Thursday, June 3, 2021

Jangan cakap kesian kat orang

 Assalamualaikum w.b.t

 

Hi uols...lamanya tak bersiaran. Kagum sangat dgn orang2 yg sentiasa ada idea yg fresh untuk menulis, tidak kira lah di blog mahupun di platform media sosial.  Tabik springggg untuk diorang.


So far macam mana dgn suasana PKP uols? seronok? Mungkin yang ada gaji tetap seronok lah kot. tapi yg bekerja sendiri macam mana? Owh sebelum tu just nak record kat sini yg Malaysia sedang berada dlm tempoh PKP 3 bermula 1 jun 2021 yg lalu. Semoga Covid-19 segera pergi dan nyah dari Malaysia.


Ok berbalik kpd tajuk hari ini, jangan cakap kesian kat orang. Rasanya saya pernah tulis jugak kot sebelum2 ni. Sebelum itu, ingin saya tekankan di sini, melalui berita2  di media massa terdapat ramai di antara kita semua yg sebenarnya mengalami masalah mental. Bukan gila, tetapi masalah berkaitan emosi akibat tekanan perasaan. Masalah utama kebanyakan orang adalah tidak dapat mengawal masalah/ujian yg dihadapi. Selain itu ia terjadi akibat terlalu lama memendam perasaan, tidak mahu bercerita/berkongsi perasaan dgn orang lain. Banyak juga berita yg kita tengok, ramai yg bunuh diri, malah menjadi pembunuh pula.


Apa kaitan perkataan kesian dalam hal ini? Maksud saya ia bermula di peringkat awal apabila ada kawan2 kita yg menghadapi masalah/tekanan atau sebagainya. Sebagai kawan, mereka akan bercerita kepada kita. Ramai kalangan kita akan ucapkan "kesian" kat kawan kita tu. 'Kesian" itu bagi saya adalah perkataan yg akan membunuh perasaan kwn korang. dia sedang menghadapi masalah, sedang bersedih, kenapa uls nak cakap 'kesian' kat dia? Kesiannya kau,,,,kesiannnn aku tengok kau. Tak ke macam mengejek tu??


Boleh tak, jangan cakap "kesian". Nanti kwn uols akan rasa bertambah sedih, rasa teruk sangat dgn apa yg dia alami. Boleh tak berada kat tempat dia? Ke uols mmg suka org ckp "kesian" kat uols kalau uols dalam kesusahan? For me, perkataan "kesian" tu seperti mengejek kekurangan orang lain. Dapat tak?


Sekiranya berhadapan dgn orang yg mempunyai masalah, bagi saya lebih baik uols mendoakan kesejahteraan hidup dia, puji kelebihan dia, minta dia bersyukur dgn apa yg dialami kerana pasti Allah akan memberikan sesuatu yg lebih baik lagi. cuba bantu dia dari segi kewangan (jika dia ada masalah wang) jika uols mampu, kerana duit juga merupakan perkara yg merisaukan org yg mengalami tekanan contohnya jika diberhentikan kerja dalam situasi sekarang.


Jika berkaitan kerja, kawan korang diberhentikan kerja dan sebagainya, lebih baik uols buka mata dia mungkin dia ada skill lain yg hebat yg boleh diketengahkan. Bantu dia bagaimana mahu bermula. Bagi dia semangat jika dia mahu bercerita. Bukannya condemn dia dgn perkataan "kesian". Dapat tak?


Perkara yg lebih penting lagi adalah, jangan pula bercerita tentang masalah kawan korang tadi kepada orang lain. Uols kena fikir maybe dia bercerita kat uols sebab dia rasa uols orang yg dia percayai. Jaga amanah tu, boleh?


Lagi satu, dalam memberi semangat kpd kawan uols, contoh nak cakap kelebihan dia. Jujurlah sikit. Jangan lah pula korang suruh kawan tu buat benda2 yg dia sendiri tak suka. contoh dia jahit seluar koyak pun tak pandai, korang pula cakap dia boleh jadi tukang jahit! Tak ke lagi stress kawan tu??


Dapat tak? sekian.



No comments:

Post a Comment