Monday, December 7, 2020

7 Disember 2020 - dah boleh rentas negeri

 Assalamualaikum w.b.t

Hari ini 7 Disember 2020. Kerajaan telah pun mengumumkan bahawa rakyat malaysia dah boleh merentas negeri bermula hari ini kecuali kawasan yg telah diumumkan sbg kawasan PKPD.

Alhamdulillah. So dah boleh plan nk balik kampung dan g jenjalan. ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Anak sibuk nak g zoo. So we parents plan to go to melaka' zoo. But we not decided the time yet. Husband said need to wait for some time since the case of Covid-19 is still high.

There's only two plan - going to the zoo and balik kampung. How about you?

The rest we will spend our time at home! In shaa Allah...

Tuesday, October 20, 2020

PKPB Lembah Kelang

 Assalamualaikum w.b.t

Hi everyone. Hope all are well.

Harini mnggu ke dua sejak pkpb dilancarkan untuk kawasan selangor, kl dan putrajaya. Saya berada di selangor.

Terkilan vs sedih. Last week call mak cakap nk blk kampung, tibe2 ptg tu kerajaan umum pkpb di seluruh lembah kelang sehingga 28 oktober 2020. So call mak semula ckp tak jadi balik. Mak faham.

Actually kerajaan bgtau sehari/dua hari awal sblm tarikh pkpb (i think its was started on 14/10). So ramai jugak yg blk kg sblm 14hb tu. Ada yg hntar anak, ade yg nk duduk kg. Husband ckp kat TBS sesak. Ada jugak yg tak jadi balik kampung sebab tiket bas habis. Huh macam2.

Patutnya org2 yg dok lembah kelang janganlah blk kampung ataupun 'melarikan diri'. Ini kerana kawasan lembah kelang jumlah kes covid-19 agak tinggi. Sebab tu la kerajaan buat pkpb untuk kawal penularan penyakit ke negeri2 lain. Kita taktau mungkin kita adalah 'pembawa' penyakit tersebut.

Tapi kita taktau kan masalah org lain camne. Ade org laki bini kena kerja. Tapi taska n school tutup. So anak2 camne sape nk jaga. Mungkin boleh hntar kt rumah org/pengasuh tapi  akan melibatkan tambahan kos. 

Syukurlah mana yg bekerja dgn majikan yg mem praktikkan work from home. Boleh lah bekerja dari rumah sambil jaga anak. Pengalaman saya, walopun seronok xyah g opis, tapi tekanan bekerja dari rumah sangat tinggi. Ye la kan, nk buat keje lg, nak masak, nak jaga anak.ank pulak kacau kita buat kerja....huh stress!

Covid-19 ni banyak bagi pengajaran kat kita kan? Melatih kita banyakkan bersabar, hidup gaya baru malah cara bekerja pun diubah, tapi semuanya ke arah yg lebih baik.

Ternyata manusia tiada kuasa terhadap apa yg Allah takdirkan. Semuanya berlaku atas izinNya. Bilakah covid-19 akan berakhir? No one knows!!! Apakah ini cara Allah melenyapkan manusia di zaman kita? Hanya Allah yg tahu. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. In shaa Allah!


Wednesday, September 16, 2020

Terzahirnya kata-kata

 Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ni viral pasal video memaki orang oleh seorang influencer. Bermacam kata kesat dilemparkan kepada seseorang yg memberi komen dalam video live nya.

Bukan nak sentuh tentang influencer tu. Cuma nak sentuh tentang mudahnya kita melemparkan kata2 makian dan hinaan.

Saya rasa bukan sebab kita terpengaruh dgn org lain yg sering menggunakan kata2 tersebut. Tapi ia lahir daripada hati kita sendiri.

Faham tak maksud saya? 

Analoginya. Tekanan hidup menjadikan kita sering tidak tenang. Kita pendam. Sampai satu masa kita tidak tahan dgn perjalanan hidup kita sendiri. Kita scroll fb. Kita komen sana sini dgn kata2 kotor seiring dgn tekanan yg kita rasai. Kita jadi cepat marah. Sampai satu masa kita pantang ditegur. Dan terzahirlah kata2 buruk di mulut kita terhadap orang lain.

Semakin ramai org yg berhadapan dgn tekanan perasaan (pada pendapat saya), nau'zubillahi min zalik). Sangat bahaya jika kita terlalu memendam rasa. Kadang ade org nampak pendiam dan tenang. Tapi sekali dijentik, terus terhambur keluar apa yg ada didalam hatinya. Mengamuk hingga membinasakan org lain.

Kita perlu berkomunikasi secara dua atau lebih hala. Lebih dari itu juga kita perlu juga menjadi pendengar yg setia. Itu mungkin salah satu cara kita berfungsi di muka bumi ini. Namun yg penting, bersandarlah pada Yang Maha Esa.


Sunday, July 26, 2020

Raya Aidiladha

Assalamualaikum w.b.t

Raya Aidiladha bakal menjelang pada 31 julai ni. ( raya kah kita? Hikhikhik). Thn ni raya Aidiladha turn kampung suami. So saya tak kisah sangat raya ke tidak (ha ha ha).

Tapi yg penting kes Covid-19 semakin bertambah dari sehari ke sehari dan kebanyakannya kes import. Oleh itu kita sebagai frontliners (semua org adalah frontliners dlm PKPP) hendaklah mematuhi segala arahan dan amaran daripada pihak kerajaan dan kementerian kesihatan. Pakai la mask di tempat awam. Jaga social distancing. Itu tanggungjawab kita!!

Jika tiada halangan untuk rentas negeri dikuatkuasakan, patuhilah SOP yg telah ditetapkan kerajaan tentang sambutan hari raya Aidiladha. Takutnye dan tak dapat bayangkan jika kerajaan dah tak mampu mengawal penyebaran pandemik tu. Sama2 lah kita berdoa semoga Allah mengasihi dan melindungi kita.

Hari ni merupakan hari ke-131 sejak PKP mula dikuatkuasakan. (tapi sekarang fasa PKPP). Dh lupa dah fasa2 hehehe. Diharap semuanya dalam kawalan yg baik.

Di sini juga sata ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut HAri Raya Aidiladha kepada semua. Hati2 beraya dan Hati2 dijalanraya.


Saturday, May 23, 2020

Raya PKP 2020

Assalamualaikum w.b.t

Berakhir sudah Ramadhan tahun ini. Semoga segala amalan baik kita diterima oleh Allah dan semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Esok pula kita akan ber hari raya dengan suasana berbeza. Malaysia masih lagi berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan. Ziarah raya pula hanya pada hari raya pertama dan tidak dibenarkan bermalam dirumah yg diziarahi. Oleh itu tak dapat la kami sekeluarga pulang beraya di kampung. Tahun ni giliran kampung saya. Kami tinggal di Selangor manakala kampung saya di Negeri sembilan. Sedih. Tapi takper demi kesihatan.

Marilah kita berdoa supaya Allah bebaskan dunia ini daripada virus Covid19. Bukan hanya virus, semoga segala kejahatan di dunia turut dilenyapkan.

Kepada yg dapat pulang berhari raya, hati2 dan semoga selamat semuanya.

Kepada yang beraya diperantauan, tak apa. Janganlah sedih. Doakan kite bertemu ramadhan dan aidilfitri di tahun hadapan.

Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

Friday, May 8, 2020

PKP 4- hari ke-10

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni merupakan hari ke10, PKP fasa 4 di malaysia. Rakyat dah dibenarkan keluar melebihi radius 10km. Byk sektor ekonomi dah memulakan operasi dengan syarat SOP dipatuhi (PKPB). Camne kerajaan nk kontrol tak tau la. Tapi yg penting kitalah yg perlu memainkan peranan untuk terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan- selalu basuh tangan, keluar hanya jika perlu, social distancing dan pakai mask bila keluar rumah.


Banyak hikmah yg kita perolehi sejak covid-19 memunculkan diri. Kehidupan menjadi lebih sederhana, lebih bersyukur, lebih berhati2 dan lebih mementingkan keselamatan ahli keluarga. Ditambah pula umat islam berpeluang berpuasa di rumah (work from home) dan bakal berhari raya di rumah sahaja. Jadi sudah tentu sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaan.

Sikap2 positif ini diharap dapat berkekalan untuk menjadikan kita manusia yg lebih baik di masa akan datang. Tiada yg dapat menghilangkan apa2 penyakit dari dunia ini melainkan dengan izin Allah...

Selamat meneruskan ibadah puasa dengan lebih rasa syukur ๐Ÿ˜Š

Saturday, April 4, 2020

Perintah kawalan pergerakan (PKP)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini merupakan hari ke 17 PKP. Untuk rekod, pkp di malaysia diperintahkan untuk mengekang penyebaran meluas virus corona. Tempoh asal bermula daripada 18 march sehingga 31 march, tapi kemudiannya dilanjutkan lagi sehingga 14 april 2020. Ini kerana pkp pada peringkat awal itu tidak mendapat kerjasama yang penuh daripada rakyat malaysia. Ramai yang berduyun- duyun pulang ke kampung dan merentasi negeri lain  walaupun arahan kerajaan menyuruh kekal ditempat tinggal masing2.

Pkp juga diadakan kerana ramai rakyat malaysia baru pulang bercuti dari luar negara. Untuk rekod juga, virus corona mula2 tersebar di Wuhan China ketika Tahun baru cina.

Dengan lanjutan pkp pada fasa kedua ini diharap rakyat malaysia lebih sensetif untuk melindungi diri sendiri dan orang lain. Ini kerana virus corona sangat mudah berjangkit. Kita dinasihatkan untuk duduk didalam rumah dan mengamalkan tahap kebersihan yg optimum seperti kerap mencuci tangan dengan sabun & mandi.

Jika kita berasa kurang sihat, segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan.

Semoga kalian semua berada di bawah lindunganNya. Sama-sama kita berdoa semoga virus corona ini segera terhapus. Tak lama lagi nak ramadhan!

Tuesday, March 3, 2020

Food Promo

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua..semoga semuanya dirahmati Allah sentiasa.


Gambar di atas adalah promosi KFC snack plate pada 20/2/20. Rm20 untuk 2 set. 

Saya peminat KFC. Tapi saya tak pergi untuk dapatkan kfc pada hari tersebut. Promo. Ramai orang. Malas beratur. Hehe.

Dengarnya barisan terlalu panjang. Dan dengarnya juga ada yang menempelak dan menghina orang2 yang membanjiri kfc pada hari tersebut. Kononnya 'batak'. Tak pernah mkn kfc.

Bukan nak cakap tentang orang yang beratur. Tapi nak cakap tentang orang yang menghina.

Orang beli makanan sebab lapar. Teringin. Mungkin dah lama mengidam tapi terpaksa pendamkan sebab kurang mampu. Anak ramai. Mungkin. Kita makan satu snack plate sorang2. Tapi mungkin orang lain kongsi berdua.bertiga.

Jika anda tak mampu tolong orang dengan wang ringgit, Please give your respect! Kemampuan kita berbeza. 

Tak mampu bukan bererti miskin. Jimat untuk benda penting. Bahagia kita berbeza.



Thursday, January 16, 2020

2020

Assalamualaikum w.b.t

Hi readers...sorry lama x update blog ni.hahaha

Menjengah ke tahun 2020, didoakan semoga segala impian kalian tercapai.

Semoga semua niat yg baik yg ada dalam hati ini termakbul jua...semua perancangan hanya Allah yg berkuasa melaksanakan.

Happy new year everyone!