Ruhana Zaki

Monday, February 21, 2011

Petua Orang Kampung

Assalamualaikum w.b.t......

Hari ini nak kongsi satu petua untuk kecantikan muka...petua ini khas untuk orang2 kampung seperti saya...sebab kalau orang bandar,mereka lebih selesa membeli produk kecantikan di pasaraya2 terkemuka dan membeli produk2 berjenama seperti Skin Food,Elianto dan lain2 lagi....kekekekeke.

Ok,dipendekkan cerita,adakah muka anda berjerawat,berminyak dan kusam?anda telah mencuba pelbagai produk tetapi kulit muka masih seperti itu dan anda berasa tidak selesa....Nah,cubalah petua ini....

Mula2,,,basuh muka menggunakan air masak suam2 kuku,,,,,,kalau guna air panas menggelegak dikhuatiri muka akan hancurrrr...ini bertujuan membuka liang pada muka supaya dapat menerima zat yg kita nak bagi......lepas tu ambil sebiji limau nipis,kerat2 kan.........ambil isinya sedikit demi sedikit,lumurkan pada muka(buat macam scrub)..........jika dilakukan ketika jerawat masih segar atau pun baru mati,akan terasa sedikit pedih....kalau dh pedih sangat tu jangan lah terus menggahar(melumur).......maka lakukan sehingga anda rase muka dah bersih...(ala...mcm cuci muka biasa,rasa dah bersih tu stop la)......akhir sekali bilas dengan air sejuk.....(air sejuk bertujuan menutup kembali liang2 muka).........lap hingga kering.......anda akan lihat muka anda lebih berseri2 dan tegang!!jadi anda telah menjimatkan wang bagi membeli pencuci muka+toner+scrub+musk!!!Oh.ya,,,tak perlu habiskan sebiji limau nipis,,,,ikut keperluan sahaja,,,mungkin sebiji limau nipis boleh digunakan 3 kali.....

Yakin kan diri,,,produk ini tidak mengandungi alkohol.....jika diamalkan selalu,insyaallah tak perlu pergi Ree' Skin.....hehehe........tapi perlu diingat,,,sekali penggunaan tidak mungkin berhasil,,,,dan jgn amalkan pagi petang siang malam pulak,kerana dikhuatiri muka akan jadi kering kontang dan mengelupas,,,,maklumlahkan...limau tu berasid.....gunakan berpada2....sehari sekali ke.......3 hari sekali ke.....insyaallah,,,mari sama2 mencuba!!hehe....

p/s:bosannnnn

Thursday, February 17, 2011

Wasiat Terakhir

Assalamualaikum w.b.t.......

Maulidur Rasul telah berlalu....15 Feb 2011/12 Rabiulawal 1432H.....tarikhnya bersebelahan dengan tarikh yg dianggap pemupuk kasih sayang,,,14 Feb....sudah cukup untuk menduga iman kita......tarikh yg mana satu paling dekat dgn kita??fikir2kan........
Hubungan kita dengan Muhammad s.a.w sangat jauh......beringatlah......kita tidak mencintai dan merindui Baginda sepertimana Baginda sering mencintai dan merindui kita...di saat kematian Baginda,ummatnya di sebut2....Baginda risau akan umatnya....dan di saat Baginda dibangkitkan pada hari kiamat nanti,kita juga lah yang pertama sekali di sebut2 Baginda.......Baginda mencari kita untuk diberikan syafaat dan bersama2 dgn Baginda memasuki syurga....tahukah kita,umat Muhammad adalah umat pertama yg akan masuk syurga??

Betapa kasihnya Rasulullah s.a.w kepada kita,ketika kita meniti sirat,Baginda berpesan kepada Malaikat Malik supaya memalingkan muka,kerana Baginda tahu kita sangat takut melihat wajah Malaikat Malik yang sangat bengis........dan Nabi Muhammad juga tahu kita tak akan sanggup melintasi malah menjenguk ke dalam neraka......

Di saat ada umat Muhammad masih berlegar2 jauh daripada Baginda,lalu Mariam berkata..."itu umat Muhammad,mereka telah tersesat".....apabila Nabi Muhammad mendengar,Baginda terus memanggil..."marilah ke sini umatku,akan kuberi syafaatku kepadamu".......bertuahnya kita menjadi umat Muhammad......tapi apa yang kita lakukan di dunia???fikir2kan.....

Ingatlah tentang wasiat Nabi Muhammad s.a.w. yang kita kasihi........

Wasiat Terakhir Rasulullah

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.



Wallahualam...


p/s:Halaqah tv9...:)

Friday, February 11, 2011

Ditawarkan kerja kerana bermuka baik

Assalamualaikum w.b.t..........

Pada suatu hari saya didatangi oleh seorang pemuda melayu berwajahkan ustaz.....

Encik:Berapa gaji awk keje kat sini?

Saya:Erm,,,adelah sikit,,,hehe

Encik:Muka awak ni nampak baikkkk jer....nak tak kalau keje ngan saya?

Saya:(tersengih2 sebab bangga tak hengat org ckp cmtu,,,hahahahaha)

Encik:Kalau nak,esok datang kat alamat ni ye

Keesokannya saya pun pergi ke alamat tersebut bersama kakak......Hmm,,,ternyata di situ semuanya org2 yg berwajah baik sedang mengemaskan premis mereka,baru nak mula operasi agaknya.........hehehehehe...tapi kakak saya tidak membenarkan saya untuk bekerja di situ sebab kesemua mereka KELIHATAN SANGAT BAIK DAN SEMUANYA LELAKI BERKOPIAH/BERSONGKOK..........erk,baik pun salah ke????......saya pulak mmmg tk nak sebab kedudukan tempat itu terpencil sikit,,,,,hehehe

Namun kesah itu telah 7/8 tahun berlalu....sekarang muka ni dah tak laku....sebab dah bertukar cm muka hantu kot!!!kekekkekeke

p/s:mcm pernah cerita jerrrr......classiccccccc!

Wednesday, February 9, 2011

Will u be My Valentine?

Assalamulaikum w.b.t......

Erm,cuma tinggal 5 hari saja lagi kita akan menempuh tanggal 14 February 2011........hari berkasih sayang yang menjadi ikutan ramai orang...Valentine's Day......persoalannya,apakah hukumnya?
Mungkin ramai di antara kita sudah tahu asal usul hari Valentine....tetapi apabila melihat orang lain menyambutnya,kita pun tanpa rasa bersalah turut meraikan....Ada banyak cerita tentang kewujudan hari Valentine,tapi yang pasti ia diadakan dengan tujuan untuk memperingati kematian seorang Paderi bernama Valentino yg bermazhab Katolik.......antara ceritanya....dia mengahwinkan remaja2 Rome,di mana ketika itu Raja Rome tidak membenarkan perkahwinan,jadi dia dibunuh.....dan banyak lagi cerita......namun yang pasti Valentine itu adalah Paderi Valentino........dan masyarakat Yahudi mengagung2 kan dia!!

Bagi masyarakat Islam,,jika kita tidak tahu kenapa kita sambut Valentine's Day,pun dah dapat dosa besar,,,apalagi kalau kita dah tahu sejarahnya??bertaubat lah!Nabi Muhammad s.a.w menasihati kita supaya tidak menyerupai kaum Yahudi........dan Yahudi pula tidak senang hati kalau kita tak ikut mereka.Mana satu pilihan kita?

Haram hukumnya kalau kita meraikan hari tersebut kerana Valentino!Berdosa besar sekiranya kita meraikan hari tersebut juga tanpa mengetahui apa2 yg tersirat disebaliknya......kenapa?antara sebabnya ia menjurus serta menggalakkan perkara2 maksiat........kepada perempuan terutamanya,jangan lah terpedaya dengan bisikan lelaki yg suka mengambil kesempatan........biar pun cuma meraikan dengan sekuntum mawar.......jika meraikan bersama ibu bapa dan ahli keluarga pun,kenapa mesti tunggu Valentine's Day??ingatlah kasih sayang kita untuk sesama manusia tidak terhad kepada hari2 tertentu.........abaikan "Valentine's Day" walaupun itu telah tercatat dalam kalendar kita!Biarkan mereka dengan agama mereka!!

Wallahualam......

p/s:Halaqah TV9.........:)

Monday, February 7, 2011

Tips menambahkan berat badan atau Diet kuruskan badan

Assalamualaikum w.b.t......

Sangat suka melihat suasana pagi di kampung halaman....nyaman.........alhamdulillah,segala puji bagi Allah.......

Kenaikan berat badan sebanyak 6.5kg dalam masa 2 minggu,,,yes,kerana berasa sangat tenang berada di sini....kekekekeke........cmna tu eh,mendadak sungguh.....walopun cuma makan 4 kali sehari........walopun setiap hari exercise menyapu sekeliling rumah juga di dalam rumah......erm,mungkin kerana hormon semakin stabil...jadi kini telah mengalami situasi seperti mana wanita2 lain.......

Dulu bukan main lagi menasihati orang lain supaya 'jgn makan malam' kalau nak maintain berat badan......jadi sekarang kena menasihati diri sendiri pulak......abaikan makan malam......just nice to have a dinner at 6-7 p.m......dan baru berjaya untuk menidakkan makan malam selama 1 hari,,,,haha.....

Sebelum badan terapung-apung di udara kerana rupa telah menyerupai belon,,lebih baik beringat2....hanya kita yg mengetahui buruk dan cantik diri kita....kalau mahu kurus,,,silalah abaikan makan malam.....jika mahu gemuk,silalah makan byk2 mengikut jadual...........selamat berjaya,,,hehe...

p/s:selagi jam tangan longgar,belum cukup gemuk!

Tuesday, February 1, 2011

Menggeleber:Ubatnya Kahwin

Assalamualaikum w.b.t.......

Alhamdulillah.....hari ini dapat melihat kembali cahaya matahari yg rasanya dah lama tak menjengah ke sini.......namun takziah buat mereka2 yg terlibat dengan banjir...di sebalik setiap dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya....paling kurang kita dapat merasakan kepedihan dan kepayahan orang lain yg menjadi mangsa banjir sebelum ini.....insyaallah......bagi mereka yang lain..bersyukurlah sebab kita masih lagi selamat di penempatan masing2.......

Hari ni ada dialog dengan doktor.....sebab kena pergi ke tempat doktor2 bertugas...hospital lah tu,mane lagi....hehehe....berjalan terkedek2 membawa perut yg menggeleber.......kenapa menggeleber,,,kekekeke...yer la cuba bygkan org yg selepas beranak atau pun mengeluarkan sesuatu yg besar daripada perutnya,,,,mestilah perut menggeleber kan,,,,ha,rasakanlah apa yg ibu2 telah mengalaminya walopun saya tidak berjaya mnjadi ibu lagi......cmne nak buat ni,,,,,huhuhu....tak paham?takper tkyah paham.....

Tentang sakit itu.......doktor kata..."sakit awak ni boleh berulang tau,,nnti lepas 6 bulan datang balik cek lagi".......saya baru nak tanya..."cmne kalo tknak bagi dia berulang doktor?".....tapi belum sempat nak tanya doktor dah jawab dulu...."ubatnya kahwinnnnnnn,,,jadi kahwinlah cepat"..........eh bukan kalo org dah kawin pun boleh kena gak ke....doktor nih mmg selalu psiko kan wanita2 seperti saya ttg bab kahwin kan.....aiyoooooo....

p/s:akan pernah ade tak dialog mcm ni...."yes,that is my girl".....erk,girl ke??kekekekekeke